omniture

Laporan Penting Hitung Manfaat Sosial Tenaga Fosil Sekurang-kurangnya 50 Kali Lebih Tinggi berbanding Kos Karbon yang Dijangkakan

American Coalition for Clean Coal Electricity (ACCCE)
2014-01-23 20:12 177

-- Manfaat melebihi kos jangkaan dengan kadar 50-1 hingga 500-1

WASHINGTON, 23 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Manfaat kepada masyarakat berkaitan dengan tenaga bahan api fosil jauh melebihi kos sosial karbon (SCC) dengan magnitud sebanyak 50 hingga 500 kali, menurut kajian penting yang dijalankan oleh Gabungan Amerika bagi Tenaga Elektrik Arang Bersih (ACCCE) pada hari ini.

"Tidak diragukan lagi masyarakat dan negara di seluruh dunia telah beroleh manfaat daripada tenaga bahan api fosil dan manfaat tersebut akan terus mendapat pengiktirafan di seluruh dunia bagi generasi mendatang," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ACCCE, Mike Duncan. "Tenaga berasaskan fosil telah menjana kuasa untuk tiga revolusi perindustrian termasuklah revolusi teknologi pada masa kini. Tenaga ini telah membantu mempertingkatkan jangka hayat, memperbaiki kualiti hidup dan juga meningkatkan taraf kehidupan masyarakat di seluruh dunia. Saya amat berharap pembuat dasar di serata dunia dapat memahami hakikat ini dan menggubal serta menyokong dasar yang dapat meneruskan penggunaan bahan api fosil dengan bertanggungjawab, terutamanya yang melibatkan arang batu bersih."

Menurut kajian yang dijalankan, The Social Costs Of Carbon? No, The Social Benefits Of Carbon, sepanjang tempoh 250 tahun lalu, jangka hayat global telah meningkat lebih dua kali nilai asalnya dan pendapatan pula bertambah sebanyak 11 kali nilai asalnya, sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan dalam penghasilan serta penghantaran tenaga yang kebanyakannya adalah berasaskan fosil. Walaupun Kumpulan Kerja Antara Agensi Persekutuan (IWG) kerajaan Amerika Syarikat menjangkakan kos sosial karbon (SCC) adalah sebanyak $36/tan; manfaat sosial sebenar karbon sebagai hasil sampingan penghasilan tenaga adalah 50 hingga 500 kali lebih tinggi berbanding kos yang dijangkakan.

"Anggaran paling konservatif juga telah menetapkan manfaat sosial bahan api berasaskan karbon sebanyak 50 kali lebih tinggi berbanding kos sosial jangkaan," kata penulis utama laporan berkenaan, Dr. Roger Bezdek. "Manfaatnya adalah fakta sebenar; fakta berasaskan data empirikal lebih dua abad lalu dan bukannya sekadar ringkasan teori yang berdasarkan andaian yang boleh dipersoalkan, ramalan yang meragukan serta model yang lemah."

Laporan tersebut turut menekankan arang batu merupakan sumber tenaga yang paling pantas berkembang di dunia dan telah meningkat hampir sebanyak kesemua sumber bahan api lain apabila digabungkan. Kebanyakan daripada perkembangan ini berlaku dalam ekonomi yang kian meningkat, yang baru sahaja menyedari manfaat sosial dan ekonomi yang mampu dibawakan oleh tenaga elektrik yang andal dan berpatutan. Arang batu dijangka akan terus menjadi bahan mentah yang menerajui bagi penghasilan tenaga elektrik di seluruh dunia bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga dekad lagi. Tambahan pula, menurut bahagian statistik daripada Jabatan Tenaga A.S., Bahagian Pentadbiran Maklumat Tenaga, bahan api fosil dapat menyumbangkan sebanyak 75 hingga 80 peratus tenaga di dunia pada masa akan datang.

Apa yang menarik ialah, Bill Gates telah pun menyatakan tentang jumlah mobiliti ke atas yang berlaku di seluruh dunia dalam surat tahunan beliau, "Saya amat yakin dengan perkara ini dan saya bersedia untuk membuat ramalan. Menjelang 2035, tiada lagi kewujudan negara miskin di seluruh dunia. (Maksud saya, berdasarkan definisi miskin pada masa kini)"

"Bahan api fosil telah menyediakan tenaga yang diperlukan untuk meningkatkan hasil pertanian, memperkembangkan penghasilan dan perniagaan, memberikan air bersih kepada masyarakat dan memberi kuasa kepada pelayan data dan Awan," kata En. Duncan. "Kami berharap bukti yang menyokong manfaat bahan api fosil ini termasuk arang batu bersih akan membantu dalam proses kawal selia di Amerika Syarikat dan juga di serata dunia."

Selain itu, industri arang batu bersih sedang berusaha untuk memastikan tenaga yang dihasilkan adalah amat bersih. Industri ini telah melaburkan sebanyak $130 bilion dalam teknologi arang batu bersih yang telah pun berjaya mengurangkan pengeluaran sehingga 90 peratus bagi tempoh empat puluh tahun lalu.

Source: American Coalition for Clean Coal Electricity (ACCCE)
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Survey, Polls & Research