omniture

Pelancaran Dana Ekuiti Swasta Perlombongan dan Logam Kepakaran

Appian Natural Resources Fund
2014-01-30 01:33 167

LONDON, 30 Januari 2014 /PRNewswire/ --

Appian Natural Resources Fund LP ("Appian" atau "Dana tersebut") dengan bangganya mengumumkan penutupan keinstitusian yang akhir sebagai dana ekuiti swasta perlombongan dan logam kepakaran dengan komitmen rakan kongsi yang terhad sebanyak AS$375 juta.

Dana tersebut telah ditubuhkan bagi melabur secara khusus dalam syarikat atau projek logam dan perlombongan dalam bidang kuasa yang dipilih kerana peluang pelaburan yang menarik. Dengan membawakan bersama sekumpulan ahli profesional perbankan pelaburan, ekuiti swasta dan perlombongan pengendalian yang sangat berpengalaman, Appian mempunyai pendekatan pelaburan kolaboratif tersendiri yang bertujuan untuk membangunkan nilai pelabur melalui peruntukan modal dan kepakaran pengendalian, membantu syarikat perlombongan untuk mengoptimumkan perkembangan pengendalian dan seterusnya meningkatkan pulangan. Dana yang berpusat di Jersey pula akan memberi tumpuan terhadap pelaburan dalam aset kecil dan sederhana atau syarikat dalam sektor logam dan perlombongan di beberapa rantau yang dipilih di Amerika Latin, Amerika Utara, Afrika dan Eropah, bekerjasama dengan para pelabur, pengurus dan pemilik tempatan bagi menggunakan kelebihan kepakaran korporat dan pengendalian bertaraf dunia bagi menjana nilai yang signifikan untuk para pelabur Dana tersebut dan pihak berkepentingan yang lain. Rangkaian Dana juga menyediakan akses kepada sekumpulan modal tambahan dan penting yang mempunyai potensi untuk turut terlibat dalam peluang pelaburan bersama yang turut disertai Dana tersebut.

Kepakaran Korporat dan Pengendalian Bertaraf Dunia

Beribu pejabat di London dengan rangkaian antarabangsa di bandar perlombongan utama, penasihat Dana tersebut, Appian Capital Advisory LLP mempunyai pasukan pengurusan kanan hasil gabungan ahli profesional daripada syarikat perlombongan utama, bank pelaburan dan firma ekuiti swasta bagi membawakan bersama gabungan pengalaman melebihi 150 tahun dalam bidang perlombongan. Secara agregat, mereka telah berjaya menguruskan sebanyak 60 lombong sehingga ke peringkat penghasilan dan mengumpulkan lebih $200 bilion nilai transaksi dalam sektor perlombongan, di samping menjana pulangan signifikan untuk para pelabur. Dengan rekod prestasi yang berjaya dalam penghasilan nilai menerusi kitaran perlombongan penuh, kemahiran korporat dan pengendalian yang dimiliki oleh pasukan tersebut mampu menyokong pasukan pengurusan bagi mengoptimumkan aset dan mempertingkatkan pengendalian yang membawakan nilai serta menjana pulangan yang menarik.

Pendekatan Kolaboratif dan Strategik terhadap Pelaburan

Di samping pengurusan, Appian mampu memanfaatkan bakat pasukan profesional industri bagi memenuhi kekurangan kemahiran dalam sektor semasa dan memperbaiki penghantaran projek terhadap pelaburannya. Tempoh pelaburan jangka panjang bagi Dana tersebut dan saiz pelaburan sekitar AS$10 hingga AS$100 juta menyediakan pelabur yang sabar dan memberi sokongan kepada pasukan pengurusan. Dengan menghapuskan risiko kewangan, pengurusan tempatan dapat menumpukan usaha terhadap pembangunan dan pengoptimuman aset mereka bagi menjana nilai jangka panjang di samping terus mendapatkan sokongan daripada pasukan pengendalian dan kewangan serta rangkaian Appian Capital Advisory LLP sepanjang tempoh pelaburan.

Dana yang berpusat di Jersey pula akan menumpukan pelaburan terutamanya terhadap peluang pengeluaran dalam tempoh terdekat di tempat yang sumber telah digariskan dengan jelas dan pengeluaran pertama disasarkan berlaku dalam tempoh 3 tahun. Pasukan pengurusan akan turut menilai peluang yang meningkatkan nilai terhadap aset brownfield atau aset yang bermasalah, atau mengeluarkan aset dengan potensi peluasan yang signifikan. Dengan mandat yang fleksibel, Dana tersebut akan melabur dalam syarikat awam dan swasta pada peringkat aset atau korporat.

Pengasasnya, Michael W. Scherb mengulas:

"Kami amat berbangga dapat melancarkan Appian Natural Resources Fund dan telah disokong penuh oleh beberapa pelabur yang paling kukuh dan disegani di dunia. Kami percaya model perniagaan tersendiri kami bukan sahaja menawarkan kepada syarikat capaian kepada modal yang membawa perubahan, malah turut menawarkan sokongan pengendalian, kewangan dan teknikal yang penting. Model ini akan membolehkan Appian mencapai pulangan sasaran dan menjadi rakan kongsi kolaboratif dan jangka panjang yang stabil untuk pasukan pengurusan dan projek."

Mercury Capital Advisors, firma pengumpulan dana swasta dan khidmat nasihat kewangan global berfungsi sebagai ejen penempatan eksklusif bagi beroleh kejayaan Dana tersebut.

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi:

Appian Capital Advisory LLP
Michael W. Scherb, Verne Grinstead dan Vincent Jacheet
Tingkat 5
33 St James's Street
London
SW1A 1HD
+44(0)207-004-0951
http://www.appiancapitaladvisory.com
info@appiancapitaladvisory.com

Appian Natural Resources Fund LP
47 Esplanade
St Helier, Jersey, JE1 0BD, Channel Islands

Bell Pottinger
Charles Vivian / James MacFarlane
+44(0)20-7861-3232

Sumber: Appian Natural Resources Fund

Source: Appian Natural Resources Fund
Keywords: Banking/Financial Service Mining Mining/Metals New products/services