LONDON, 25 Januari 2014 /PRNewswire/ --
Playtech, pereka, pembangun dan pemberi lesen antarabangsa perisian dan perkhidmatan untuk industri perjudian dalam talian, mudah alih, TV dan tapak fizikal, dengan sukacitanya mengumumkan keahliannya dalam Gaming Standard Association ('GSA') sebagai ahli platinum.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120515/531552 )
Keahlian baharu ini bakal menyaksikan Playtech memainkan peranan aktif dalam mentakrifkan standard perjudian global sebagai sebahagian daripada Jawatankuasa Perjudian Dalam Talian GSA. GSA membantu pengenalpastian, pentakrifan, pembangunan, promosi dan pelaksanaan standard yang membolehkan saling kendali, inovasi, pendidikan dan komunikasi dalam industri perjudian global.
Sebagai peneraju pasaran, Playtech akan menyumbang dan memimpin secara proaktif dalam kategori dalam talian bagi manfaat semua pengeluar, pembekal, pengendali, pemain dan pengawal selia perjudian. Playtech membawakan pengalaman yang terbukti dalam perjudian dalam talian, mudah alih dan arked melalui pelbagai rangkaian produk, termasuk kasino, pakau, bingo dan perjudian. Teknologinya digunakan untuk menguruskan lebih 30,000 mesin perjudian dan 50 kasino menggunakan fungsian silang platform yang membantu melancarkan pengalaman perjudian berbilang produk dan berbilang saluran.
Tambahan lagi, Penyelesaian Pengurusan Maklumat Playtech beroperasi sebagai platform terbuka yang bersepadu dengan apa-apa kandungan penyedia pihak ketiga. Playtech sudah terbukti sebagai pakar dalam penanda yang dikawal selia dan beroperasi di banyak negara termasuk UK, Itali, Perancis, Sepanyol, dan Finland dan dijangka akan memasuki pasaran Belanda dalam jangka masa terdekat ini dengan Holland Casino.
Dengan pengalaman industri yang begitu kuat, digandingkan bersama pengetahuan menyeluruh tentang pasaran yang dikawal selia, Playtech mampu membantu GSA membentuk standard dalam talian global yang akan memberi manfaat kepada industri perjudian secara keseluruhan.
Shay Segev, Ketua Pegawai Operasi Playtech memberi komen, "Playtech membawakan pengalaman yang terbukti kepada GSA dan kami sangat teruja dapat menyertai GSA sebagai ahli platinum. Kami sangat percaya pengalaman industri kami yang menyeluruh akan membolehkan kami menyumbang secara signifikan kepada standard perjudian GSA bagi faedah seluruh industri. Ia juga akan membenarkan kami mempertingkatkan fungsian platform terbuka kami dan memastikan penyatuan bagi semua tawaran penyedia, yang akan membolehkan segala kemungkinan tanpa batasan daripada segi penyepaduan kandungan. Penggabungan seperti ini akan memenuhi keperluan kedua-dua pengendali dan pengawal selia."
Presiden GSA Peter DeRaedt berkata, "Penyertaan Playtech ke dalam persatuan ini bakal menjadi kuasa memacu yang menyokong pelan strategik kami dan memastikan persatuan ini akan kekal relevan dalam industri ini. Sebagai ahli Platinum, dan dengan pengalaman serta pengetahuan mereka yang meluas dalam pasaran perjudian interaktif, Playtech akan memainkan peranan pemimpin dalam Jawatankuasa Perjudian Dalam Talian (OGC) kami. OGC baru sahaja memulakan usahanya bagi mencipta standard perjudian dalam talian dan GSA menggalakkan perniagaan lain dengan matlamat yang sama untuk menyertai kami agar mereka juga dapat memberi input terus dalam masa hadapan perjudian dalam talian."
Latar Belakang Playtech
Playtech membangunkan platform dan kandungan perisian bersatu untuk industri perjudian dalam talian dan tapak fizikal, serta menyediakan pelbagai perkhidmatan sampingan seperti pemasaran, pengehosan dan perkhidmatan CRM.
Kemampuan Kumpulan itu membolehkan penyampaian perisian bersepadu atau penyelesaian sedia guna dengan pemain mengakses terminal perjudian dalam talian, penyiaran, mudah alih dan berasaskan pelayan melalui akaun tunggal.
Pemohon lesen baharu termasuklah pengendali dalam talian sedia ada yang menaik taraf atau mempelbagaikan tawaran mereka, kumpulan kasino tapak fizikal, entiti tajaan kerajaan seperti loteri, dan ahli baharu yang mula berjinak-jinak dalam industri perjudian, terutamanya dalam pasaran yang baru dikawal selia.
Setelah ditubuhkan pada tahun 1999, Playtech disenaraikan pada Bursa Saham London dan mempunyai lebih 3,000 kakitangan di dua belas negara. Aplikasi perjudiannya yang menerajui termasuklah kasino, pakau, bingo, pertaruhan sukan, perjudian langsung, mudah alih dan sosial, pertaruhan kebarangkalian kasual serta tetap.
Bagi maklumat lanjut sila hubungi:
Playtech Ltd
+44(0)20-7861-3232
Mor Weizer, Ketua Pegawai Eksekutif
Ron Hoffman, Ketua Pegawai Kewangan
d/a Pelham Bell Pottinger
Adam Kay, Ketua Hubungan Pelabur
+44(0)1624-645954
Pelham Bell Pottinger
David Rydell / Olly Scott / Guy Scarborough
+44(0)20-7861-3232
Sumber: Playtech