ABINGDON, England, 28 Januari 2014 /PRNewswire/ -- P2i, syarikat penyalutan nano paling canggih di dunia, menyambut ulang tahun ke-10 bagi lanjutannya daripada Kementerian Pertahanan UK pada hari ini dengan mengumumkan tiga peristiwa penting yang utama:
Kemunculan P2i bermula dengan projek kajian PhD pada tahun 1996 hingga 1999 di Universiti Durham yang dijalankan oleh Dr Stephen Coulson yang kini memangku jawatan Ketua Pegawai Teknologi P2i. Projek tersebut bertujuan untuk menciptakan pakaian untuk tentera yang dapat mencegah agen peperangan kimia di samping membolehkan pergerakan yang normal. Berikutan pembangunan lanjut di bawah Kementerian Pertahanan, Coulson menubuhkan P2i sebagai pekerja tunggalnya pada 29 Januari 2004.
Kini, P2i merupakan peneraju global dalam penyalutan nano kalis cecair, yang membantu syarikat di seluruh dunia dengan perlindungan yang melanjutkan jangka hayat bagi produk mereka daripada unsur yang merosakkan seperti air, minyak, peluh dan lumpur. Dengan menggunakan proses plasma sejuk dipatenkan, teknologi P2i mampu menyalut objek dengan penyalutan perlindungan lutsinar dengan 1/1000 ketebalan rambut manusia. Objek yang telah disalut dengan P2i termasuklah pelbagai rangkaian produk bernilai tinggi yang terdiri daripada telefon bimbit hinggalah pakaian, kasut, alat bantuan pendengaran, peranti perubatan, sistem penapisan dan kon muncung kereta Formula 1.
Ibu pejabat P2i terletak berhampiran Oxford di England dan teknologi yang menerajui pasaran milik P2i ini dilindungi dengan lebih 175 paten. Syarikat ini mempunyai kira-kira 100 kakitangan dan sistem penyalutan nano miliknya bagi pemprosesan volum tinggi digunakan di lebih 100 kemudahan pengeluaran para pelanggannya termasuk kilang di Mexico, Brazil, Argentina, Amerika Syarikat, China, Korea Selatan, Indonesia dan Jerman. P2i telah menarik lebih £47 juta daripada para penyokong dan pada awal bulan ini, Tudor Brown yang merupakan pengasas dan bekas presiden ARM telah menjadi ahli lembaga P2i.
Carl Francis, Ketua Pegawai Eksekutif P2i mengulas: "Dengan pengeluaran secara besar-besaran bagi teknologi Dunkable™ baharu kami ini, jejak peringkat global dan momentum yang amat kuat terutamanya dalam bahagian elektronik kami, kami yakin pertumbuhan kami yang mantap dan mampan ini akan berterusan."
Powerscourt: +44(0)2072501446 / +44(0)7894709826
john.elliott@powerscourt-group.com / juliet.clarke@powerscourt-group.com
P2i: +44(0)1235838715 natasha.verniquet@p2i.com
SUMBER P2i Limited