omniture

Constellar dan China National Convention Center memulakan perkongsian strategik untuk penciptaan acara dan pertukaran ilmu

Constellar
2023-01-11 16:27 108

SINGAPURA, 11 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Constellar, rakan rujukan Asia untuk menyusun atur pengalaman acara dan tempat yang inovatif, menandatangani satu Memorandum Persefahaman bersama China National Convention Center (CNCC), pusat konvensyen terbesar China di Beijing. Ini akan membolehkan Constellar dan CNCC meninjau peluang perkongsian yang strategik dan mempermudah pertukaran industri dalam MICE (Mesyuarat, Insentif, Konvensyen, Pameran) antara Singapura dan China pada tahun 2023.

MICE kekal menjadi enjin pertumbuhan yang dinamik apabila ekonomi dan sempadan dibuka semula. Di Singapura, industri MICE menunjukkan pemulihan yang kukuh dengan rancangan acara peringkat antarabangsa yang mantap pada tahun 2023 dan selanjutnya. Ini turut diperlihatkan dalam permintaan yang semakin meningkat oleh penganjur acara untuk menganjurkan acara di tempat terurus Constellar, Singapore EXPO, yang mana tempahan telahpun mencecah kira-kira 65% daripada paras sebelum Covid setakat ini. Pada tahun 2022, Constellar turut menghimpunkan anggaran lebih 87,000 hadirin merentas empat pameran perdagangan utamanya - Agri-Food Tech Expo Asia, BuildTech Asia, Industrial Transformation ASIA-PACIFIC dan Singapore FinTech Festival. Pada tahun 2023 Constellar akan terus membina portfolionya melalui pertumbuhan yang organik dan tak organik, menerusi jejak antarabangsanya di Rantau Besar China yang diperkukuh melalui MOU ini.

Lebih banyak acara dan mesyuarat peringkat antarabangsa turut dijangka akan kembali ke Beijing dengan sempadan China dibuka semula bulan ini. Beijing ialah salah satu ekonomi metropolitan yang terbesar di dunia, tumpuan untuk lebih 50 syarikat Fortune Global 500 dan lebih 100 syarikat yang terbesar di China. Berlatarbelakangkan landskap acara yang berubah-ubah dan permintaan yang tinggi terhadap acara secara bersemuka, perkongsian yang strategik ini akan mempermudah pewujudan acara baharu, pertukaran bakat dan ilmu pengetahuan yang memanfaatkan kebijaksanaan kolektif serta pengalaman daripada kedua-dua pihak.

"Constellar berharap dapat bekerjasama dengan CNCC untuk memperluas jaringannya, memperkasa syarikat-syarikat di Singapura dan China bagi mendekati khalayak baharu dan berkembang ke peringkat antarabangsa," kata En. Jean-François Quentin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Constellar. Beliau menambah: "Landskap MICE Asia kekal dinamik dengan peningkatan permintaan yang pesat dan peluang pertumbuhan yang mantap. Dengan Singapura dan Beijing sebagai dua pusat ekonomi yang paling penting, Constellar dan CNCC boleh memainkan peranan penting dalam memulihkan kerancakan kepada industri MICE dengan mengukuhkan platform untuk transformasi perniagaan dan industri."

Terletak di Presint Pusat Olimpik Beijing, dikenal pasti sebagai salah satu daripada enam zon keluaran ekonomi kelas atasan yang memfokuskan kepada hiburan, pelancongan sukan dan konvensyen perniagaan, China National Convention Center ialah pusat konvensyen yang terbesar di China, menganjurkan lebih 10,000 acara sejak pembukaannya pada tahun 2009. Tumpuan yang strategik ke atas Beijing oleh kerajaan Cina akan mempercepatkan pertumbuhan dan pengembangan ekonominya sebagai penjana MICE untuk negara ini.

En. Wei Mingqian, Pengurus Besar China National Convention Center, berkata: "Kedua-dua Constellar dan CNCC merupakan peneraju industri bagi pasaran acara Asia. Perkongsian kami mengukuhkan lagi kepakaran kami dalam menyusun atur acara yang inovatif dan pengalaman tempat untuk perniagaan dan pelanggan. Kami berharap dapat menggabungkan pengetahuan kami, merangsang pertukaran bersama dan berganding bahu bagi meningkatkan kerjasama perindustrian dan pertukaran antara China dan Singapura."

Untuk pertanyaan media dan permintaan menemu bual, sila hubungi pasukan Constellar Communications di comms@constellar.co

Latar Belakang Constellar

Constellar menghubungkan ekosistem global yang terdiri daripada rakan kongsi acara dan pengguna melalui portfolio harta intelek (IP) yang holistik dalam industri Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE). Sebagai rakan rujukan Asia untuk menyusun atur acara yang inovatif dan pengalaman tempat, Constellar mengaktifkan rangkaian yang memberi impak untuk menghimpunkan pasaran, perniagaan dan pengguna global bagi mencapai pertumbuhan yang mampan. Menerusi kepakaran dan dedikasi kami, kami melabur bagi membantu pelanggan untuk membina hubungan yang dipercayai bersama pihak berkepentingan untuk tempoh jangka panjang dan menjalin kolaborasi rentas industri melalui penyelesaian penglibatan khalayak yang bertaraf dunia. Kunjungi constellar.co untuk maklumat lanjut.

 

Source: Constellar
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Publishing/Information Service Licensing/marketing agreements Trade show news