omniture

CGTN: Pertumbuhan Cina akan merangsang pemulihan ekonomi global pada tahun 2023

CGTN
2023-01-06 20:48 43

BEIJING, 6 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Dengan impak COVID-19 yang terus berlarutan dan limpahan yang negatif daripada situasi di Ukraine, ekonomi global, yang telahpun menunjukkan kehilangan momentum, berhadapan dengan ketidaktentuan.

Pengetatan fiskal dan monetari yang berterusan untuk menurunkan inflasi di beberapa negara, digandingkan dengan gangguan rantaian bekalan dan pengeluaran perindusrian yang semakin berkurangan, menyuramkan lagi prospek ekonomi global.

Institute of International Finance yang berpangkalan di Washington, D.C. meramalkan bahawa pertumbuhan ekonomi global akan rendah namun positif bersih pada sekitar 1.2 peratus pada tahun 2023 dan penurunan terhadap keyakinan pengguna dan perniagaan akan menyebabkan penurunan 2.0 peratus dalam purata pertumbuhan KDNK tahunan di Eropah.

Dalam menghadapi pelbagai cabaran, China mengekalkan kestabilan ekonominya semasa pandemik. Ia merupakan antara negara pertama di dunia yang menyambung semula tugas dan membuka kembali perniagaan pada tahun 2022 dan menjadi satu-satunya ekonomi penting yang utama untuk mencapai pertumbuhan yang positif pada tahun tersebut.

"China berupaya untuk meminimumkan impak pandemik ke atas rantaian bekalan dan operasi perniagaannya," kata Profesor Liu Bin di China Institute for WTO Studies daripada University of International Business and Economics di Beijing.

"Ekoran peranan besar China dalam perdagangan global, langkah-langkahnya yang dioptimumkan dan pelarasan terkini dalam respons pandemik boleh menyuntik kevitalan dan memberi rangsangan yang tepat pada masanya kepada ekonomi global."

China akan menamatkan keperluan kuarantinnya untuk ketibaan antarabangsa pada 8 Januari, menurut pihak berkuasa kesihatan kebangsaan. Dasar tersebut merupakan antara langkah yang terkini dalam pembukaan semula negara ini.

Carian untuk destinasi-destinasi rentas sempadan yang popular melonjak sepuluh kali ganda dalam tempoh setengah jam selepas pengumuman tentang sekatan perjalanan yang dilonggarkan. Sementara itu, carian untuk tiket penerbangan dan hotel antarabangsa mencapai kemuncak tiga tahun, menurut data daripada platform pelancongan Cina, Ctrip.

"Selepas memperbaharui dasar wabaknya, pertumbuhan ekonomi Cina akan pulih semula pada tahun 2023," kata Liu kepada CGTN.

Liu berkata kepantasan untuk pulih semula dijangka lebih pantas di peringkat domestik berbanding dalam pasaran antarabangsa dan ia penting untuk meningkatkan keyakinan terhadap pemulihan ekonomi global.

Institusi-institusi kewangan asing turut menyatakan keyakinan tentang ekonomi Cina lantaran pengoptimuman langkah-langkah pencegahan pandemik oleh negara ini. Ramalan J.P. Morgan Asset Management menunjukkan bahawa pertumbuhan KDNK China dijangka pulih kepada 5.4 peratus pada tahun 2023. Sementara itu, menurut penganalisis di bank pelaburan A.S., Goldman Sachs, prospek ekonomi keseluruhan adalah positif biarpun terdapat kenaikan kes jangkitan.

Syarikat-syarikat asing tetap bersemangat untuk melabur di China walaupun berlatarbelakangkan kes COVID-19, dengan pelaburan langsung asing di tanah besar Cina semakin meningkat sebanyak 17.4 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada $168.3 bilion dalam 10 bulan pertama tahun 2022, menurut Kementerian Perdagangan.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan pada September 2022 oleh American Chamber of Commerce di China Selatan, 76 peratus daripada syarikat Amerika berkata mereka akan melabur semula di China menjelang penghujung tahun 2022 untuk meluaskan operasi sedia ada.

"Akhirnya, saling bekerjasama merupakan jalan menuju masa depan," kata Harley Seyedin, presiden American Chamber of Commerce di China Selatan, menambah bahawa China akan terus makmur dengan cara yang aman yang akan menyumbang kepada dunia.

Sementara itu, pelaburan langsung asing Jerman di tanah besar China meningkat sebanyak 30.3 peratus berbanding tahun sebelumnya dalam lapan bulan pertama tahun 2022 dan pelaburan terkumpul dua-hala melebihi $55 bilion, data seperti yang ditunjukkan oleh Kementerian Perdagangan China.

Semasa lawatan Canselor Jerman Olaf Scholz ke China pada bulan November 2022, kira-kira 100 ahli perniagaan Jerman memohon untuk menyertai beliau dan 12 eksekutif dibenarkan termasuk wakil-wakil daripada Siemens, Merck, Deutsche Bank dan BioNTech.

Sebagai rakan dagangan terbesar Jerman sejak enam tahun lalu, China menarik pelaburan korporat Jerman yang meningkat pada tahun 2022.

Pada bulan September, kumpulan bahan kimia Jerman BASF membuka sebuah kilang di Zhanjiang di pantai barat Wilayah Guangdong, sebahagian daripada pelaburannya mencecah sehingga 10 bilion euro ($10.68 bilion) menjelang tahun 2030.

Kilang pertama akan menghasilkan 60,000 tan sebatian plastik kejuruteraan setiap tahun untuk industri automotif dan elektronik, menurut satu kenyataan korporat.

Pada Oktober, Volkswagen berkata ia akan melabur kira-kira 2.4 bilion euro (($2.6 bilion) dalam satu usaha sama di China bagi meningkatkan kecekapan pemanduan automatik dan BMW mengumumkan pelaburan sebanyak 10 bilion yuan ($1.4 bilion) pada November untuk meluaskan pengeluaran bateri kenderaan elektrik di China.

China mengekalkan daya tarikannya kepada pelabur-pelabur asing ketika ia terus meluaskan akses pasaran dan memperkemas proses pelaburan asing. Pada tahun 2020, Undang-undang Pelaburan Asing berkuat kuasa bagi melindungi hak dan kepentingan pelabur-pelabur asing.

Sebagai contoh, undang-undang menghendaki kerajaan untuk mewujudkan sistem perkhidmatan bagi memberi khidmat runding dan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat yang mendapat pembiayaan pihak asing berhubung undang-undang, peraturan dan maklumat projek pelaburan, antara item-item lain.

Dalam tempoh 11 bulan pertama tahun 2022, perdagangan barangan China berkembang sebanyak 8.6 peratus berbanding tahun sebelumnya bagi mencecah 38.34 trilion yuan ($7.47 trilion), menurut Pertadbiran Am Kastam.

"Sebagai tumpuan utama rantaian bekalan global yang penting, kebingkasan eksport China telah meningkatkan kestabilan rantaian bekalan global," kata Liu menambah bahawa dari segi permintaan domestik, pasaran Cina yang luas akan membantu menstabilkan pasaran eksport global.

https://news.cgtn.com/news/2023-01-03/China-s-economy-to-drive-global-economic-recovery-and-growth-in-2023-1giqbeLg7Li/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis