omniture

CGTN: China memantau mutasi coronavirus untuk menyesuaikan respons COVID-19

CGTN
2023-01-04 08:25 44

BEIJING, 4 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Dengan China melonggarkan sekatan COVID-19nya, beberapa orang pakar telah menyatakan kebimbangan bahawa kelonggaran batasan COVID-19 oleh China akan meningkatkan kemungkinan virus tersebut bermutasi.

"Ia membimbangkan," kata CNN, memetik William Schaffner, profesor di Bahagian Penyakit Berjangkit Vanderbilt University Medical Center di Nashville City, Tennessee State dan pengarah perubatan di Yayasan Kebangsaan Penyakit Berjangkit (National Foundation for Infectious Diseases).

Walaupun risiko varian baharu dan berbahaya yang muncul di China adalah "agak rendah," kata Chris Murray, pengarah pusat penyelidikan kesihatan yang berpangkalan di Seattle di University of Washington, melalui program CNBC.

Murray berkata ia perlu mempunyai beberapa "ciri khas" untuk varian baharu muncul dan menggantikan Omicron, menambah bahawa "ia berkemungkinan berisiko kecil ketika ini."

Dilihat daripada data, GISAID, pangkalan data awam yang berpangkalan di Jerman, mengeluarkan satu kenyataan pada hari Jumaat bahawa data jujukan genom China baru-baru ini menunjukkan bahawa "kesemuanya hampir menyerupai varian yang diketahui tersebar di seluruh dunia yang dilihat di pelosok dunia yang berbeza antara Julai dan Disember," apabila dibandingkan dengan 14.4 juta genom dalam pangkalan data.

Sejumlah 9 subvarian Omicron tersebar di China dan masih tiada ciri mutasi genomik ditemui dalam subvarian ini, kata Xu Wenbo, pengarah Institut Kebangsaan Penyakit dan Kawalan Virus (NIVDC) daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Cina (China CDC), pada hari Selasa.

Usaha China dalam memantau mutasi

Xu berkata negara ini telah merangka pelan kerja untuk memantau strain varian coronavirus novel sejak ia mengoptimumkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan COVID-19.

Pelan kerja tersebut perlu memilih tiga "hospital sentinel," ditubuhkan untuk memantau, mengawal dan merawat penyakit wabak dan berjangkit di setiap wilayah.

Setiap hospital sentinel akan mengumpul 15 sampel dalam klinik pesakit luar dan jabatan kecemasan, 10 kes teruk dan semua kes maut pada setiap minggu untuk penjujukan dan analisis genom serta memuat naik data ke NIVDC, seterusnya mewujudkan pangkalan data genom kebangsaan untuk coronavirus novel, menurut Xu.

Yang Xiaobing, pengarah di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Wuhan, memberitahu stesen TV tempatan dalam satu temu bual bahawa hospital-hospital sentinel di bandar Wuhan telah mengumpul 40 sampel calitan tekak setiap minggu mulai pertengahan Disember, menggandakan angka terdahulu, untuk mengesan virus tersebut.

Semua data menunjukkan bahawa tiada strain lain ditemui yang tersebar di bandar itu dari Oktober, kecuali BA.5.2, menurut Yang.

Negara berkenaan turut berkongsi datanya dengan dunia. China telah memuat naik jujukan gen kepada WHO sejak penularan wabak tersebut agar negara-negara lain dapat membangunkan reagen diagnostik dan vaksin berdasarkan kepada data berkenaan, kata Wu Zunyou, ketua ahli epidemiologi di China CDC pada Khamis.

Maklumat lanjut telah dikongsi pada hari Jumaat. Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) dan China CDC mengadakan mesyuarat video bersama WHO dan bertukar-tukar pandangan tentang situasi, rawatan dan vaksinasi COVID-19 ketika ini. Pertukaran teknikal akan diteruskan bagi membantu menamatkan wabak ini di seluruh dunia secepat mungkin, menurut NHC.

Respons China terhadap pencegahan dan kawalan COVID-19 adalah berasas

China telah memperkenalkan pelbagai langkah sejak tiga tahun yang lalu untuk memberi panduan tentang pencegahan dan kawalan wabak, termasuk sembilan versi Protokol Diagnosis dan Rawatan untuk COVID-19, 20 langkah yang dioptimumkan dan 10 langkah baharu. Negara ini akan mengendalikan COVID-19 dengan langkah-langkah yang menyasarkan pada penyakit berjangkit Kelas-B dan bukannya penyakit berjangkit Kelas-A yang lebih serius mulai 8 Januari 2023.

Liang Wannian, ketua panel pakar respons COVID-19 di bawah NHC, berkata bahawa pelarasan China ke atas wabak adalah berdasarkan kepada pemahaman tentang patogen, tahap imun penduduk, kapasiti kerintangan dalam sistem kesihatan dan langkah-langkah pencegahan kesihatan awam.

Ia tidak bermakna melepaskan virus tersebut, tetapi "memperuntukkan sumber kepada tugas yang paling penting bagi pencegahan, kawalan dan rawatan," kata Liang.

China telah berusaha untuk meningkatkan bekalan perubatan yang diperlukan termasuk ubat-ubatan terapeutik, reagen ujian, vaksin, pelitup muka perubatan dan pakaian pelindung.

Lebih daripada 3.4 bilion dos vaksin COVID-19 telah diberikan hingga sekarang dengan lebih 90 peratus penduduk diberi vaksin sepenuhnya, kata Li Bin, timbalan ketua NHC, di sidang akhbar pada 27 Disember.

Kapasiti pengeluaran harian ubat-ubatan analgesik antipiretik ibuprofen dan paracetamol negara ini telah melebihi 200 juta tablet, dengan output harian mencecah 190 juta, menurut Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat pada hari Khamis, menambah bahawa output reagen pengesan antigen negara ini meningkat daripada 60 juta sehari pada awal Disember kepada 110 juta sehari.

https://news.cgtn.com/news/2022-12-31/China-monitors-coronavirus-mutations-to-adjust-COVID-19-response-1gdlTInhRHq/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service