omniture

Philips lancarkan Kumpulan Perniagaan Perkhidmatan dan Penyelesaian Informatik Penjagaan Kesihatan yang baharu

Royal Philips
2014-01-23 16:06 188

-- Kumpulan perniagaan peringkat global akan bertindak sebagai rakan perundingan dan penyelesaian untuk hospital dan sistem kesihatan selari dengan model penjagaan pesakit yang baharu, lebih cekap dan berkos rendah

-- Kumpulan ini akan memberi tumpuan terhadap platform penjagaan kesihatan digital umum, analisis data besar dan informatik yang canggih serta perkhidmatan integrasi dan perundingan bertaraf dunia

ANDOVER, Massachusetts, 23 Januari 2014  /PRNewswire/ -- Royal Philips (NYSE: PHG, AEX: PHIA) hari ini mengumumkan penubuhan Perkhidmatan dan Penyelesaian Informatik Penjagaan Kesihatan yang merupakan kumpulan perniagaan baharu dalam sektor Penjagaan Kesihatan Philips yang menawarkan program klinikal yang disesuaikan, analisis data yang canggih serta platform berasaskan awan dan saling kendali yang diperlukan bagi melaksanakan model penjagaan baharu kepada hospital dan sistem kesihatan.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140122/NE50581LOGO )

Dengan rekod yang berjaya dibuktikan dalam mempertingkatkan kesihatan penduduk yang semakin berusia dan berisiko, Perkhidmatan dan Penyelesaian Informatik Penjagaan Kesihatan akan berganding bahu bersama penyedia penjagaan kesihatan bagi memudahkan akses, mengurangkan kos serta mempertingkatkan kualiti bagi seluruh bidang penjagaan, bermula daripada pemeriksaan dan diagnosis, sehinggalah kepada rawatan dan pemantauan serta penjagaan di rumah.

"Sistem penjagaan kesihatan pada masa kini sedang mengubah cara kita beroperasi, bagaimana keputusan dibuat dan bagaimana pesakit menerima rawatan," kata Deborah DiSanzo, ketua pegawai eksekutif, Philips Healthcare. "Ini memerlukan baik pulih yang meluas dalam organisasi yang kompleks serta data bertindak yang berkaitan tentang setiap populasi pesakit yang menerima rawatan. Dengan usaha berterusan bagi mempertingkatkan peralatan, analisis, perundingan dan sokongan, kami turut menggalakkan para penyedia untuk beralih ke arah kerjasama dalam penjagaan yang lebih bersepadu."

Perkhidmatan dan Penyelesaian Informatik Penjagaan Kesihatan akan diketuai oleh Jeroen Tas yang merupakan mantan ketua pegawai maklumat Philips dan akan mewakili langkah seterusnya ke arah pembaharuan Philips, sebagai tindak balas terhadap permintaan yang bertambah oleh sistem kesihatan utama di seluruh dunia. Sebagai contoh, pada tahun lalu, Philips telah menandatangani kerjasama selama 15 tahun bersama Pusat Perubatan Georgia Regents (GRMC) bagi membolehkan pusat kesihatan akademik awam yang terkenal di Georgia ini beralih kepada pendekatan penjagaan yang lebih bertumpu terhadap pesakit dan model perniagaan inovatif yang memberi keutamaan kepada keperluan klinikal, operasi dan peralatan terkini serta masa depan bagi pusat GRMC yang pelbagai.

Di samping itu, Philips Healthcare Amerika Utara pula hari ini mengumumkan penubuhan organisasi jualan yang baharu bagi memberi sokongan yang lebih baik kepada pasaran penjagaan kesihatan yang kian berkembang serta para pelanggannya di rantau ini. Philips juga akan memberi tumpuan tambahan terhadap Rangkaian Penghantaran Bersepadu (IDN) dan akaun lebih besar, sementara terus membantu pasaran hospital dan bukan hospital yang kendiri. Pendekatan baharu bagi pengurusan akaun yang diselaraskan pula akan membantu para pengurus akaun Philips untuk menawarkan penyelesaian yang lebih menyeluruh untuk portfolio yang lebih luas.

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi:

Rachel Bloom-Baglin
Philips Healthcare
Tel: +1 978 760 9007
E-mel: rachel.bloom-baglin@philips.com

Steve Klink
Philips Group Communications
Tel: +31 6 10888824
E-mel: steve.klink@philips.com

Latar Belakang Royal Philips
Royal Philips (NYSE: PHG, AEX: PHIA) merupakan syarikat kesihatan dan kesejahteraan yang berkepelbagaian dengan memberi tumpuan terhadap mempertingkatkan kehidupan individu melalui inovasi yang bermakna dalam bidang Penjagaan Kesihatan, Gaya Hidup Pengguna dan Pencahayaan. Syarikat yang beribu pejabat di Belanda ini berjaya menghasilkan jualan berjumlah EUR 24.8 bilion pada tahun 2012 dan mempunyai kakitangan seramai kira-kira 114,000 orang dengan jualan dan perkhidmatan di lebih 100 negara. Syarikat ini juga merupakan peneraju bagi penjagaan jantung, penjagaan akut dan penjagaan kesihatan di rumah, penyelesaian pencahayaan cekap tenaga dan juga aplikasi pencahayaan baharu serta pencukuran lelaki, dandanan dan penjagaan kesihatan mulut. Berita perkembangan terkini Philips boleh didapati di www.philips.com/newscenter.

Source: Royal Philips
Related Stocks:
EuronextAmsterdam:PHIA NYSE:PHG
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Corporate Expansion