omniture

Kemas Kini Dagangan dan Perniagaan pada S4 2022

Alphawave IP Group Plc
2023-01-16 05:43 0
  • Pangkalan pelanggan yang diperluas dengan 8 kemenangan reka bentuk baharu, termasuk dua buah syarikat semikonduktor peringkat tertinggi baharu
  • Kemenangan reka bentuk suku keempat yang kukuh pada suku tersebut mencerminkan model perniagaan hibrid kami yang menggabungkan IP dan silikon
  • Kemenangan reka bentuk kedua melalui produk optoelektronik
  • Reka bentuk akhir beberapa produk generasi seterusnya yang terkemuka untuk penyelesaian 224G, PCI-Express Gen6, CXL3.0, HBM 3.0 dan UCIE
  • Penyatuan OpenFive ke dalam Kumpulan pada sepanjang tempoh suku tersebut buat pertama kali
  • Barisan pengurusan kekal yakin dengan prospek perniagaan
  • Penjenamaan semula syarikat kepada Alphawave Semi mencerminkan model perniagaan yang diperluas

LONDON dan TORONTO, 16 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Alphawave IP Group plc (LSE: AWE) ("Alphawave Semi", "Alphawave" atau "Syarikat"), peneraju global dalam ketersambungan berkelajuan tinggi untuk infrastruktur teknologi dunia dengan sukacitanya menerbitkan kemas kini dagangan dan perniagaannya untuk tiga bulan yang berakhir pada 31 Disember 2022.

 

USD Juta 

S4 2022

S4 2021

Perubahan

 Lesen dan NRE

35.1

18.5

90 %

 Royalti dan Pesanan Silikon

59.7

7.0

nm

Tempahan Baharu (tidak termasuk lesen langganan berbilang tahun VeriSilicon dan WiseWave)

94.8

25.5

272 %





Aktiviti kemenangan reka bentuk tambahan - Susutan FSA dan lesen jualan semula China1

-

-

nm





Lesen langganan berbilang tahun WiseWave

-

-

nm





Bilangan pelanggan akhir (pada akhir tempoh)2

69

20

nm

 

Disebabkan faktor pembundaran, nombor yang ditunjukkan dalam jadual ini mungkin tidak menjumlahkan keseluruhan jumlah yang diberikan dan peratusan mungkin tidak menggambarkan angka sebenar dengan tepat.

Tony Pialis, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Alphawave IP berkata: "Kami mengakhiri Tahun Kewangan 2022 dengan momentum kemenangan reka bentuk yang kukuh dan pangkalan pelanggan yang diperluas dengan pantas. Dengan membangunkan sebuah portfolio produk yang lebih luas, rangkaian kemenangan reka bentuk kami kekal kukuh kerana kami kini dapat memenuhi lebih banyak keperluan ketersambungan para pelanggan kami melalui silikon IP dan juga silikon tersuai. Pada suku keempat tahun 2022, kami telah menyaksikan manfaat model perniagaan hibrid kami dan potensi untuk meningkatkan lagi pengewangan IP berprestasi tinggi kami melalui silikon. Baru-baru ini, kami juga telah menyiapkan beberapa reka bentuk akhir yang utama untuk produk baharu generasi seterusnya bagi ciplet berasaskan 224G, HBM dan UCIE. Semua perkara ini membuatkan kami sangat teruja menghadapi tahun ini dan kami kekal yakin dengan potensi pertumbuhan jangka panjang perniagaan kami".

John Lofton Holt, Pengerusi Eksekutif Alphawave IP berkata: "Tahap tempahan pada suku tahun terakhir tersebut mencerminkan potensi pertumbuhan teknologi ketersambungan kami dan pelaksanaan berterusan yang kukuh oleh pasukan kami. Pasukan berbakat serta penerajuan kami dalam teknologi yang paling canggih menyokong matlamat jangka panjang kami dan penciptaan nilai untuk para pemegang saham dan pihak berkepentingan yang lain."

Sorotan Utama

Tempahan Lesen dan Kejuruteraan Tidak Berulang ("NRE") pada suku keempat 2022 telah meningkat sebanyak 90% tahun ke tahun. Termasuk anggaran potensi royalti3 dan pesanan silikon di masa depan, tempahan baharu tidak termasuk lesen langganan berbilang tahun WiseWave telah meningkat sebanyak 272% tahun ke tahun. Tempahan lesen & NRE pada suku keempat ini telah didorong terutamanya oleh para pelanggan dari Amerika Utara dan Asia Pasifik, manakala kurang daripada 10% adalah diperolehi daripada pelanggan dari China4.

Pada suku keempat 2022, kami turut memperoleh kemenangan reka bentuk kami yang kedua untuk produk optoelektronik yang menyasarkan penggunaan ethernet 800G generasi seterusnya. Kemenangan reka bentuk ini memanfaatkan portfolio IP elektro-optik kami yang kukuh dan menunjukkan potensi penciptaan nilai dengan memenuhi lebih banyak keperluan ketersambungan para pelanggan kami.

Tempahan kumulatif sepanjang hayat Syarikat5 telah melangkaui USD580 juta.

Memperluas Penerajuan Teknologi dan Tarikan Pelanggan yang Kukuh

Sejak tahun 2017, Syarikat telah menunjukkan penerajuan teknologi ketersambungan dengan teknologi canggih yang kini mencapai 3nm. Tempahan lesen dan NRE pada suku keempat tahun 2022 kebanyakannya untuk 7nm, 5nm dan 4nm. Syarikat menjangkakan lebih banyak kemenangan reka bentuk diperoleh bagi 3nm dan meneruskan kerjasama dengan rakan kongsi faundri dalam 3nm dan seterusnya.

Selain itu, pada suku keempat ini, Syarikat telah menghantar reka bentuk akhir silikon generasi seterusnya untuk antara muka IP bagi 224G, PCI-Express Gen6, HBM3 dan UCIe dalam kedua-dua proses 5nm dan 4nm. 224G, PCI-Express Gen6, CXL3.0, HBM3 dan UCIe serta antara muka rangkaian, memori dan ciplet generasi seterusnya yang penting untuk peranti AI, pelayan, storan dan rangkaian digunakan secara meluas oleh syarikat-syarikat gergasi. Dengan portfolio IP kami yang diperluas, kami berada pada kedudukan yang kukuh untuk memberikan penyelesaian ketersambungan yang lengkap kepada para pelanggan IP dan silikon tersuai kami.

Pada suku keempat tahun 2022, Alphawave telah menyertai Platform Inovasi Terbuka (OIP) TSMC, 3DFabric Alliance. Sebagai ahli pengasas, Alphawave akan menyokong OIP TSMC untuk mengusahakan sebuah ekosistem baharu berasaskan ciplet demi mempercepatkan pembangunan semikonduktor generasi seterusnya.

Selaras dengan tahun sebelumnya, tiada susutan Akaun Perbelanjaan Fleksibel6 ("FSA") atau urus niaga jualan semula (VeriSilicon) di China7. Kedua-dua urus niaga FSA dan jualan semula menunjukkan pertukaran komitmen pelanggan kepada kemenangan reka bentuk.

Aktiviti kemenangan reka bentuk pada suku tahunan ini adalah kukuh dengan 8 kemenangan reka bentuk baharu, termasuk 4 daripada pelanggan baharu dan empat daripada pelanggan berulang. Pada suku tahun tersebut, kami telah membangun berdasarkan kelebihan model perniagaan hibrid dengan empat kemenangan silikon tersuai baharu pada bulan September. Model hibrid kami membolehkan perniagaan menjana aliran pendapatan yang lebih besar dengan memanfaatkan nilai penuh yang diterapkan dalam tawaran silikon tersuai kami.

Alphawave kini memiliki tujuh daripada sepuluh syarikat peranti semikonduktor terbaik sebagai pelanggan8, mencerminkan kekuatannya yang berterusan dalam pasaran infrastruktur data yang memerlukan teknologi ketersambungan yang paling canggih di dunia.

Prospek

Alphawave menjangkakan pendapatan tahun 2023 sebanyak USD340 juta hingga USD360 juta dan EBITDA terlaras bernilai kira-kira USD87 juta pada titik pertengahan julat panduan pendapatan.

Walaupun berhadapan persekitaran makroekonomi yang tidak menentu, perancangan kami yang semakin berkembang mencerminkan trend pertumbuhan sekular yang positif dalam pasaran infrastruktur data dan pelaburan berterusan dalam penyelesaian ketersambungan generasi seterusnya. Perkara ini digabungkan dengan pasukan kami yang berbakat dan kunci kira-kira yang kukuh memberikan kami keyakinan terhadap masa depan kami.

Penjenamaan Semula Alphawave IP kepada Alphawave Semi

Alphawave IP telah dijenamakan semula kepada Alphawave Semi untuk mencerminkan pengembangannya sebagai sebuah syarikat semikonduktor yang bersepadu secara vertikal. Penggabungan keupayaan IP dan silikon ini menambah nilai yang dipertingkatkan kepada para pelanggan dan memberi lebih banyak perkhidmatan terhadap keperluan ketersambungan berkelajuan tinggi mereka. Identiti baharu tersebut mengekalkan jenama Alphawave yang dipercayai dan diperlukan oleh para pelanggan. Alphawave Semi terus memperluas penerajuan teknologi yang telah dibangunkan berdasarkan IP ketersambungan berkelajuan tinggi dengan misi untuk mempercepat infrastruktur data yang penting sebagai suatu keutamaan dunia digital.

Tentang Alphawave Semi

Alphawave Semi ialah peneraju global dalam ketersambungan berkelajuan tinggi untuk infrastruktur teknologi dunia. Berhadapan dengan pertumbuhan data yang pesat, perkhidmatan teknologi Alphawave Semi merupakan suatu keperluan yang penting: membolehkan data bergerak dengan lebih pantas, lebih dipercayai dan dengan prestasi yang lebih tinggi pada kuasa yang lebih rendah. Kami merupakan sebuah syarikat semikonduktor bersepadu secara vertikal serta produk IP, silikon tersuai dan ketersambungan kami digunakan oleh para pelanggan peringkat pertama global dalam pusat data, pengkomputeran, rangkaian, AI, 5G, kenderaan autonomi dan storan. Ditubuhkan pada tahun 2017 oleh sepasukan pakar teknikal dengan rekod prestasi yang terbukti dalam pelesenan IP semikonduktor, misi kami adalah untuk mempercepat infrastruktur data yang penting sebagai suatu keutamaan dunia digital. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Alphawave Semi, sila layari: awavesemi.com

Pendedahan Pihak Berkaitan

Tiada pihak berkaitan baharu yang didedahkan dalam siaran akhbar ini.

Tanda Dagangan

Alphawave Semi dan logo Alphawave Semi merupakan tanda dagangan Alphawave IP Group plc. Hak cipta terpelihara. Semua tanda dagangan berdaftar dan tanda dagangan yang lain adalah milik pemiliknya masing-masing.

___________________________

1 Kedua-dua susutan FSA (Akaun Perbelanjaan Fleksibel) dan lesen jualan semula China telah menukar komitmen kontrak yang diumumkan sebelum ini termasuk dalam tempahan yang dilaporkan dalam tempoh sebelumnya kepada kemenangan reka bentuk produk baharu yang akan dikenal pasti sebagai pendapatan dari semasa ke semasa.

2 Termasuk para pelanggan OpenFive yang belum menjadi pelanggan Alphawave dan yang menandatangani kontrak selepas 1 September 2022.

3 Dalam sesetengah keadaan, tempahan kami mengandungi anggaran potensi royalti masa depan kami. Royalti kami dianggarkan berdasarkan bayaran pendahuluan royalti yang diperuntukkan dalam kontrak atau, dalam keadaan terhad, mengikut anggaran jumlah peka yang diberikan oleh pelanggan.

4 Para pelanggan dari China ini tidak termasuk dalam skop perjanjian WiseWave dan VeriSilicon.

5 Sejak penubuhannya pada tahun 2017.

6 FSA atau Akaun Perbelanjaan Fleksibel mewakili kontrak dengan para pelanggan yang telah komited terhadap pembayaran secara berkala. Pembayaran ini tidak berkaitan dengan lesen tertentu tetapi boleh digunakan sebagai kredit terhadap unjuran masa depan. Susutan FSA mewakili nilai kemenangan reka bentuk bagi urus niaga yang ditandatangani semasa tempoh tersebut, di mana pembayaran FSA akan dikreditkan dan akan bertukar kepada pendapatan dari semasa ke semasa.

7 Pada bulan Februari 2021, Alphawave IP telah menandatangani sebuah perjanjian penjualan semula langganan eksklusif selama tiga tahun dengan VeriSilicon dengan nilai minimum sebanyak USD54 juta. Tawaran penjualan semula mewakili pelesenan IP berikutnya oleh VeriSilicon kepada pihak ketiga di China dan tidak membentuk tempahan tambahan untuk Syarikat kerana ia merupakan sebahagian daripada komitmen minimum bernilai USD54 juta.

8 Syarikat peranti semikonduktor yang tersenarai dalam permodalan pasaran.

 

Alphawave IP Group plc: John Lofton Holt, Pengerusi Eksekutif, Jose Cano, Ketua Perhubungan Pelabur, ir@awaveip.com, +44 (0) 20 7717 5877; Brunswick Group: Simone Selzer, Sarah West, alphawave@brunswickgroup.com, +44 (0) 20 7404 5959; Gravitate PR: Lisette Paras, Wynton Yu, alphawave@gravitatepr.com, +1 415 420 8420

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1982767/Alphawave_IP_Group_Plc_Q4_2022_Trading_and_Business_Update.jpg?p=medium600 

 

Source: Alphawave IP Group Plc
Related Stocks:
LSE:AWE
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Earnings projections or forecasts