SINGAPURA, 10 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Tabiat membeli-belah para pengguna yang berubah-ubah mendambakan penyesuaian yang lebih hebat daripada segi perkhidmatan e-dagang serta perkhidmatan pembayaran di Asia dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Lambakan peluang perniagaan yang wujud membolehkan para peruncit untuk terus mengintegrasikan platform perniagaan dalam talian seperti rangkaian dan laman web sosial berorientasikan peranti pintar.
(Logo: http://photos.prnasia.com/prnh/20140204/8521400594LOGO)
"Kebanyakan organisasi sering melihat Asia hanya sebagai subset peluang yang monolitik. Namun, ini berbeza dengan sejarah teknologi. Kemajuan teknikal yang lebih hebat melahirkan penyesuaian yang lebih baik untuk memenuhi keperluan setiap pengguna. Masa depan Asia akan dibentuk dengan pelbagai penyelesaian tersendiri yang boleh disesuaikan untuk menepati setiap budaya tertentu," kata Jim McKelvey, pengasas Square bersama Jack Dorsey daripada Twitter. Jim, pembentang Kertas Dasar Berwawasan semasa acara tahunan Kad & Pembayaran Asia yang ke-19 pada tahun 2014, akan memulakan acara tersebut dengan topik kegemarannya, 'Evolusi Pembeli Terhubung' yang membincangkan tentang kebolehan inovasi terkini dalam teknologi pintar untuk sentiasa memacu penciptaan semula proses serta penyelesaian sedia ada dalam ruang peruncitan dan pembayaran yang kian berubah.
Inovasi serta teknologi pintar yang terkini daripada lebih 200 pempamer antarabangsa hanyalah sebahagian daripada pelbagai acara menarik yang akan berlangsung di tapak ekspo Kad dan Pembayaran Asia 2014 yang seluas 10,000 meter persegi berserta 8 acara lain di lokasi yang sama -- Bank Masa Depan Asia, Acara Pengendalian Tunai Asia, Dunia NFC Asia, Dunia ID Digital Asia, Dunia RFID Asia, Dunia Peruncitan Asia, Acara e-Dagang Asia dan juga Dunia Petunjuk Digital Asia.
Audrey Leong, Pengurus Besar Terrapinn Pte Ltd berkata, "Acara Kad & Pembayaran Asia 2014 akan memberi penekanan terhadap arah aliran pembayaran dan e-dagang terkini yang boleh dimanfaatkan oleh industri seperti peruncitan, telekomunikasi, perbankan, hospitaliti, keselamatan dan juga agensi kerajaan untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang baharu serta membolehkan industri tersebut menerajui pertumbuhan."
Kad & Pembayaran Asia 2014 serta acara di lokasi yang sama akan menjadi tuan rumah untuk 7,000 pengunjung dagangan dari 40 negara termasuk 500 delegasi berpangkat Ketua serta 100 pengucap.
Latar Belakang Kad & Pembayaran Asia serta acara di lokasi yang sama
Tarikh: 23 – 24 April 2014
Waktu pembukaan: 10.30 pagi – 6 petang (23 April 2014), 10 pagi – 6 petang (24 April 2014)
Tempat: Tingkat 4, Pusat Konvensyen & Pameran Antarabangsa Suntec Singapura
Laman Web: www.cardsasia.com.sg
Latar Belakang Terrapinn
Terrapinn merupakan syarikat media perniagaan yang memasarkan produk seperti pameran perdagangan, persidangan, penyelesaian latihan serta penerbitan elektronik dan cetakan. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.terrapinn.com.
Maklumat Perhubungan Media:
Christine Lee, Pengurus Kanan Pemasaran
Tel: +65 6322 2301
E-mel: christine.lee@terrapinn.com
Jolyn Mo, Penolong Pemasaran
Tel: +65 6322 2794
E-mel: terrapinn.cardsasia@gmail.com