omniture

Anugerah Dunia Energy Globe untuk "Wanita Suria" Nicaragua

Energy Global Foundation
2014-02-06 20:28 83

SALZBURG, Austria, 6 Februari 2014 /PRNewswire/ --

Austria pemenang kategori dengan penanaman alga tersendiri

Anugerah Dunia Energy Globe kini milik Nicaragua! Martha Veronica Rocha menerima patung gangsa seberat 13 kg sambil mengucapkan "Terima Kasih Banyak-banyak" dengan penuh girang untuk organisasi beliau FUPROSOMUNIC di dalam studio Austrian Broadcasting Corporation Salzburg. Gabenor Salzburg Wilfried Haslauer, Datuk Bandar Heinz Schaden, Kardinal Gereja Roman Katolik Peter Turkson serta Pengasas Energy Globe Wolfgang Neumann menyampaikan anugerah itu. Austria juga cemerlang sebagai pemenang kategori "Api". Wolfgang Neumann: "Semua projek ini merupakan isyarat yang kuat -- menunjukkan kepada dunia yang masalah alam sekitar kita boleh diselesaikan."

Bagi menonton Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/mnr/64995-energy-globe-world-award-solar-women

Projek Nicaragua itu, juga pemenang dalam kategori "Udara", merupakan projek kegemaran Juri Antarabangsa. Ia menggabungkan perlindungan alam sekitar dengan komitmen sosial. Protagonis Yayasan Projek Suria untuk Wanita Nicaragua (FUPROSOMUNIC) membina ketuhar suria untuk memasak dan mengeringkan buah serta sayur dan juga memasarkan produk tersebut. Sejumlah 700 "Wanita Suria" melatih wanita lain, menyebarkan ilmu pengetahuan mereka di pameran perdagangan, mencegah masalah kesihatan, penebangan hutan, menggalakkan tenaga bersih dan mewujudkan peluang pekerjaan, pendidikan serta kesejahteraan.

Syarikat Austria ecoduna Produktions AG memenangi kategori "Api" dengan proses penanaman alga tersendiri. Mereka menanam alga di dalam reaktor fotovoltan, dan daripadanya, minyak serta bahan api biologi yang bernilai tinggi boleh dihasilkan. Proses ini sangat cekap tenaga dan mampan.

Syarikat A.S. Ecovative Design LLC memenangi kategori "Tanah". Dalam proses yang sangat cekap tenaga, kulat menghasilkan 100% pembungkusan yang boleh dijadikan kompos, malah boleh dimakan dan -- apabila dibuang di taman -- bertindak sebagai baja untuk tanaman.

United Kingdom memenangi kategori "Air": pereka Britain Francesca Mancini menghasilkan binaan mudah bagi kediaman untuk terus menggunakan air bekas mandian dan cucian dalam sinki untuk mengepam tandas -- jadi banyak air boleh dijimatkan.

Badan tanpa untung Cyprus "Cans for Kids" memenangi kategori "Belia". Melalui kerja sukarela, belia mengumpul tin aluminium, memampatkannya dan menjualnya. Hasil jualan didermakan kepada hospital kanak-kanak. 260,000 Euro sudah pun berjaya dikumpulkan.

Majlis itu dianjurkan bersama oleh Kerajaan Serantau dan Bandar Salzburg, Austrian Broadcasting Corporation (ORF) Salzburg serta Dewan Perniagaan Persekutuan Austria. Anugerah Energy Globe ialah -- dengan lebih 160 negara yang turut serta dan lebih 1000 penyertaan setiap tahun -- anugerah alam sekitar terbesar di dunia. Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.energyglobe.info. Penghantaran projek boleh dibuat semula mulai hujung bulan Mac.

Maklumat perhubungan media:
Cornelia Kirchweger
Muhlbach 7
4801 Traunkirchen, Austria
Telefon: +43-7617-2090-30
Faks: +43-7617-2090-90
Telefon Bimbit: +43-664-390-60-90
E-mel: cornelia.kirchweger@energyglobe.com

Sumber: Yayasan Energy Global

Source: Energy Global Foundation
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards