omniture

Coty Inc. Melantik Catia Cesari sebagai Naib Presiden Kanan Pembangunan Perniagaan, Penggabungan & Pemerolehan

Coty Inc.
2014-01-22 22:00 176

-- Eksekutif Kanan Bakal Menyertai Jawatankuasa Eksekutif Syarikat Kecantikan Global Itu Mulai 1 Februari

NEW YORK, 22 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Syarikat kecantikan global yang menerajui, Coty Inc. (NYSE:COTY) hari ini mengumumkan pelantikan Cik Catia Cesari sebagai Naib Presiden Kanan Pembangunan Perniagaan, Penggabungan & Pemerolehan, berkuat kuasa 1 Februari. Cik Cesari akan menyertai Jawatankuasa Eksekutif Coty dan melapor bersama kepada Ketua Pegawai Eksekutif Michele Scannavini dan Ketua Pegawai Kewangan Patrice de Talhouët.

Cik Cesari membawakan pengalaman penuh kejayaan selama 20 tahun dalam Penggabungan & Pemerolehan kepada Coty. Dalam jawatan terdahulu beliau sebagai Ketua Pegawai Penggabungan & Pemerolehan dan Modal Insan di Labelux Group, Catia bertanggungjawab untuk pemerolehan dan penstrukturan semula jenama fesyen yang terkemuka seluruh dunia seperti Jimmy Choo, Bally dan Belstaff. Sebelum itu, di Gucci Group, Cik Cesari merupakan orang penting dalam pemerolehan jenama global seperti Bottega Veneta dan Boucheron. Beliau memulakan kerjaya beliau dengan KPMG, firma audit, percukaian dan khidmat nasihat, sebelum memulakan dekad yang berjaya bersama General Electric, syarikat yang beliau memegang pelbagai jawatan, termasuk Pengarah Korporat Penggabungan & Pemerolehan, Eropah.

Cik Cesari mempunyai ijazah Sarjana Ekonomi dan Pengurusan daripada Universiti Florence dan juga merupakan Akauntan Awam Bertauliah. Beliau fasih berbahasa Itali, Inggeris dan Sepanyol dan akan menetap di Geneva, Switzerland sebagai sebahagian daripada jawatan beliau.

"Saya dengan gembiranya mengalu-alukan Catia ke Coty. Pengalaman beliau yang luas dan rekod kerjaya beliau yang mengagumkan dalam mencari dan melaksanakan perjanjian yang sangat strategik bakal menjadi aset yang kuat dalam menyokong strategi jangka panjang Coty," kata Michele Scannavini, Ketua Pegawai Eksekutif Coty.

Cik Cesari akan menggantikan En. Peter Shaefer yang bakal mengetuai projek silang fungsi khas, dan melapor diri kepada En. Scannavini.

Latar Belakang Coty Inc.
Coty ialah syarikat kecantikan global yang menerajui dengan hasil bersih sebanyak $4.6 bilion bagi tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun, 2013. Sebagai syarikat yang diasaskan di Paris pada tahun 1904, Coty ialah syarikat kecantikan semata-mata dengan portfolio yang terdiri daripada wangian, kosmetik warna dan produk penjagaan tubuh & kulit yang sangat dikenali yang dijual di lebih 130 negara dan wilayah. Tawaran produk Coty termasuklah jenama global seperti adidas, Calvin Klein, Chloé, Davidoff, Marc Jacobs, OPI, philosophy, Playboy, Rimmel dan Sally Hansen.

 

 

 

Source: Coty Inc.
Related Stocks:
NYSE:COTY
Related Links:
Keywords: Chemical Cosmetics & Personal Care Household Products Household/Consumer/Cosmetics Personnel announcements