omniture

Empire State Realty Trust Raikan Tahun Baharu Lunar Cina Dengan Lampu Menara Dan Tingkap Perayaan Istimewa Bangunan Empire State

Empire State Realty Trust, Inc.
2014-01-30 17:24 144

-- Bangunan Pejabat Paling Terkenal di Dunia Memperingati Tahun Kuda

NEW YORK, 30 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) hari ini mengumumkan rancangan Bangunan Empire State bagi menghormati Tahun Baharu Lunar Cina dengan lampu perayaan daripada lampu menaranya yang terkenal dan juga pameran khas Tahun Baharu Lunar di tingkap lobi Fifth Avenue.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140129/NY53679)

Bagi memulakan perayaan ini, Duta Sun Guoxiang, Konsul Besar Republik Rakyat China di New York akan mempengerusikan majlis pencahayaan pada hari Rabu, 29 Januari 2014 pada jam 10 pagi. Lampu tersebut akan bersinar dengan letusan merah dan emas dinamik bagi mensimulasikan bunga api tradisional Tahun Baharu Lunar Cina bermula pada hari Khamis, 30 Januari hingga Jumaat, 31 Januari 2014.

Bangunan Empire State turut memperingati Tahun Kuda dengan pameran tingkap perayaan yang bermula pada 29 Januari 2014, bertempat di bahagian lobi bangunan Fifth Avenue. Artis/penyanyi Cina terkenal GUO Feng telah melakukan rekaan khas bagi salah satu tingkap tersebut dan akan memperkatakan tentang wawasan dan paparan beliau ketika majlis pencahayaan tersebut. Tingkap tambahan yang direka oleh sekumpulan artis muda dari Beijing akan memaparkan kaleidoskop imej dan hasil seni yang menggambarkan sajak yang ditulis hampir 1,000 tahun lalu berkenaan dengan percutian tersebut. Tingkap yang indah itu mempamerkan saat girang perayaan tersebut dan melambangkan tanda kesyukuran daripada rakyat China kepada rakyat di New York ketika sambutan perayaan itu.

Di China, kuda melambangkan perbuatan merintis dan menderap. Rakyat China percaya kuda mempunyai kuasa untuk membawa tuah dan juga cabaran baharu kepada kehidupan seseorang. Tahun Baharu Lunar Cina yang turut dikenali sebagai Pesta Musim Bunga merupakan sambutan rakyat China yang paling besar pada setiap tahun dan sambutan ini lazimnya berlangsung sekurang-kurangnya selama 15 hari.

Tahun 2014 turut menandakan sambutan ulang tahun ke-35 bagi hubungan diplomatik antara China dan Amerika Syarikat yang telah diwujudkan pada 1 Januari 1979.

Pada hari Khamis, 30 Januari dan Jumaat, 31 Januari bermula pada jam 6 pagi hingga 7 petang, Bangunan Empire State dengan kerjasama Verizon akan menyalakan lampu yang mewakili warna Seattle Seahawks dan Denver Broncos bagi kempen #WhosGonnaWin Super Bowl. Lampu Tahun Baharu Lunar akan disambung semula pada akhir waktu dan akan kekal dipasangkan di bangunan tersebut sehingga jam 2 pagi.

Latar Belakang Bangunan Empire State
Dengan ketinggian 1,454 kaki di atas Midtown Manhattan (dari tapak ke bahagian antena), Bangunan Empire State yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc. merupakan "Bangunan Pejabat Paling Terkenal di Dunia". Dengan pelaburan baharu dalam kecekapan tenaga, infrastruktur, kemudahan dan kawasan awam, Bangunan Empire State ini telah menarik perhatian penyewa kelas pertama dalam pelbagai industri dari serata dunia. Teknologi penyiaran canggih yang dimiliki oleh bangunan pencakar langit itu menyokong kesemua stesen televisyen dan radio FM utama dalam pasaran metropolitan New York. Bangunan Empire State dinamakan sebagai bangunan paling diminati di Amerika berdasarkan undian yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika dan Balai Cerap Bangunan Empire State pula merupakan salah satu daripada tarikan yang paling disukai di dunia, yang merupakan destinasi pelancongan #1 di rantau ini. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila layari www.esbnyc.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, www.youtube.com/esbnyc or www.pinterest.com/empirestatebldg/.

Latar Belakang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), amanah pelaburan hartanah (REIT) yang menerajui, memiliki, menguruskan, mengendalikan, memperoleh dan memperkukuhkan semula hartanah peruncitan dan pejabat di Manhattan dan kawasan metropolitan New York yang lebih luas termasuk Bangunan Empire State, bangunan pejabat paling terkenal di dunia. Dengan ibu pejabatnya di New York, portfolio pejabat dan peruncitan Syarikat tersebut meliputi 8.4 juta kaki persegi boleh sewa pada 30 September 2013, merangkumi 7.8 juta kaki persegi boleh sewa di 12 hartanah pejabat termasuk tujuh di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; dan kira-kira 645,000 kaki persegi boleh sewa dalam portfolio peruncitan. Syarikat tersebut juga memiliki tanah di Stamford, Pusat Pengangkutan Connecticut yang menyokong pembangunan hampir 380,000 kaki persegi boleh sewa bangunan pejabat dan garaj serta mempunyai pilihan untuk mengambil alih dua hartanah pejabat tambahan di Manhattan yang merangkumi kira-kira 1.5 juta kaki persegi boleh sewa ruangan pejabat dan lebih 150,000 kaki persegi boleh sewa ruangan runcit di bahagian tapak bangunan.

Kenyataan Berpandangan ke Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi "kenyataan berpandangan ke hadapan". Kenyataan berpandangan ke hadapan boleh dikenal pasti melalui penggunaan perkataan seperti "percaya", "menjangka", "mungkin", "akan", "harus", "bertujuan", "kira-kira", "berhasrat", "merancang", "pro forma", "menganggar", "merenung", "bermatlamat", "berterusan", "seharusnya" atau "meramalkan" atau bentuk negatif perkataan dan frasa tersebut atau perkataan atau frasa yang serupa. Faktor yang berikut, antara lainnya, boleh menyebabkan keputusan sebenar dan peristiwa masa depan benar-benar berbeza daripada yang dinyatakan atau dimaksudkan dalam kenyataan berpandangan ke hadapan: faktor yang termasuk dalam prospektus Syarikat yang berkaitan dengan tawaran awam permulaan, termasuk yang dinyatakan di bawah tajuk "Faktor Risiko", "Perbincangan Pengurusan dan Analisis Keadaan Kewangan serta Keputusan Pengendalian" dan "Perniagaan dan Hartanah". Walaupun kenyataan berpandangan ke hadapan menggambarkan kepercayaan Syarikat ini yang baik, kenyataan tersebut tidak menjamin prestasi pada masa hadapan. Syarikat tidak bertanggungjawab mengemas kini atau menyemak apa-apa kenyataan berpandangan ke hadapan bagi menunjukkan perubahan dalam andaian atau faktor yang mendasari, berkenaan maklumat baharu, data atau kaedah, peristiwa masa depan atau perubahan lain selepas tarikh siaran akhbar ini kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang yang dapat dikenakan. Bagi perbincangan lanjut berkenaan perkara ini dan faktor lain yang boleh memberi kesan terhadap keputusan masa depan Syarikat, prestasi atau transaksi, sila lihat bahagian yang bertajuk "Faktor Risiko" dalam prospektus yang berhubungan dengan tawaran awam permulaan, dan risiko lain yang dinyatakan dalam dokumen yang seterusnya difailkan oleh Syarikat dari semasa ke semasa dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Bakal pelabur tidak perlu terlalu bergantung pada apa-apa kenyataan berpandangan ke hadapan, yang hanya berdasarkan maklumat semasa yang sedia didapati oleh Syarikat (atau pada pihak ketiga yang membuat kenyataan berpandangan ke hadapan).

Maklumat Perhubungan Media:
Matthew Frappier, Edelman
+1-212-277-3786
Matthew.Frappier@Edelman.com

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate