omniture

Sungrow Hantarkan Penyongsang 3MW ke Jepun pada Awal Tahun 2014

Sungrow Power Supply Co., Ltd.
2014-01-24 12:28 92

HEFEI, China, 24 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Pembekal penyongsang PV paling besar dari Asia, Sungrow Power Supply Co., Ltd. baru-baru ini mengumumkan syarikat ini telah berjaya mencapai sejumlah penghantaran 3MW penyongsang PV ke Jepun pada awal bulan Januari 2014, yang merupakan permulaan tahun baharu yang baik kepada syarikat ini untuk terus berkembang ke dalam pasaran yang disasarkannya.

Setelah ditubuhkan pada tahun 1997, Sungrow telah berjaya mencapai lebih 7GW aplikasi pada peringkat global bersama-sama dengan lebih 30% saham pasaran China hingga ke saat ini. Menurut syarat grid kuasa dan keperluan aplikasi Jepun, penyongsang khusus yang dibuat oleh Sungrow akan dipasangkan di stesen kuasa PV atas bumbung komersil di negara berkenaan.

Jepun merupakan salah satu daripada pasaran utama dalam kalangan industri PV peringkat global memandangkan ia mempunyai kapasiti pasaran yang luas serta kadar pertumbuhan yang pantas dan pada dasarnya memberikan kadar tarif paling berpatutan di dunia. Memandangkan negara ini mempunyai syarat produk PV yang amat ketat, hanya sebilangan kecil pembekal yang berjaya meyakinkannya dan mampu membuat penghantarannya ke dalam pasaran.

"Seawal tahun 2005 lagi, penyongsang yang kami sediakan telah diaplikasikan di negara Jepun," kata En. Guibiao Zheng. "Sungrow telah menciptakan rekod melalui sejumlah penghantaran yang banyak baru-baru ini dan kami terus yakin dengan prestasi kami di Jepun bagi tahun-tahun akan datang. Lebih banyak produk khusus untuk negara Jepun yang sedang diuji dan Sungrow bersedia untuk menguasai lagi pasaran ini menerusi penyelesaian sistem kuasa PV kami yang mantap."

Latar Belakang Sungrow Power Supply Co., Ltd.

Sungrow Power Supply Co., Ltd. mengeluarkan peralatan bekalan kuasa untuk projek kuasa angin dan suria PV termasuk penyongsang PV, penukar kuasa angin dan bekalan kuasa yang diagihkan. Setelah ditubuhkan pada tahun 1997, Sungrow mempunyai kira-kira 1,000 kakitangan di serata dunia. Menjelang Suku ke-4 tahun 2013, Sungrow memiliki lebih 7,000MW penyongsang yang berjaya dipasangkan di seluruh dunia. Menurut Kajian IHS/GTM, Sungrow berada di kedudukan ketiga bagi pengeluar penyongsang PV paling besar di dunia pada tahun 2012 dengan MW yang dihantarkan.

Bagi maklumat lanjut: www.sungrowpower.com/sungrow-english

Hubungi:

Joseph Tam
Tel: +86-755-83255001
E-mel: hctam@sungrow.cn

Source: Sungrow Power Supply Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Expansion