omniture

Pemasangan Kamera UrtheCast Disiarkan Secara Langsung Dari ISS

UrtheCast Corp.
2014-01-27 20:30 130

VANCOUVER, British Columbia, 27 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Hari ini, Isnin 27 Januari, mulai 6:10 pagi PST (2:10 petang GMT), dua kamera pengimejan Bumi UrtheCast akan dipasang di segmen Rusia Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), dan acara itu akan disiarkan secara langsung di www.urthecast.com/spacewalk.

Kosmonaut Oleg Kotov dan Sergey Ryazansky akan melakukan perjalanan angkasa hari ini bagi memasang semula kamera UrtheCast, yang telah dipasang dan ditanggalkan semasa perjalanan angkasa sebelumnya pada 27 Disember 2013 lalu.

Berikutan pemasangan itu, UrtheCast akan mula menentukur kameranya sebagai persiapan bagi siaran perdana video Bumi dalam Ultra HD.

Bagi maklumat lanjut lawati www.urthecast.com.

Latar Belakang UrtheCast Corp.

UrtheCast Corp. ialah syarikat teknologi yang berpusat di Vancouver yang sedang membangunkan suapan video Bumi dalam Ultra HD yang pertama di dunia, disiarkan dari angkasa dengan warna penuh. Melalui kerjasama dengan rakan kongsi aeroangkasa ternama dari seluruh dunia, UrtheCast telah membina, melancarkan, dan menjangka akan memasang dan mengendalikan dua kamera di segmen Rusia pada ISS. Video dan imejan yang ditangkap oleh kamera itu akan dipaut turun ke stesen darat seluruh dunia dan akan dipaparkan pada platform web UrtheCast, atau diedarkan kepada rakan kongsi dan pelanggan. Kamera UrtheCast akan menyediakan video dan imejan Bumi resolusi tinggi yang akan membenarkan pemantauan alam sekitar, usaha bantuan kemanusiaan, acara sosial, tanah pertanian, dan lain-lain. Saham biasa UrtheCast diperdagangkan pada TSX dengan singkatan nama 'UR'.

Maklumat Pandang ke Hadapan

Siaran ini mengandungi "maklumat pandang ke hadapan" yang terangkum dalam undang-undang sekuriti Kanada. Maklumat pandang ke hadapan termasuklah kenyataan yang berkaitan dengan kejadian masa hadapan dan termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan tentang kejayaan perjalanan angkasa tersebut untuk memasang kamera kami, penugasan kamera, penyiaran video dan imejan, produk yang diusulkan dan pelanggan yang dijangkakan. Maklumat pandang ke hadapan tertakluk kepada risiko yang mungkin akan menyebabkan keputusan atau prestasi sebenar UrtheCast benar-benar berbeza daripada yang dinyatakan atau dibayangkan dan dengan itu, termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, faktor yang dibincangkan dalam prospektus pendek Syarikat yang bertarikh 12 Disember 2013 (Prospektus tersebut) yang boleh didapati di www.sedar.com. Maklumat pandang ke hadapan adalah berdasarkan andaian tentang risiko tersebut serta faktor lain yang dinyatakan di dalam sini, dalam Prospektus tersebut dan seperti yang dipaparkan dalam profil SEDAR UrtheCast, dan adalah berdasarkan anggaran dan pendapat pengurusan pada tarikh kenyataan tersebut dibuat. UrtheCast tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan kecuali yang diwajibkan oleh undang-undang sekuriti Kanada. Pembaca diingatkan agar tidak membuat anggapan pasti yang tidak bertempat berdasarkan kenyataan pandang ke hadapan.

Bagi maklumat lanjut:

Hubungi

Christian Darbyshire
+1-587-352-5053
media@urthecast.com

(UR.)

Source: UrtheCast Corp.
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Broadcast Technology Computer/Electronics