omniture

TCL Memanfaatkan Pematuhan Kelestarian A.S. dengan Pelancaran Kempen Global #TCLGreen di CES 2023

TCL
2023-01-06 21:37 17

LAS VEGAS, 6 Januari 2023 /PRNewswire/ -- TCL melancarkan secara rasmi kempen #TCLGreen di CES 2023, satu inisiatif global yang dibangunkan berdasarkan kemenangan kelestarian A.S. pemenang anugerahnya untuk terus meningkatkan komitmennya terhadap usaha Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) bagi menginspirasikan kehebatan dan mencipta planet yang lebih hijau buat semua di serata dunia.

Diiktiraf atas usahanya dalam meningkatkan kesedaran kelestarian dan membawa penyelesaian kitar semula kepada komuniti yang terabai, TCL meninggikan standard yang jauh lebih tinggi dengan usaha yang diperbaharui di seluruh dunia, memantapkan tugasnya di A.S. sebagai model untuk mencapai pertumbuhan kempen #TCLGreen. Mendidik orang ramai tentang faedah-faedah kitar semula dan guna semula, menggalakkan kecekapan tenaga dan mengurangkan emisi gas rumah hijau, memastikan pematuhan sosial dalam seluruh rantaian bekalannya dan memudahkan pelanggannya untuk mengitar semula produk akhir hayat merupakan komponen-komponen penting dalam #TCLGreen.


Kempen #TCLGreen

Asal-usul #TCLGreen bermula dalam tahun 2014 apabila TCL mencipta program TCLCares tatkala jenama ini diperkenalkan secara meluas di A.S. Ini seterusnya mewujudkan empat tonggak penting untuk jenama ini: mengambil berat terhadap pengguna kami, pekerja kami, komuniti di tempat kami berkhidmat dan persekitaran kami. Pasukan TCL melihat tonggak-tonggak penting ini sebagai kewajipan pemacu untuk setiap produk dan pengalaman pelanggan.

Sepanjang perjalanan, TCL mula membiayai kitar semula produk elektronik di lebih daripada 20 negeri di seluruh Amerika, membina reputasi untuk penglibatan komuniti dan memenangi anugerah atas usahanya. Penajaan pasukan sukan profesional oleh TCL turut mendorong tradisi percutian termasuk aktiviti membeli-belah untuk kanak-kanak yang ditemani oleh para atlet dan ahli-ahli Pasukan TCL serta sumbangan amal. Kemuncak usaha ini membolehkan TCL untuk membina jenama yang mampan dan berorientasikan komuniti yang dibanggakan oleh pelanggan setianya dan ahli-ahli pasukan, dengan #TCLGreen kini menjadi aspek yang penting dalam rancangan global syarikat ini bagi tahun 2023 dan seterusnya.

Bagi menandakan pelancaran kempen #TCLGreen, syarikat ini menjalin kolaborasi yang penting bersama artis prolifik Kevin Chu. Beliau mempersembahkan seni metafizikal "TCLGreen" yang terdiri daripada 1,000 keping sisa elektronik yang disediakan oleh TCL di Roseto Degli Abruzzi, Itali, pada 10 September 2022. Warner Bros. Discovery telah mendokumentasikan pembikinan ideologi #TCLGreen dalam filem yang menakjubkan dari segi visual, kini tersedia di TCL.com dan reruai CES TCL. Sebahagian daripada karya seni pemasangan TCLGreen dan dokumentari penuh akan ditayangkan di reruai CES TCL #16915 dan reruai #16937 di Dewan Pusat, Pusat Konvensyen Las Vegas mulai 5 – 8 Januari.

"Karya seni #TCLGreen yang mengagumkan dan filem yang mengiringi menonjolkan sejauh mana TCL benar-benar berusaha tanpa jemu setiap hari untuk menambah baik planet ini dan dalam masa yang sama menawarkan perkhidmatan kepada pelanggannya dengan penyelesaian produk dan teknologi yang inovatif," kata Jonathan King, Naib Presiden Korporat & Hal Ehwal Undang-undang, TCL North America. "Mereka merangkumkan dengan berkesan falsafah berpandukan pekerja TCL untuk mencipta produk dan peranti generasi seterusnya dan dalam masa yang sama memastikan kami memenuhi kepentingan kelestarian semua generasi. #TCLGreen menjadi teras bagi setiap produk TCL dan kami benar-benar mengambil serius aspek ini."

Membina Planet Lebih Hijau buat Semua

Sebagai jenama televisyen kedua terbesar di Amerika Utara dan salah satu pengeluar barangan elektronik pengguna yang terbesar di dunia, TCL memfokuskan untuk mengupayakan amalan perniagaan yang mampan bagi membina masa depan yang lebih hijau dan tahun 2022 merupakan satu lagi tahun luar biasa yang menunjukkan usahanya untuk membawa perubahan yang sebenar. TCL dengan bangganya membiayai kitar semula lebih daripada 30 juta paun (13.6 juta kilogram) barangan elektronik di A.S. buat tahun ketiga berturut-turut, mencapai jumlah keseluruhan yang menakjubkan iaitu 145 juta paun (65.77 juta kilogram). Kadar tahun ini bersamaan dengan mengitar semula TV TCL setiap sepuluh saat. TCL Takeback Tour, diwujudkan beberapa tahun yang lalu untuk membawa penyelesaian kitar semula barangan elektronik percuma kepada komuniti terabai, meraikan satu lagi tahun yang berjaya dengan acara-acara merentas beberapa negeri.

Tetapi, ia tidak berhenti setakat di situ sahaja; TCL terus mengorak langkah dalam perjalanan kelestariannya merentas barisan dan operasi produk globalnya. Bermula dengan menggantikan plastik dan kayu dalam bungkusannya dengan polietilena dan nilon, bagi memperoleh pensijilan ISO50001 yang amat diingini untuk sistem pengurusan tenaga cekap, setiap segmen perniagaan TCL diperbaharui secara berterusan bagi mengurangkan sisa dan menurunkan emisi.

TCL mengambil bahagian dalam beberapa program bersama peruncit yang dirancang untuk mengurangkan emisi dan menjalankan audit pematuhan sosial di kilang-kilangnya sebagai anggota Responsible Business Alliance (RBA), gabungan industri yang terbesar di dunia yang mengkhusus terhadap kelakuan perniagaan yang bertanggungjawab dalam rantaian bekalan global. TCL memperkenalkan pelabelan How2Recycle pada beberapa barisan produk bagi membantu memudahkan pelanggannya untuk mengitar semula bungkusan dengan betul dan mengamalkan pelupusan yang bertanggungjawab. Satu peta interaktif di laman sesawang TCL.com membolehkan pengguna untuk menunjukkan-dan-mengklik lokasi penghantaran elektronik yang mudah berhampiran mereka.

Di A. S., TCL bekerjasama dengan U.S. Environmental Protection Agency (EPA) di bawah America Recycles Pledge, serta agensi-agensi negeri dan juga komuniti-komuniti setempat bagi memajukan program kitar semula dan pendidikan. Usaha TCL telah diiktiraf secara meluas oleh industri ini dan juga EPA. Ia menerima Anugerah Peringkat Emas EPA dalam Cabaran Elektronik Pengurusan Bahan Mampan tahunannya empat tahun berturut-turut dan pada tahun 2021 ia merupakan penerima bagi Anugerah Kepimpinan Kelestarian Khas pertama EPA kerana mencipta penyelesaian kitar semula yang inovatif untuk rakyat Amerika semasa pandemik COVID-19.

Hari ini merupakan permulaan kepada satu senarai penuh inisiatif yang dirancang untuk disokong oleh TCL ketika ia terus meningkatkan keluasan produk dan penawarannya. Pada masa akan datang, kempen #TCLGreen akan mendedahkan lebih banyak inisiatif kelestarian bagi memberi impak yang lebih besar dan meningkatkan tanggungjawab sosial untuk semua orang.

Latar Belakang TCL

TCL Electronics mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pengilangan barangan elektronik pengguna termasuk televisyen, telefon bimbit, peranti audio, produk dan perkakas rumah pintar. Menggabungkan reka bentuk yang difikirkan dengan teliti dan teknologi inovatif untuk menginspirasikan kehebatan, barisan produk kami menyampaikan ciri-ciri yang harus dimiliki dan pengalaman yang bermakna. Sebagai salah satu jenama barangan elektronik pengguna yang terbesar di dunia, rantaian bekalan kami yang bersepadu secara vertikal dan kilang panel paparan canggih membantu TCL menyampaikan inovasi buat semua. Untuk maklumat produk tambahan, sila kunjungi www.tcl.com untuk portfolio penuh.

Source: TCL
Keywords: Advertising Computer/Electronics Consumer Electronics Environmental Products & Services Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility Trade show news