omniture

Kuasa Suria Bakal Menjimatkan RM 2.1 Juta Setahun Untuk Kos Tenaga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

SunEdison
2014-01-29 04:27 113

-- MAHB dan SunEdison Menyediakan Sistem Suria Lapangan Terbang Pertama Malaysia

KUALA LUMPUR, Malaysia dan CHENNAI, India, 29 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), pengendali dan pengurus 39 lapangan terbang di Malaysia, dan SunEdison (NYSE:SUNE), pengeluar teknologi suria dan penyedia perkhidmatan tenaga suria yang menerajui, hari ini mengumumkan pelancaran sistem kuasa suria di lapangan terbang yang pertama di Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Pemasangan DC (arus terus) 19 MW (megawatt) – yang paling besar di Malaysia daripada segi kesalinghubungan – menggabungkan sistem yang dipasang di atas tanah rata, kanopi parkir dan sistem atas bumbung bagi memaksimumkan penjimatan elektrik dan pulangan pelaburan sambil meminimumkan penggunaan ruang.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140128/NY53674 )

Pemasangan kuasa suria ini dijangka akan menjimatkan kira-kira RM 2.1 juta (~US$627,000) setiap tahun berdasarkan kos tenaga semasa lapangan terbang itu.

Tan Sri Bashir Ahmad, Pengarah Urusan Malaysia Airports berkata, "Malaysia mempunyai iklim yang sesuai untuk kuasa suria, jadi kami sedang mengambil langkah bagi menjana tenaga bersih yang akan memberi manfaat kepada semua orang di Malaysia. Kami sedang bekerjasama dengan SunEdison bagi memastikan usaha kami akan menghasilkan keputusan yang kami jangkakan."

SunEdison menghadapi cabaran yang signifikan – menjana pulangan pelaburan maksimum untuk Malaysia Airports sambil bekerja dengan ruang terhad yang ada di lapangan terbang itu. Penyelesaiannya adalah untuk memasang sistem di atas tanah rata, kanopi parkir dan sistem atas bumbung di tanah lapangan terbang yang tidak sesuai untuk aktiviti penjanaan hasil yang lain. Kanopi parkir menggabungkan faedah parkir bertutup dengan faedah ekonomi penjanaan tenaga elektrik pada harga yang menjimatkan dan boleh diramal. Penggunaan ruang atas bumbung lapangan terbang serta tanah yang mengelilingi lapangan terbang itu membenarkan tenaga elektrik dijana pada titik penggunaan, lalu menyingkirkan keperluan untuk saluran penghantaran yang mahal.

"Kawasan atas bumbung, lot parkir dan kawasan 'penampan' di lapangan terbang biasanya bukan kemudahan pelbagai guna tetapi kami telah menukarkannya menjadi kemudahan penjanaan tenaga bersih," kata Tan Sri Bashir. "Inisiatif ini juga menunjukkan sokongan kami terhadap inisiatif Kerajaan dalam memperkenalkan tenaga boleh diperbaharui dan juga mengurangkan lagi jejak karbon."

"Projek ini mencerminkan kemampuan SunEdison bagi memacu pertumbuhan melalui peluang pembangunan tersendiri. Dengan kerjasama antara kami dengan Malaysia Airports, kami dapat membantu mereka menjana keuntungan daripada aset mereka yang sedia ada tetapi tidak digunakan – ruang ini kini boleh dimanfaatkan bagi menjana tenaga bersih," kata Pashupathy Gopalan, Presiden SunEdison untuk Asia, Timur Tengah, Afrika Selatan dan Australia. "Penjimatan tenaga, digabungkan dengan sumbangan positif terhadap alam sekitar daripada pemasangan sistem suria seluas ini, membuatkan langkah ini yang ke hadapan dan bagus untuk industri lapangan terbang dan juga faedah yang hebat terhadap masyarakat tempatan."

Pusat Operasi Boleh Diperbaharui (ROC) SunEdison akan menyediakan perkhidmatan pengurusan dan pemantauan sistem suria sepanjang masa bagi memastikan pemasangan itu terus memberikan prestasi yang dijangkakan selama jangka hayat sistem itu.

"Penyudahan projek ini adalah sangat menguja bagi semua yang terlibat," kata Gopalan. "Projek seperti ini mencerminkan tumpuan kami bagi memajukan industri ini dan SunEdison, dan dengan program tarif suap dalam yang cemerlang di Malaysia, kami tidak sabar-sabar lagi untuk membantu lebih banyak lapangan terbang di Malaysia – dan seluruh dunia – untuk menggunakan tenaga suria bagi menjimatkan wang."

Latar Belakang Malaysia Airports 
Malaysia Airports mengurus dan mengendalikan 39 lapangan terbang di Malaysia: 5 lapangan terbang antarabangsa, 16 lapangan terbang domestik, 18 Port Berlepas dan Mendarat Pendek (Port STOL). Pada 30 November 1999, Malaysia Airports menjadi syarikat lapangan terbang pertama yang disenaraikan di Asia.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), lapangan terbangnya yang utama, sudah tiga kali diundi sebagai Lapangan Terbang Terbaik (15-25 juta penumpang setahun) semasa majlis anugerah AETRA 2005, majlis anugerah ACI-ASQ 2006 dan majlis anugerah ACI-ASQ 2007 sementara Terminal Syarikat Penerbangan Kos Rendah (LCCT-KLIA) telah diiktiraf sebagai Lapangan Terbang Kos Rendah CAPA Terbaik Tahunan semasa majlis Anugerah Kecemerlangan Penerbangan CAPA 2006. KLIA juga telah mengorak langkah yang besar dalam merealisasikan matlamat menjadi hab bersepadu global dengan melancarkan konsep Hab Generasi Seterusnya, inisiatif dengan matlamat untuk menjadikan lapangan terbang ultra moden sebagai hab lengkap untuk semua.

Malaysia Airports pernah dianugerahkan Anugerah Penglibatan Masyarakat berprestij daripada Enterprise Asia semasa majlis Anugerah Keusahawanan Bertanggungjawab Asia (AREA) Malaysia 2009, bagi mengiktiraf komitmen Malaysia Airports dalam memperbaiki masyarakat sekeliling tempat mereka beroperasi. Ia juga merupakan penerima Syarikat Pelaburan Lapangan Terbang Terbaik Tahun ini pada majlis Anugerah Aeroangkasa & Pertahanan Asia Pasifik Frost & Sullivan 2010.

Latar Belakang SunEdison
SunEdison ialah peneraju global daripada segi teknologi semikonduktor dan teknologi suria. Perniagaan semikonduktor SunEdison telah menjadi perintis rekaan dan pembangunan teknologi wafer silikon selama lebih 50 tahun. Dengan kemudahan penyelidikan & pembangunan di A.S., Eropah dan Asia, SunEdison membolehkan peranti semikonduktor berprestasi tinggi generasi seterusnya. Perniagaan suria SunEdison membangunkan, membiayai, memasang, dan mengendalikan loji kuasa yang diagihkan, memberikan perkhidmatan dan tenaga suria pada harga yang boleh diramal untuk pelanggan komersil, kerajaan serta kemudahan awam mereka. Saham biasa SunEdison disenaraikan pada Bursa Saham New York di bawah simbol "SUNE".

Setakat 30 Jun 2013, SunEdison telah mewujudkan saling hubung tenaga suria sebanyak lebih 1.1 Gigawatt. Bagi maklumat lanjut tentang SunEdison, sila lawati www.sunedison.com.

Kenyataan Pandang ke Hadapan

Beberapa perkara yang dibincangkan dalam siaran akhbar ini ialah kenyataan pandang ke hadapan, termasuk kenyataan yang projek ini dijangka dapat menjana penjimatan kos tenaga elektrik sebanyak $750,000 setiap tahun dan mengurangkan pembebasan karbon sebanyak 18 juta kilogram setiap tahun. Kenyataan seperti ini melibatkan risiko dan ketidakpastian tertentu yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza dengan ketara daripada yang dinyatakan dalam kenyataan pandang ke hadapan ini. Risiko dan ketidakpastian yang berpotensi termasuklah perubahan daripada segi insentif dan keperluan kawal selia boleh guna untuk penghasilan kuasa suria; dan keadaan ekonomi serta perniagaan am, termasuk perubahan musim industri, dan risiko lain yang digambarkan dalam pemfailan SunEdison dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat. Kenyataan pandang ke hadapan ini mewakili penilaian SunEdison setakat tarikh siaran akhbar ini. Namun begitu, SunEdison tidak menanggung sebarang niat atau tanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan pandang ke hadapan ini.

Source: SunEdison
Related Stocks:
NYSE:SUNE
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Alternative Energies Green Technology Oil/Energy Transportation Utilities Asian-related news Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility