omniture

CGTN: Xi Jinping menyanjungi usaha luar biasa rakyat biasa dalam Ucapan Tahun Baharu

CGTN
2023-01-04 08:57 43

BEIJING, 4 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Bermula daripada golongan profesional perubatan hinggalah lelaki dan perempuan penghantar, daripada pekerja komuniti hinggalah jiran sebelah rumah, rakyat Cina biasa melakukan yang terbaik dan menghulurkan tangan untuk membantu orang lain menghadapi gelombang terkini jangkitan COVID-19 di negara ini.

Dengan usaha yang luar biasa, China telah berjaya mengatasi kesukaran dan cabaran yang belum pernah terjadi sebelum ini dalam memerangi pandemik, kata Presiden Cina Xi Jinping pada hari Sabtu semasa menyampaikan Ucapan Tahun Baharu 2023 beliau.

Para pegawai dan orang awam, khususnya golongan profesional perubatan dan pekerja komuniti dengan beraninya menunaikan tanggungjawab mereka dalam menempuh segala keadaan, kata Xi.

"Ia bukanlah satu perjalanan yang mudah untuk sesiapa pun," kata beliau, menyeru usaha tambahan daripada orang ramai untuk menempuhnya.

Rakyat, nyawa diutamakan

Pada tahun 2022, China terus mengoptimumkan respons COVIDnya lantaran keadaan yang semakin berubah. Berdasarkan kepada mutasi virus, popularisasi vaksinasi dan pengumpulan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan berkata pada bulan Disember bahawa pencegahan dan kawalan wabak negara ini telah memasuki tahap baharu.

Beralih daripada pencegahan jangkitan kepada rawatan perubatan, China memperkenalkan pelbagai langkah untuk meningkatkan akses kepada rawatan perubatan dan ubat-ubatan, meningkatkan perkhidmatan kesihatan untuk warga tua dan kumpulan rentan yang lain, mempercepatkan proses vaksinasi dan memperkukuh infrastruktur kesihatan di kawasan luar bandar.

Tujuh puluh peratus daripada mereka yang berusia 60 tahun ke atas mendapat dos penggalak vaksin setakat 13 Disember, meningkat daripada kurang 53 peratus antara kumpulan usia populasi tersebut menjelang 24 Mac, menurut data daripada Mekanisme Pencegahan dan Kawalan Bersama Memerangi COVID-19 Majlis Negeri.

Di samping itu, kelonggaran dasar respons dalam tahun 2022 dibuat selepas China bertindak balas dengan berkesan terhadap lima gelombang COVID global dan mengelakkan jangkitan yang menular dengan strain asal dan varian Delta, yang secara relatifnya lebih patogenik berbanding varian-varian lain.

"Sejak COVID-19 melanda, kami telah memberi keutamaan kepada rakyat dan mengutamakan nyawa selama ini," kata Xi dalam Ucapan Tahun Baru beliau.

"Susulan pendekatan berasaskan sains dan bersasar, kami telah menyesuaikan respons COVID kami lantaran situasi yang semakin berubah untuk melindungi nyawa dan kesihatan rakyat ke tahap sebaik mungkin," tambah beliau.

China memastikan kes-kes COVID-19 yang teruk dan kadar kematian berada pada paras antara yang terendah di dunia. Purata jangka hayat rakyat Cina terus meningkat di tengah-tengah pandemik, daripada 77.93 tahun pada tahun 2020 kepada 78.2 tahun pada tahun 2021.

Harapan di depan mata

Bermula pada 8 Januari, China akan menurunkan taraf pengurusan penyakit daripada Kelas A kepada Kelas B selaras dengan undang-undang negara ini berhubung pencegahan dan rawatan penyakit berjangkit, dalam satu peralihan yang besar terhadap dasar respons wabaknya. Negara ini akan turut menghapuskan langkah-langkah kuarantin untuk pelancong masuk bermula dari hari tersebut.

Susulan pengumuman mengenai penyelarasan yang terkini, carian dan tempahan untuk penerbangan antarabangsa dan hotel melonjak di beberapa agensi pelancongan dalam talian Cina, dengan beberapa angka mencecah paras tinggi tiga tahun, menunjukkan bahawa kehidupan yang normal semakin muncul.

Satu lagi petanda yang dipercayai oleh pakar-pakar bahawa ia menandakan kebangkitan semula pasaran penggunaan negara ini pada tahun 2023, restoran, pusat membeli-belah dan pawagam di seluruh negara telah dibuka semula dan melaporkan kunjungan yang kian meningkat.

"Semua orang bertahan dengan ketabahan yang tinggi dan sinar harapan benar-benar berada di hadapan kita," kata Xi semasa ucapan pada hari Sabtu bagi menyambut tahun baru.

"Ayuh kita berusaha lebih keras untuk mengatasinya, kerana ketabahan dan perpaduan bererti kemenangan."

https://news.cgtn.com/news/2022-12-31/Xi-China-s-COVID-response-protects-lives-to-greatest-extent-possible-1gdrOETi4Bq/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Broadcast feed announcements