-- Struktur bayaran terbuka dan berkos rendah yang tersendiri bagi dana ini disasarkan supaya sejajar dengan kepentingan pelabur
KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Saturna Sdn. Bhd., syarikat subsidiari milikan penuh syarikat yang berpusat di AS Saturna Capital Corporation, melancarkan Dana Ekuiti ASEAN pada hari ini. Dana Malaysia ini memberi tumpuan terhadap ekuiti awam bagi syarikat yang layak daripada segi Islam di rantau ASEAN. Proses tapisan Islam Saturna adalah berdasarkan antara kriteria paling ketat dalam industri dana Islam. Dana itu, yang menggunakan jenis mata wang ringgit Malaysia, boleh didapati kepada pelabur berinstitusi dan individu dengan nilai bersih tinggi dan juga berkelayakan, sama ada domestik mahupun luar negara.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140210/PH60919LOGO)
Saturna Sdn. Bhd. dilesenkan sebagai pengurus dana Islam di bawah Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC). Syarikat ini percaya pasaran kewangan Islam Malaysia yang menyeluruh dan juga progresif, yang terbuka kepada komuniti antarabangsa, akan membantu syarikat itu membina tapak pelabur Islam yang mantap di Malaysia serta dalam kalangan pelabur Asia dan pelabur global.
Dana Ekuiti ASEAN mempunyai struktur bayaran rendah yang dirancang agar bersifat adil, telus, serta sejajar dengan kepentingan jangka panjang para pemegang unit. Dana itu ditawarkan tanpa caj jualan, bayaran pentadbiran yang rendah dan juga bayaran pengedaran yang telus. Tambahan lagi, bayaran pengurusan Dana itu adalah berdasarkan prestasi – pihak pengurusan tidak menerima apa-apa bayaran kecuali dana itu menghasilkan keuntungan untuk para pelaburnya.
Dana itu bermatlamat untuk merebut keuntungan pertumbuhan yang dijangka hasil daripada penyepaduan ekonomi lanjutan antara negara rantau ASEAN. Tapak penghasilan dan pasaran tunggal bagi negara ASEAN itu mewujudkan hubungan yang lebih erat antara negara di rantau itu di samping membuatkannya lebih berdaya saing pada peringkat global.
Dana itu melabur dalam portfolio berkepelbagaian yang terdiri daripada ekuiti yang mematuhi hukum Syariah di serata rantau ASEAN, dengan menggunakan pendekatan pelaburan berasaskan nilai yang dibangunkan oleh ketua pegawai pelaburan Saturna Capital dan juga pelabur veteran yang dipandang tinggi, Nicholas Kaiser. Kriteria untuk pemilihan saham termasuklah mengenal pasti syarikat dengan asas yang semakin bertambah baik serta pertumbuhan pada kadar penilaian berpatutan.
Pasukan pelaburan Dana Ekuiti ASEAN mempunyai pengalaman mendalam daripada segi menguruskan strategi yang mematuhi prinsip pelaburan Islam, serta kepakaran yang mantap dalam pasaran ekuiti ASEAN. Pasukan pelaburan itu termasuklah pengurus portfolio Dana itu yang berpusat di Kuala Lumpur, Monem Salam dan beberapa penganalisis, serta Nicholas Kaiser yang berpusat di AS dan juga pengarah penyelidikan Saturna Scott Klimo.
En. Salam mempunyai pengalaman selama 19 tahun dalam menjalankan program pelaburan global yang mematuhi hukum Syariah, dan dalam masa beberapa tahun lepas, beliau juga menjalankan mandat pelaburan ASEAN swasta. Sebelum ini, beliau merupakan timbalan pengurus portfolio Dana Pendapatan Amana dan juga Dana Pertumbuhan Amana Saturna Capital, dua daripada dana ekuiti Islam awam terbesar di dunia, serta Dana Dunia Membangun Amana, yang melabur pada peringkat global termasuk di Asia Tenggara. Beliau kini berkhidmat sebagai presiden Saturna Sdn. Bhd.
Sepanjang kerjaya beliau selama 42 tahun dalam pengurusan dana pelaburan, En. Kaiser telah membina rekod pencapaian yang berjaya daripada segi pelaburan Islam peringkat global. Sebagai pengasas dan juga pengerusi Saturna Capital Corporation, beliau telah membangunkannya sehingga menjadi syarikat pengurusan pelaburan yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa dan turut dikenali sebagai pakar utama daripada segi pengurusan aset Islam. Dengan En. Kaiser sebagai pengurus portfolio, Dana Amana telah memenangi beberapa anugerah AS dan antarabangsa.
Scott Klimo, penganalisis kewangan berkanun (CFA), timbalan pengurus portfolio Dana Amana, mengetuai pasukan penganalisis penyelidikan Saturna dan turut mempunyai pengalaman pelaburan selama 26 tahun, termasuk pengalaman yang lama menetap dan bekerja di Malaysia, Indonesia, Negara Thai, Hong Kong, China dan juga Taiwan.
Monem Salam, pengurus portfolio Dana Ekuiti ASEAN Saturna dan juga presiden Saturna Sdn. Bhd. di Kuala Lumpur, memberi komen:
Dana ini menyatukan prinsip pelaburan Islam, kepakaran pelaburan ekuiti berasaskan nilai Saturna yang memenangi anugerah dan juga struktur bayaran berkos rendah serta telus yang tersendiri. Kami percaya ini bakal menarik minat para pelabur sofistikated.
Kami percaya Dana Ekuiti ASEAN ini, terutamanya sekali akan mengisi jurang untuk pelabur Islam dengan nilai bersih tinggi serta berinstitusi di dalam dan di luar Malaysia. Ia juga boleh bertindak sebagai kaedah berkos rendah untuk pelabur bukan Muslim berkelayakan yang mahu merebut peluang pelaburan dalam pasaran ASEAN yang berkembang pesat. Satu lagi tarikan tambahan untuk semua pelabur berkelayakan ialah struktur bayaran berasaskan prestasi Dana itu, yang sejajar dengan amalan Syariah untuk memastikan pihak pengurusan akan mendapat untung hanya jika para pelabur sendiri mendapat untung terlebih dahulu.
Pasaran kewangan Islam Malaysia menyediakan persekitaran yang membolehkan kepimpinan pemikiran, perkembangan idea secara pantas serta inovasi produk dan juga perkhidmatan merentasi sempadan. Kami dengan sukacitanya menawarkan Dana yang mempunyai apa yang kami percaya sebagai struktur bayaran yang pertama seumpamanya di Malaysia, dan setakat pengetahuan kami, juga di Asia Tenggara. Pada peringkat global, bayaran pelaburan semakin berkurangan dan pasaran sedang bersepadu untuk menawarkan pilihan bayaran yang jauh lebih rendah berbanding sebelum ini kepada para pelabur.
Bagi maklumat lanjut tentang Dana itu serta ketersediaannya, sila lawati www.saturna.com.my/products/aef/.
Latar Belakang Saturna Capital Corporation
"Pengurus Ekuiti Global Berasaskan Nilai"
Saturna Sdn. Bhd., yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia, ialah syarikat subsidiari milikan penuh Saturna Capital yang mengkhusus dalam khidmat nasihat pelaburan yang mematuhi undang-undang Islam bagi individu dan juga institusi. Ia bertindak sebagai sub-penasihat kepada Dana Ekuiti Crescent International, yang diuruskan oleh Crescent Wealth, pengurus harta Islam yang pertama di Australia.
Saturna Capital Corporation, yang ditubuhkan pada tahun 1989 di Bellingham, Washington, AS, ialah penasihat pelaburan swasta yang dimiliki kakitangan dengan aset bawah pengurusan sebanyak AS$4 bilion, yang menyediakan khidmat nasihat pelaburan kepada dana bersama, institusi, perniagaan, individu dan juga pembiayaan.
Saturna Capital ialah penasihat kepada Dana Bersama Amana (Dana Pertumbuhan Amana, Dana Pendapatan Amana, serta Dana Dunia Membangun Amana) yang mengikuti prinsip kewangan Islam.
Saturna Capital juga merupakan penasihat kepada Amanah Pelaburan Saturna, yang terdiri daripada Dana Antarabangsa Sextant, Dana Pertumbuhan Sextant, Dana Teras Sextant, Dana Pendapatan Bon Sextant, Dana Bon Jangka Pendek Sextant, Dana Pendapatan Tinggi Global Sextant, dan juga Dana Terkecuali Cukai Idaho.
Sila pertimbangkan objektif, risiko, caj dan perbelanjaan sesuatu pelaburan dengan teliti sebelum membuat pelaburan. Bagi mendapatkan prospektus percuma yang mengandungi maklumat ini serta maklumat penting yang lain tentang dana Saturna, sila hubungi talian bebas tol 800/SATURNA atau lawati www.saturna.com. Sila baca prospektus dengan teliti sebelum membuat pelaburan.
Hubungi: |
Victoria Odinotska |
Kanter & Company |
|
Tel. 1 703 534 3735 |
|
Monem Salam |
|
Saturna Sdn. Bhd. |
|
Tel. 603 2164 5303 |