omniture

Pameran Canton Dedahkan Tempat Diluaskan, Menjadi Kompleks Pameran Terbesar di Dunia

Canton Fair
2023-01-11 16:06 79

GUANGZHOU, China, 11 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Peluasan Kompleks Pameran Import dan Eksport China ("Kompleks Pameran Canton") memulakan pembukaan pertamanya. Dengan skala dewan pameran yang terbesar di dunia dan pelbagai bahagian fungsian, Kompleks Pameran Canton ini telah menjadi kompleks pameran yang terbesar di dunia.

Pembinaan peluasan ini bermula pada Disember 2020, termasuk empat kawasan fungsian: dewan pameran, pusat persidangan, pusat pentadbiran dana dewan pendaftaran. Ini merupakan projek peluasan terbesar dalam sejarah Kompleks Pameran Canton, dengan kawasan pembinaan keseluruhan mencecah kira-kira 560,000 meter persegi, bersamaan dengan 78 padang bola sepak standard. Setelah siap, Pameran Canton akan meliputi kawasan seluas lebih daripada 1.62 juta meter persegi, menambah hampir 6,000 reruai.

Sehingga kini, dewan pameran baharu dan dewan pendaftaran timur bagi tempat yang telahpun diluaskan ini telah digunakan setelah siap. Pusat persidangan masih menjalani kerja-kerja pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2023.


Pembinaan Kompleks Pameran Canton yang diluaskan ini mematuhi konsep operasi penjimatan tenaga dengan teknologi rendah karbon dan perlindungan terhadap alam sekitar diaplikasikan secara menyeluruh. Pameran Canton memperkukuh konsep reka bentuk hijau bagi memilih peralatan penggunaan bertenaga rendah dan mengguna pakai sistem pintar. Melalui peningkatan kecekapan sumber yang digunakan, Kompleks Pameran Canton berupaya untuk menjimatkan ruang, air, bahan dan tenaga, seterusnya mencapai matlamat pengurangan emisi karbon yang lebih besar.

"Ia menandakan permulaan penyambungan semula tugas penuh Pameran Canton dengan siapnya Kawasan D baharu," kata Ma Jiaying, seorang kakitangan China Foreign Trade Centre Group Co., Ltd., "Berbanding dengan tempat sebelum ini, kawasan yang diluaskan ini mengatasi prestasi baik dalam perisian mahupun perkakasan, termasuk penggunaan peralatan pintar, dewan pameran tanpa tiang, pusat persidangan serta bilik mesyuarat berbilang fungsi, lalu mencapai satu lagi lonjakan dalam fungsian dan skala Kompleks Pameran Canton."

Pameran Canton ke-133 akan menyambung pameran luar talian dengan model tergabung-luar-talian-dalam-talian ekoran pelonggaran peraturan wabak China. Tempat baharu ini akan membawakan pengalaman pameran yang lebih baik kepada pembeli dari seluruh dunia untuk meninjau peluang perniagaan.

Untuk maklumat lanjut, sila daftar di https://www.cantonfair.org.cn/en-US/register/index?utm_source=rwyx#/foreign-email atau hubungi caiyiyi@cantonfair.org.cn.

 

Source: Canton Fair
Keywords: Environmental Products & Services Household Products Retail Trade show news