EL GOUNA, Mesir, 28 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Pada 27 Januari 2014, Bandar Laut Merah El Gouna menjadi tempat perjanjian ditandatangani melibatkan Kementerian Hal Ehwal Alam Sekitar Mesir, Kementerian Alam Sekitar Itali dan Bandar El Gouna bagi membantu melaksanakan pelan bersepadu untuk menjadi bandar neutral karbon. Ini akan menjadikan El Gouna bandar pertama seumpamanya di Mesir dan Afrika serta salah satu bandar neutral karbon yang menerajui di dunia.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140127/666670-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140127/666670-b )
Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Dr. Laila Iskandar, Menteri Hal Ehwal Alam Sekitar Mesir, En. Hisham Zaazou, Menteri Pelancongan, Corrado Clini, Ketua Pengarah Kementerian Alam Sekitar Itali dan En. Samih Sawiris, Pengerusi Orascom Development Holding yang mewakili bandar El Gouna. Majlis tandatangan tersebut turut dihadiri oleh H.E. En. Maurizio Massari, Duta Besar Itali ke Mesir dan En. Ahmed Abdallah, Gabenor Divisyen Pentadbiran Laut Merah.
Menteri Hal Ehwal Alam Sekitar, Iskandar mengesahkan "perjanjian ini akan membantu kerajaan Mesir untuk mencapai kejayaan besar dalam bidang alam sekitar dan pelancongan, mempertingkatkan imej global Mesir dan membuka peluang kepada projek pelancongan dan bandar di Mesir bagi mencapai kedudukan tinggi dalam kalangan entiti neutral karbon yang menerajui."
Di samping itu, projek tersebut akan merangsang industri pelancongan Mesir dan menarik perhatian yang lebih besar pada peringkat antarabangsa serta mengukuhkan usaha kerajaan Mesir untuk membangunkan sektor alam sekitar dan pelancongan. Selain itu, projek tersebut memberi kelebihan yang signifikan kepada Mesir dengan melindungi alam sekitar serta mempromosikan pelancongan pada peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa dengan merangkumkan peralihan baharu kepada tenaga boleh diperbaharui. El Gouna mempunyai kedudukan yang kukuh untuk berada di barisan hadapan pelaksanaan strategi ini memandangkan bandar ini mempunyai ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi bandar neutral karbon pertama di dunia. Menteri Pelancongan Mesir, En. Zaazou menekankan "El Gouna akan bersiap sedia untuk memperoleh gelaran tersebut tidak lama lagi dan kami akan berusaha untuk melaksanakan projek ini di bandar Mesir yang lain."
Perjanjian ini merupakan sebahagian daripada protokol kerjasama yang ditandatangani oleh Kementerian Pelancongan, Kementerian Kuasa dan Tenaga serta Kementerian Hal Ehwal Alam Sekitar pada 14 Disember 2013 bagi menyokong projek pelancongan Mesir untuk penjagaan alam sekitar dengan mewujudkan bandar neutral karbon. Protokol ini mendapat sokongan padu pada peringkat antarabangsa dan merupakan langkah yang penting ke arah mencapai matlamat alam sekitar peringkat global.
Sumber: Orascom Development Holding