LONDON, 10 Februari 2014 /PRNewswire/ -- MR Solutions akan melancarkan pengimbas MRI praklinikal 7 Tesla* yang bebas kriogen pertama di dunia. Pengimbas pertama dengan jara bersaiz 17 cm akan disusuli lewat tahun ini dengan rangkaian pengimbas yang mempunyai saiz jara yang lebih besar.
MR Solutions sedang menerajui pasaran pengimbas praklinikal dengan pelbagai inovasi yang mempelopori bidang ini. Beberapa bulan lalu, syarikat ini turut mengumumkan rangkaian MRI 3T bebas kriogen miliknya kini boleh dipasangkan dengan kamera SPECT yang boleh diklip dan juga boleh mengandungi gelang PET yang canggih. Rangkaian baharu pengimbas 7T ini juga boleh disertakan dengan kemudahan SPECT dan PET ini.
Ahli fizik dan Ketua Pegawai Eksekutif MR Solutions, Dr David Taylor berkata, "Kami telah menerajui teknologi pengimbasan ini selama lebih 30 tahun dan juga telah memasangkan lebih 1000 Spektrometer MRI di serata dunia. Kami turut menggabungkan teknologi ini dengan pemikiran berasaskan cabaran bagi mendapatkan penyelesaian yang mampu memenuhi keinginan para pelanggan untuk menghasilkan imej berkualiti tinggi, yang bertepatan dengan aplikasi tertentu yang digunakan oleh mereka. Kami juga bertanggungjawab memenuhi keperluan pelanggan kami dan bukan sekadar membina mesin. Saya berpendapat inilah keunikan utama kami dan turut merupakan faktor kejayaan kami yang bukan sahaja melibatkan begitu banyak penghasilan ciptaan yang terkini dalam tempoh 18 bulan lalu, malah juga melibatkan penurunan kos."
MR Solutions telah berjaya menghasilkan reka bentuk magnet revolusioner yang dapat menggantikan sistem penyejukan helium cecair yang biasa digunakan. Ini membolehkan penggunaan peti sejuk bersuhu rendah yang standard bagi menyejukkan magnet kepada suhu 4 darjah Kelvin (minus 269 darjah Celsius) yang diperlukan.
Magnet di dalam pengimbas MRI 7T baharu memberikan medan penglihatan berbentuk elips yang menjadikannya benar-benar sesuai digunakan untuk tujuan penyelidikan. Bagi rangkaian 3T pula, kekuatan medan magnetnya dapat dilaraskan daripada 0 kepada 7 Tesla.
BAGI MENDAPATKAN MAKLUMAT MEDIA:
Sarah Roberts
Vane Percy & Roberts
(T) +44-(0)1737-821890
sarah@vanepercy.com
Sumber: MR Solutions Ltd