- Persetujuan Perkongsian Spektrum untuk Jalur Lebar Mudah Alih Tidak Patut Menggantikan Keperluan Pelesenan Spektrum Eksklusif
LONDON, 11 Februari 2014 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini mengeluarkan laporan baharu yang menunjukkan spektrum kongsi boleh melengkapi tetapi tidak sekali-kali akan menggantikan keperluan untuk spektrum akses eksklusif bagi peruntukan jalur lebar mudah alih. Laporan itu, "Impak Penggunaan Kongsi Berlesen untuk Spektrum", yang ditulis oleh Deloitte, menegaskan bagaimana pengehadan ketat yang berkaitan dengan persetujuan spektrum Akses Kongsi Berlesen(LSA)(1) – seperti syarat lebih pendek, kewajipan binaan, kekurangan kepastian dan juga peruntukan kecil – boleh mengurangkan kemungkinan pengendali mudah alih untuk melabur secara signifikan. Ini bermakna faedah ekonomi berpotensi yang diterbitkan daripada perkongsian spektrum akhirnya akan menjadi lebih rendah daripada faedah yang diperoleh melalui spektrum akses eksklusif.
"GSMA memuji usaha oleh pengawal selia seluruh dunia bagi mencari penyelesaian dengan serta-merta untuk luluh spektrum pada masa kini," kata Tom Phillips, Ketua Pegawai Kawal Selia GSMA. "Walaupun skim perkongsian itu boleh menyediakan pendekatan saling melengkapi bagi memenuhi permintaan yang meningkat pantas untuk spektrum, akses eksklusif kepada spektrum untuk penggunaan mudah alih ialah pendekatan kawal selia paling optimum, lalu menyediakan kepastian pasaran yang diperlukan bagi merangsang pelaburan dalam rangkaian serta perkhidmatan."
Laporan itu dibuat berdasarkan model yang menilai nilai prospektif dua senario Akses Kongsi Berlesen yang berpotensi: pembebasan 50MHz dalam Kesatuan Eropah dalam jalur 2.3GHz mulai tahun 2020 dan pembebasan 100MHz dalam jalur 3.5GHz di Amerika Syarikat mulai tahun 2016. Terdapat banyak pemboleh ubah yang terlibat dalam senario ini serta risiko, kerumitan dan juga ketidakpastian tambahan yang terlibat dalam perkongsian spektrum ini bermakna kaedah ideal adalah setiap peluang perkongsian sepatutnya dinilai berdasarkan kes demi kes, lalu menjadikan pendekatan menyeluruh tidak mungkin dapat dilakukan. Antara penemuan dalam laporan itu ialah:
Kesatuan Eropah:
Amerika Syarikat:
Laporan itu dikeluarkan sewaktu pertumbuhan pesat yang berterusan daripada segi lalu lintas mudah alih dan permintaan pengguna untuk telefon pintar, tablet dan juga peranti lain yang menyediakan akses kepada perkhidmatan komunikasi serta maklumat. Kajian itu turut menemui pembebasan spektrum akses eksklusif untuk jalur lebar mudah alih menawarkan faedah sosioekonomi yang lebih luas untuk Amerika Syarikat dan juga Kesatuan Eropah dalam tempoh 2016-2030, termasuk pewujudan peluang pekerjaan masa hadapan. Pengaturan penggunaan jalur lebar mudah alih dijangka akan menjana kira-kira 2.1 juta peluang pekerjaan di AS serta hampir 1.6 juta peluang pekerjaan dalam Kesatuan Eropah selama tempoh ini.
"Spektrum ialah nadi industri mudah alih. Bagi menarik pelaburan dan turut mengaut faedah ekonomi penuh jalur lebar mudah alih, pengawal selia perlu menyediakan akses kepada jisim kritikal spektrum," Phillips berkata lagi. "Demi Kesatuan Eropah dan juga AS, hal ini boleh dicapai melalui pengharmonian jalur, berdasarkan terma dan syarat kontrak yang mirip, serta pengecualian geografi dan juga masa yang terhad. Berdasarkan sebab tersebut, spektrum kongsi tidak boleh menjadi pengganti spektrum akses eksklusif, dan kerajaan serta pengawal selia tidak patut bergantung sepenuhnya terhadap spektrum kongsi untuk peruntukan jalur lebar mudah alih pada masa hadapan."
Bagi mengakses laporan itu sila lawati: http://www.gsma.com/spectrum/the-impact-of-licensed-shared-use-of-spectrum/
Nota kepada Editor
(1) Laporan itu mentakrifkan Akses Kongsi Berlesen sebagai rejim berlesen individu untuk bilangan terhad pemegang lesen dalam jalur frekuensi, yang sudah diperuntukkan kepada satu atau lebih pengguna masa kini. Model perkongsian spektrum jenis ini melibatkan vektor "menegak", seperti ketenteraan atau pihak penyiaran, yang menjual, menyewa atau selain itu, menyediakan akses kepada spektrum berlesennya yang jarang digunakan kepada pengendali mudah alih di dalam kawasan atau pada masa apabila ia tidak digunakan.
Latar belakang GSMA
GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih seluruh dunia. Merentasi lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih dunia dengan 250 syarikat dalam ekosistem mudah alih lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit dan peranti, syarikat perisian, penyedia peralatan dan juga syarikat Internet, serta organisasi dalam sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan utiliti. GSMA turut menganjurkan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih serta Ekspo Asia Mudah Alih.
Bagi maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com. Ikuti GSMA di Twitter: @GSMA.