omniture

Datawatch Mengumumkan Usul Tawaran Awam untuk Saham Biasa

Datawatch Corporation
2014-02-11 01:24 142

CHELMSFORD, Massachusetts, 11 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Datawatch Corporation (NASDAQ-CM: DWCH), penyedia global yang menerajui untuk penyelesaian penemuan data visual, hari ini mengumumkan yang ia merancang untuk menawarkan dan menjual 1,500,000 syer saham biasanya dalam tawaran awam yang ditaja jamin dengan tertakluk kepada pasaran dan juga keadaan lain. Datawatch juga akan memberikan pilihan tempoh 30 hari kepada para penaja jamin untuk membeli sehingga 225,000 syer tambahan bagi menampung peruntukan lebihan, jika ada. Datawatch ingin menggunakan semua hasil bersih daripada tawaran itu untuk pembangunan produk, pengkomersilan produknya, modal usaha serta tujuan korporat awam lain, termasuk pembayaran semula hutang tertunggak.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121015/NE92833LOGO )

Canaccord Genuity Inc. dan William Blair & Company, L.L.C. bertindak sebagai penaja jamin bersama untuk tawaran itu. Cowen and Company, LLC dan juga Craig-Hallum Capital Group LLC pula bertindak sebagai pengurus bersama untuk tawaran itu.

Tawaran awam untuk saham biasa itu hanya akan dibuat melalui prospektus serta prospektus tambahan menurut kenyataan pendaftaran simpan Datawatch yang berkuat kuasa serta difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa ("SEC"). Salinan prospektus tambahan awal dan juga prospektus lampiran yang berkaitan dengan tawaran itu boleh didapati daripada pejabat Canaccord Genuity Inc., Perhatian untuk: Syndicate Department, 99 High Street, Tingkat 12, Boston, MA 02110, melalui nombor telefon +1-617-371-3900; atau daripada William Blair & Company, L.L.C., 222 W. Adams Street, Chicago, IL 60606, melalui nombor telefon (800) 621-0687. Anda juga boleh mendapatkan dokumen ini dengan melawat EDGAR di laman web SEC www.sec.gov.

Siaran akhbar ini bukan tawaran untuk menjual, atau tarikan untuk tawaran membeli sekuriti ini. Di samping itu, sekuriti ini tidak akan dijual di mana-mana negeri atau menurut bidang kuasa lain yang tidak membenarkan tawaran, tarikan untuk tawaran membeli atau jualan sepertinya.

LATAR BELAKANG DATAWATCH CORPORATION
Datawatch Corporation (NASDAQ-CM: DWCH) menyediakan perisian penemuan data visual yang membolehkan proses membuat keputusan yang lebih termaklum melalui aplikasi analisis generasi seterusnya. Perisian Datawatch memperkasa individu, unit perniagaan dan juga syarikat untuk mengakses dan turut membayangkan banyak kepelbagaian data, tanpa mengira sumber dan format, dan juga untuk menjana maklumat strategik dan pengendalian masa sebenar daripada Data Besar mereka. Datawatch beribu pejabat di Chelmsford, Massachusetts dengan cawangan di New York, London, Munich, Stockholm, Singapura, Sydney dan Manila, dan juga mempunyai rakan kongsi serta pelanggan di lebih 100 negara seluruh dunia.

Kenyataan Pandang ke Hadapan
Siaran ini mengandungi beberapa "kenyataan pandang ke hadapan" tertentu yang termaktub dalam takrif Akta Perubahan Litigasi Sekuriti Swasta 1995, termasuk kenyataan yang berkaitan dengan jangkaan Datawatch berkenaan penyiapan tawaran awam itu. Kenyataan ini adalah berdasarkan jangkaan semasa pihak pengurusan dan tertakluk kepada ketidakpastian dan juga perubahan keadaan. Keputusan sebenar serta masa kejadian mungkin benar-benar berbeza daripada yang dinyatakan atau dibayangkan oleh kenyataan pandang ke hadapan tersebut kerana pelbagai faktor penting yang berbeza, termasuk, tanpa batasan, risiko dan ketidakpastian yang berkaitan dengan perniagaan Datawatch dan juga pematuhan syarat penutupan tawaran awam itu. Maklumat yang lebih terperinci tentang faktor itu dinyatakan dalam pemfailan Datawatch bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, termasuk laporan tahunan Datawatch pada Borang 10-K, laporan suku tahun pada Borang 10-Q serta laporan semasa pada Borang 8-K. Datawatch tidak bertanggungjawab (dan menafikan sekeras-kerasnya sebarang tanggungjawab) untuk mengemas kini atau mengubah kenyataan pandang ke hadapannya sama ada hasil daripada maklumat baharu, kejadian masa hadapan atau sebaliknya.

Maklumat Perhubungan Pelabur:

Perhubungan Pelabur Datawatch
investor@datawatch.com
Telefon: +1-978-441-2200 samb. 8323

Maklumat Perhubungan Media:

Sarah Bernardi
Datawatch Corporation
Sarah_Bernardi@datawatch.com
Telefon: +1-978-441-2200 samb. 8387
Twitter: @datawatch

© 2014 Datawatch Corporation. Datawatch dan logo Datawatch ialah tanda niaga atau tanda niaga berdaftar untuk Datawatch Corporation di Amerika Syarikat dan/atau negara lain. Semua nama lain ialah tanda niaga atau tanda niaga berdaftar syarikat mereka masing-masing.

Source: Datawatch Corporation
Related Stocks:
NASDAQ:DWCH
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Offerings