NEW YORK, 22 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Media sosial merupakan serampang dua mata: saluran masa kini bukan sahaja membenarkan anda menyiarkan berita tentang jenama terkini, pengumuman produk, dan kandungan yang dikumpulkan kepada orang ramai, ia juga meluaskan perbualan dua hala yang sedia disasarkan. Memandangkan evolusi dalam dialog jenama ini, para profesional pemasaran dan komunikasi kini mendapati pemantauan juga komponen yang sama penting dalam usaha mereka seperti penyasaran, berdasarkan bukti yang ada sebelum ini. Kepentingan untuk mengetahui arah aliran topik dan berita terkini adalah penting dalam industri anda, dan bagi mengenal pasti pemain utama dalam perbualan semakin meningkat setiap hari, dan ia merupakan langkah yang perlu diambil sebelum menyasarkan pihak yang mempengaruhi dan menyalurkan kepada media.
(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140117/0861400352-a )
(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140117/0861400352-b )
(Logo: http://photos.prnasia.com/prnh/20140120/8521400310LOGO )
PR Newswire telah mengumumkan beberapa kemas kini pada platform Agility, platform ini telah dibangunkan bagi memperkuat kemampuan pemantauan media sosial Agility, dan bagi meningkatkan kemudahan untuk penggunaan pangkalan data penyasaran media dan mengukuhkan pengaruh pihak yang berkaitan. Peningkatan ini akan membantu ahli komunikasi korporat dan pemasaran media sosial secara tidak langsung ntuk membangunkan senarai yang lebih tepat dalam jangkauan media, serta menyediakan pandangan yang lebih bermakna mengenai landskap media sosial, dan juga menimba lebih pengetahuan tentang topik yang sedang hangat dibicarakan.
Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai cara mendapatkan perhatian yang disasarkan dan mempergunakan kelebihan rangkaian pengedaran yang terbesar dalam industry terkini, seiringan dengan Platform Agility PR Newswire, sila lawati http://prna.co/1dm8PXS.
Platform Agility menggabungkan alat penyasaran media yang berkesan dengan pemantauan media sosial serta kebolehannya untuk membuat pengedaran maklumat dan pelaporan kandungan PR Newswire yang tiada tandingan. Dengan adanya data dan juga ciri-ciri kandungannya yang dinaiktarafkan, klien Agility akan dapat:
· Mencari lebih ramai wartawan, penulis blog dan lebih banyak saluran keluar maklumat dengan cepat - termasuk kaedah hubungan yang digemari oleh penulis, nama pengguna dan nama akaun Twitter.
· Menjejakkan lebih banyak suapan Twitter yang relevan daripada lambakan suapan bertalu-talu.
· Memantau Facebook untuk pos yang berkaitan, sementara pos yang tidak berkenaan akan ditapis keluar.
· Mengikuti dan menganalisis perbualan sosial dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol dan Bahasa Perancis.
· Mengakses data bersejarah daripada kandungan sosial, bercetak, web dan pemantauan blog bagi mengukur arah aliran yang memberi kesan ke atas kempen dan program komunikasi.
"Walaupun saluran media kawalan jenama semakin berleluasa, media bebas juga masih penting. Baru-baru ini kami menjalankan kaji selidik terhadap komuniti wartawan kami, dan mendapati lebih kurang 75% daripada mereka memetik e-mel manakala 68% daripada mereka memetik siaran akhbar sebagai sumber utama untuk idea artikel," kata Martin Murtland, Naib Presiden Kanan Platform dan Data, PR Newswire. "Tanpa mengira cara mereka menerima promosi berita, wartawan dan penulis blog mempunyai keinginan untuk mendapatkan idea artikel yang relevan, dan kemudiannya mempromosikan berita yang menyeluruh dan teliti. Dengan adanya platform Agility yang telah dikemaskini, data dan alatan saluran keluar, hubungan dan pemantauan, pegawai perhubungan awam dan profesional pemasaran boleh mengurangkan masa yang untuk merancang, malahan ia dapat melaksanakan dan menilai kempen media mereka, untuk mendapat perhatian yang disasarkan sekali gus membawa kepada pencapaian matlamat perniagaan."
Bagi melihat contoh aksi Platform Agility, sila lawati Blog Beyond PR kami.
Latar Belakang PR Newswire
PR Newswire (http://en.prnasia.com) ialah penyedia global unggul untuk platform multimedia yang membolehkan pemasaran, ahli komunikasi korporat, pegawai kemampanan, pegawai hal ehwal awam dan pegawai hubungan pelabur mempergunakan kelebihan kandungan bagi melibatkan diri dengan semua pembaca penting mereka. Setelah merintis industri pengedaran berita komersil lebih kurang 60 tahun yang lalu, hari ini PR Newswire menyediakan penyelesaian yang lebih efektif bagi menerbitkan, mengoptimumkan dan menyasarkan kandungan - daripada media beraneka kepada video dalam talian hinggalah multimedia - dan kemudiannya mengedarkan kandungan serta mengukur keputusan merentasi saluran tradisional, digital, mudah alih dan sosial. PR Newswire membolehkan syarikat dunia merebut peluang secara global, dengan menggabungkan rangkaian pengoptimuman dan pengedaran kandungan berbilang saluran dan juga berbilang budaya yang paling besar di dunia dengan alatan dan platform aliran kerja yang menyeluruh. PR Newswire berkhidmat untuk puluhan ribu klien daripada pejabat cawangannya di negara benua Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan rantau Asia Pasifik, dan merupakan syarikat UBM plc.
Saluran Media:
Sarah Tam
Pengarah Pemasaran Rantau
+852 2572-8228
sarah.tam@prnasia.com