omniture

'Sembang Digital' Tenaga Kerja Merisikokan Perniagaan Antarabangsa

EF Corporate Language Learning Solutions
2014-02-11 10:00 130

LONDON, 11 Februari 2014 /PRNewswire/ --

Sementara jenama syarikat masa kini ditakrifkan oleh 'sembang digital' pekerja, laporan baharu mendapati hanya 37% daripada tenaga kerja masa kini mempunyai kemahiran yang sesuai

STATISTIK PENTING:

  • 84% daripada responden merasakan media sosial telah mengubah cara komunikasi
  • 83% melihat media sosial menjadi semakin penting dalam masa tiga tahun seterusnya
  • Namun, hanya 37% daripada tenaga kerja semasa mempunyai kemahiran bahasa dan media sosial yang diperlukan pada zaman digital ini

Walaupun empat perlima (84%) daripada para profesional perniagaan merasakan media sosial telah mengubah cara komunikasi, hanya satu pertiga (37%) daripada tenaga kerja masa kini mempunyai kemahiran bahasa Inggeris yang diperlukan untuk komunikasi secara berkesan melalui saluran digital, menurut laporan yang diterbitkan pada hari ini oleh peneraju ilmuwan yang dikenali sebagai Profesor Michael Hulme dan Education First Corporate Language Learning Solutions (EF CLLS)*. Menerajui aliran bagi menyediakan pengalaman komunikasi digital yang positif ialah demografi yang muda dan bermotivasi – golongan "Linguarati". Pekerja seperti ini mempunyai tahap kefasihan bahasa Inggeris dan pengetahuan digital bagi berkomunikasi secara berkesan melalui media sosial dan sentiasa ingin memperbaiki kemahiran mereka.

Ketika memberi komen tentang penemuan laporan ini, Andy Bailey, Ketua Pegawai Pemasaran EF CLLS berkata: "Media sosial telah mengubah cara pengguna berinteraksi dengan jenama secara radikal, dan perniagaan perlu memastikan mereka mempunyai mutu tenaga kerja bagi bertindak balas terhadap perubahan itu."

Profesor Hulme berkata lagi "perniagaan patut melatih ramai orang, bukan sebilangan kecil sahaja. Jika anda latih hanya golongan Linguarati, anda akan mempunyai kelemahan dalam beberapa segi. Jika tidak mengambil kesempatan ke atas keinginan ramai pekerja untuk memperbaiki kemahiran bahasa mereka, ini boleh menjejaskan daya saing antarabangsa serta jenama global perniagaan anda."

Media digital dan sosial telah mendominasi komunikasi pada tahap peribadi serta profesional. Laporan itu mendapati 82% daripada semua pekerja kini ada menggunakan media sosial untuk tujuan tertentu di tempat kerja. Anjakan ini mewakili risiko baharu untuk perniagaan jika melihat kepada 'jejak kekal' komunikasi digital, dan peluang yang lebih besar untuk salah komunikasi yang boleh disebabkan oleh media sosial. Malah perbualan peribadi pekerja boleh dijejak kembali ke tempat kerja mereka melalui maklumat yang dipaparkan pada halaman profil Facebook atau LinkedIn.

Laporan itu mencipta istilah Sumber Reputasi bagi menggambarkan jumlah perbualan digital yang diadakan oleh perniagaan dengan dunia luar. Kekuatan sumber ini bergantung pada kemahiran bahasa Inggeris dan komunikasi digital yang dimiliki oleh para pekerja mereka. Pekerja yang membawa risiko yang paling besar terhadap Sumber Reputasi perniagaan ialah mereka yang sangat aktif dalam media sosial, namun mempunyai kefasihan bahasa Inggeris yang rendah, dan digelar sebagai 'Mulut Tempayan'.

Menurut kajian itu, perniagaan patut melihat kepada golongan Linguarati sebagai contoh bagi merangsang jenama global perniagaan mereka dengan melibatkan pelanggan dalam komunikasi digital yang positif. Golongan Linguarati adalah muda, terhubung dalam dan luar talian dan komited terhadap memperbaiki lagi kemahiran bahasa mereka walaupun sudah fasih berbahasa Inggeris.

Namun, walaupun peratusan pekerja yang signifikan sebanyak 85% berkeinginan untuk memperbaiki kemahiran bahasa Inggeris mereka, hanya 46% syarikat kini menyokong cita-cita ini melalui penyediaan latihan bahasa. Arah aliran ini perlu diperbetulkan bagi organisasi mendapat semula kawalan jenama global mereka dan menguruskan reputasi dalam talian mereka secara berkesan.

Terdapat empat cara penting yang boleh digunakan oleh perniagaan bagi memperbetulkan jurang kemahiran pekerja semasa, menurut laporan itu. Perniagaan mesti menerima keadaan keterhubungan hiper dengan kemampuan untuk mewakili diri sendiri dalam bahasa Inggeris merentasi pelbagai jenis media. Mereka juga mesti menyokong kakitangan yang keberatan untuk memperbaiki kemahiran mereka dengan menggalakkan semua tahap kakitangan untuk melengkapi diri sendiri agar bersedia untuk menguasai pasaran sebagai sebahagian daripada kemajuan kerjaya mereka. Perniagaan patut membangunkan kemahiran bahasa Inggeris yang sesuai untuk dunia digital, dan tidak mengasingkan kemahiran media digital dan sosial. Akhirnya, mereka patut menawarkan peluang pembelajaran yang disesuaikan mengikut gaya pembelajaran individu.

Bagi maklumat lanjut lawati: http://www.linguarati.com

*Latar belakang laporan

Kertas ini merujuk kepada beberapa sumber dan ditulis oleh Profesor Michael Hulme daripada Observatori Masa Hadapan Sosial. Bahan sokongan diambil daripada pelbagai sumber akademik, komersil dan awam, termasuk kajian penyelidikan antarabangsa yang dijalankan oleh Redshift Research. Kajian itu meninjau 1,023 profesional perniagaan di 10 negara. Semua yang dikaji selidik itu merupakan ahli perniagaan dengan tanggungjawab membuat keputusan, bekerja dalam organisasi besar yang mempunyai sekurang-kurangnya sedikit hubungan dengan orang yang bekerja di luar negara sebagai sebahagian daripada kerja mereka.

Latar belakang EF Corporate Language Learning Solutions

EF Corporate Language Learning Solutions, syarikat EF Education First, ialah peneraju dunia daripada segi latihan bahasa korporat untuk perniagaan multinasional dan organisasi sektor awam. Lebih 1,500 organisasi dan 20 juta pelajar seluruh dunia telah mempercayai kami dengan sebab kukuh – sudah berkali-kali kami membuktikan yang penyelesaian latihan kami menjana keputusan sebenar. Dengan rangkaian cawangan seluruh dunia di lebih 50 negara, institut bahasa eksekutif di Cambridge, UK dan Boston, AS serta sekolah bahasa dalam talian yang paling canggih dan paling mendapat permintaan di dunia, EF CLLS menyediakan pulangan yang paling tinggi untuk pelaburan latihan bahasa. Buat masa kini, EF ialah Pembekal Latihan Bahasa Rasmi untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk Sochi 2014 dan bertindak sebagai Pembekal Latihan Bahasa Rasmi untuk Sukan Olimpik Beijing 2008.

Bagi maklumat lanjut tentang EF Corporate Language Learning Solutions sila lawati: http://www.ef.com/corporate

Hubungi: Sarah Newcombe +44(0)207-341-8500.

Sumber: EF Corporate Language Learning Solutions

 

Source: EF Corporate Language Learning Solutions
Keywords: Education Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research