omniture

Vdopia Inc. Rangkul Anugerah Tertinggi di Anugerah Mob-Ex 2014

Vdopia Inc.
2014-02-06 23:55 97

SINGAPURA, BANGKOK, JAKARTA dan NEW DELHI, 6 Februari 2014 /PRNewswire/ --

Meraih Emas bagi 'Pengiklanan Dalam Aplikasi Terbaik' dan Gangsa bagi 'Penyelesaian Pengiklanan Mudah Alih Terbaik'

Kerja keras Vdopia Inc., peneraju daripada segi pengiklanan video dalam talian dan mudah alih telah mendapat pengiktirafan dalam majlis Anugerah Mob-Ex 2014, edisi tahunan keduanya yang berlangsung di Singapura. Kempen pelancaran Audi A3 SB, 'Kami akan hiburkan anda' yang telah mendapat banyak pujian, memenangi dua anugerah tertinggi - Emas bagi 'Pengiklanan Dalam Aplikasi Terbaik' dan Gangsa bagi 'Penyelesaian Pengiklanan Mudah Alih Terbaik'.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140205/667910)

Sila klik di sini bagi Melihat kempen Audi

Anugerah Mob-Ex merupakan suatu acara utama yang berlangsung di Singapura bagi meraikan kecemerlangan mudah alih serta bagi mengiktiraf pencapaian yang terbaik dalam spektrum pemasaran mudah alih. Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada organisasi yang telah memanfaatkan platform mudah alih dengan sebaik-baiknya menerusi strategi pemasaran mudah alih yang tersendiri.

Mimmie Ong, Ketua Serantau Bahagian Jualan, Asia Tenggara, Vdopia Inc. berkata, "Anugerah ini merupakan suatu penghormatan yang mengiktiraf kepakaran mendalam serta strategi kami dalam aspek utama sistem mudah alih serta penghantaran, untuk kami dan pelanggan kami. Kami amat berterima kasih kepada pelanggan kami, rakan agensi kami dan juga Mob-Ex atas anugerah ini."

Baru-baru ini, Vdopia telah mengatasi rekod 10 juta penonton tersendiri di India (ComScore Video Ad Metrix), yang merupakan pencapaian sebegitu yang pertama bagi sesuatu rangkaian sambil ia terus berkembang pada peringkat global dan juga serantau.

Preteesh Chouhan, Naib Presiden Vdopia Inc. di Asia Pasifik mengulas, "Pelaburan dalam kreativiti serta teknologi tetap membolehkan Vdopia untuk menghasilkan kempen digital yang menarik untuk pelbagai pelanggan merentasi industri dan juga rantau. Ini merupakan permulaan hebat untuk tahun 2014 yang lebih unggul dan berani bagi Pasukan Vdopia."

Vdopia Inc. telah mengalami pertumbuhan dan perluasan sebanyak 100% pada tahun 2013, yang membolehkan syarikat tersebut menambah jumlah kakitangannya sebanyak dua kali jumlah sebelumnya pada peringkat global serta membuka pejabat baharu dalam beberapa pasaran utama.

Latar Belakang Vdopia:

Vdopia merupakan peneraju global daripada segi pengiklanan video mudah alih serta media beraneka. Matlamat syarikat ini adalah untuk memberikan pengalaman terbaik daripada segi pengiklanan video mudah alih dan media beraneka buat para pengguna serta para pengiklan untuk kesemua rangkaian telefon pintar dan juga peranti tablet. Ini merupakan syarikat pertama yang menawarkan format video mudah alih .VDO, yang merupakan teknologi proprietari bagi membolehkan penghantaran video mudah alih kepada lebih ramai individu dan di mana-mana sahaja berbanding yang ditawarkan oleh syarikat pengiklanan mudah alih lain di dunia. Syarikat ini mempunyai ibu pejabat di Fremont, California serta pejabat lain di sekitar Amerika Syarikat termasuk di New York, Chicago dan Los Angeles serta pejabat peringkat global seperti di UK, Jerman, India, Singapura, Indonesia, Malaysia dan juga Australia. Sila layari http://www.vdopia.com.

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi:
Renee Kishore
Pengurus Pemasaran (Asia Pasifik)
Vdopia Inc.
Tel: +91-124-468-4001
Renee.kishore@vdopia.com

SUMBER  Vdopia Inc.

Source: Vdopia Inc.
Related Links:
Keywords: Advertising Internet Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Awards