omniture

Baharu! Renfe Spain Pass daripada ACP Rail

ACP Rail International
2014-02-11 22:00 117

MONTREAL, 11 Februari 2014 /PRNewswire/ --

- Terokai Sepanyol dengan 4 hingga 12 perjalanan kereta api pilihan anda

ACP Rail International dengan bangganya memperkenalkan Renfe Spain Pass: tiket kereta api terbaik untuk perjalanan di sekitar negara yang sangat menarik ini. Renfe Spain Pass boleh didapati untuk 4, 6, 8, 10 atau 12 perjalanan kereta api dalam tempoh 1 bulan yang menjadikannya pilihan yang fleksibel untuk sebarang tempoh perjalanan. Pilihan lain juga disediakan, memandangkan para penumpang boleh memilih kelas perjalanan Pelancong atau Perniagaan/Kelab. Kelas Kelab menawarkan tambahan seperti restoran dan perkhidmatan bar di tempat duduk anda, surat khabar harian serta akses kepada ruang istirahat VIP.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140211/668225 )

Berbanding dengan tiket kereta api yang lain, Renfe Spain Pass adalah istimewa kerana ia adalah sah untuk beberapa perjalanan kereta api dan bukannya mengikut bilangan hari perjalanan. Ini memberikan pilihan kepada para pemegang tiket untuk memilih satu perjalanan bagi satu hari dan tidak merasa keberatan untuk membuat perjalanan balik pada hari yang sama bagi mendapatkan nilai terbaik untuk hari perjalanan tiket kereta api mereka. Renfe Spain Pass juga adalah berlainan daripada tiket kereta api Eropah yang lain memandangkan para penumpang tidak perlu membayar lebih untuk membuat perjalanan menggunakan kereta api berkelajuan tinggi dan harga bagi tempahan tempat duduk turut disertakan menerusi tiket tersebut. Maka, tiada bayaran tambahan diperlukan!

Apakah pilihan perjalanan anda jika diberi pilihan untuk mengembara di seluruh Sepanyol dengan menaiki kereta api? Mungkin anda memilih untuk mengembara dari Barcelona ke Madrid dengan menaiki salah satu daripada kereta api AVE berkelajuan tinggi Renfe yang hanya memerlukan masa perjalanan selama 2 jam 30 minit. Seterusnya, anda boleh memilih untuk meneruskan perjalanan ke bandar di bahagian Selatan Seville dan kemudiannya ke Malaga di bahagian pantai Mediterranean. Banyak lagi perjalanan menarik yang menanti anda seperti Toledo, Cordoba, Granada, Valencia, Alicante dan lain-lain.

Renfe Spain Pass ini adalah sah bagi keseluruhan rangkaian perjalanan kereta api harian di seluruh Sepanyol yang boleh membawa anda menerusi perjalanan kereta api yang jauh mahupun sederhana serta dengan menaiki rangkaian kereta api berkelajuan tinggi di Sepanyol. Di samping fleksibiliti perjalanan kereta api yang hebat ini, Renfe Spain Pass turut dikeluarkan sebagai e-tiket yang menjadikannya mesra pengguna dan juga mudah digunakan. Sebelum menaiki kereta api pilihan anda, anda hanya perlu menempah tempat duduk dan memastikan e-tiket Renfe Spain Pass serta pasport sentiasa bersama anda.

Renfe Spain Pass boleh didapati di http://www.ACPRail.com serta melalui rangkaian para pengedarnya yang luas di serata dunia. Bagi para pelancong dari Sepanyol yang mahu membeli tiket kereta api individu, ACP Rail turut menyediakan e-tiket untuk semua perjalanan kereta api domestik di Sepanyol.

ACP Rail International merupakan sebahagian daripada ACP Marketing serta peneraju dunia yang sudah mantap daripada segi pemasaran dan juga pengedaran produk ACP Rail International kepada ejen perjalanan, operator pelancongan serta para pengguna. ACP Rail International juga ialah pengedar BritRail global yang eksklusif serta mempunyai rakan kongsi kereta api utama lain seperti Eurail, DB, Trenitalia, SJ, NSB dan banyak lagi.

Sumber: ACP Rail International

Source: ACP Rail International
Keywords: Railroads and Intermodal Transportation Transportation New products/services