omniture

Angola LNG Menjual Kargo LPGnya yang Pertama

Angola LNG Marketing Ltd
2014-01-29 16:29 158

SOYO, Angola, 29 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Angola LNG hari ini mengumumkan penjualan kargo LPG pertamanya dari lojinya di Soyo, kemudahan yang dibina bagi mencipta nilai daripada sumber gas luar pesisir Angola.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140128/666844 )
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130616/621759-a )

Kargo pertama itu dijual kepada Sonangol, syarikat minyak & gas negara Angola, dengan dasar Percuma ke Atas Kapal (FOB) Soyo dan dihantar oleh kapal pembawa LPG BW Broker. Semua produk LPG dan peluwap telah dikhususkan untuk dijual kepada rakan gabungan pemegang saham Angola LNG.

Jeti LPG dan peluwap telah ditugaskan dengan serta-merta sebelum permulaan operasi pemuatan. Penugasan termasuklah tugas menguji peranti keselamatan, perancangan berlabuh dan memuatkan senjata.

Setelah diminta memberi komen tentang kargo pertama itu, Artur Pereira, Ketua Pegawai Eksekutif Angola LNG Marketing berkata: "Selain penghasilan LNG untuk pasaran antarabangsa, propana, butana dan penghasilan peluwap di Angola LNG ialah bahagian yang penting bagi aktiviti pengendalian dan komersil kami. Penghasilan LPG dan peluwap kami akan membantu membekalkan kedua-dua pasaran domestik dan eksport dengan keperluan tenaga mereka."

Di samping kemudahan LNG, infrastruktur cecair Angola LNG di loji penghasilannya di Soyo termasuklah tangki simpanan untuk propana sebanyak 88,000 meter padu, butana sebanyak 59,000 meter padu dan peluwap sebanyak 108,000 meter padu. Ia mempunyai jeti yang dikhususkan untuk pemuatan propana, butana dan peluwap serta jeti kedua untuk pemuatan butana termampat yang akan memenuhi keperluan pasaran domestik.

Pengumuman hari ini menandakan satu lagi tanda aras dalam pembangunan berterusan sumber minyak dan gas Angola serta menyediakan sumber tenaga baharu untuk Angola dan pasaran eksport.

Angola LNG Limited ialah syarikat usaha sama antara Sonangol, Chevron, BP, ENI dan Total yang akan mengumpul dan memproses gas bagi menghasilkan dan menghantar LNG dan NGL. Projek itu mempunyai jangka hayat sekurang-kurangnya 30 tahun.

Nota kepada editor:

Angola LNG akan mengumpul, memproses, menjual dan menghantar 5.2 juta tan LNG setahun – ditambah kepada gas asli, propana, butana dan peluwap – dari lojinya di Soyo, Angola; salah satu daripada kemudahan pemprosesan LNG paling moden di dunia. Angola ialah pengeluar minyak kedua paling besar di sub-Sahara Afrika. Dahulu, gas bersekutu akan dibakar atau disuntik semula ke dalam simpanan, tetapi Angola LNG menyediakan penyelesaian bagi mengurangkan pembebasan dan menetapkan sumber tenaga bersih baharu.

Pemegang saham Angola LNG Limited ialah Sonangol (22.8%), Chevron (36.4%), BP (13.6%), ENI (13.6%), dan Total (13.6%).

Dengan nilai $10 bilion, projek Angola LNG ialah salah satu pelaburan tunggal yang paling besar setakat ini dalam industri minyak dan gas Angola. Menawarkan kumpulan khusus yang terdiri daripada tujuh kapal LNG dan tiga jeti pemuatan (LNG, cecair dan butana termampat), misi Angola LNG adalah untuk menyumbang kepada penyingkiran pembakaran gas, menyediakan  tenaga bersih dan andal kepada pelanggan dan memaksimumkan pulangan pelaburan.

http://www.angolalng.com

Bagi maklumat lanjut hubungi:

Rob Foyle
Penasihat Komunikasi
Angola LNG Marketing Ltd
T +44 7880 384 468
rob.foyle@angolalng.co.uk

Source: Angola LNG Marketing Ltd
Related Links:
Keywords: Gas Utilities Sales reports