-- Syarikat rangkaian yang menerajui, ZyXEL Communications mengintegrasikan perisian AXESS.ACS Axiros bersama Sistem Pengurusan WLAN ZyXEL (ZWMS) dan juga berjaya daripada segi penggunaan WLAN yang meluas, lalu melanjutkan capaian Axiros ke dalam pasaran syarikat
MUNICH, 12 Februari 2014 /PRNewswire/ -- ZyXEL Communications, syarikat rangkaian bertaraf dunia telah mengintegrasikan produk utama Axiros iaitu perisian AXESS.ACS ke dalam penyelesaian LAN Wayarles perniagaannya, lalu menawarkan kemudahan pengurusan lanjutan untuk projek daripada segi penggunaan berskala besar. Kerjasama ini adalah penting memandangkan ia terus memajukan Axiros ke dalam perkhidmatan pengurusan rangkaian syarikat dan lebih khusus lagi, ke dalam arena Wi-Fi dalam sektor awam.
ZyXEL merupakan peneraju global daripada segi teknologi rangkaian jalur lebar. Portfolio syarikat ini meliputi pelbagai penyelesaian berwayar dan wayarles untuk para pelanggan yang terdiri daripada penyedia perkhidmatan telekomunikasi sehinggalah kepada pengguna yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan, sederhana mahu pun pengguna di rumah.
Crowley Wu, Naib Presiden Bersekutu bagi Unit Perniagaan Penyelesaian Rangkaian ZyXEL, berkata ZyXEL telah membuktikan kemampuannya sebagai penyedia penyelesaian yang dipandang tinggi, terutamanya melibatkan beberapa penggunaan WLAN dalam sektor pendidikan di seluruh negara baru-baru ini. "Landskap Wi-Fi sedang berkembang dengan pesat sekali. Selain itu, permintaan terhadap kemampuan generasi seterusnya juga semakin meningkat," kata Wu. "Kami memilih Axiros sebagai rakan kongsi teknologi kami berdasarkan pengalaman dan juga kebolehannya yang telah terbukti daripada segi penggunaan berskala besar. Ini merupakan faktor utama yang amat dititikberatkan oleh kami untuk memenuhi keperluan pengurusan bagi penggunaan WLAN yang meluas."
Ketua Pegawai Eksekutif Axiros, Kurt Peterhans pula berkata, "ZyXEL telah diiktiraf di serata dunia sebagai peneraju teknologi. Sokongan mereka terhadap penyelesaian AXESS.ACS pula adalah penting terutamanya bagi memperluas jejak kami dalam arena syarikat. Kami berharap dapat melanjutkan kerjasama kami berikutan kecemerlangan inisiatif ini."
Platform AXESS.ACS memanfaatkan protokol TR-069 dan turut memastikan perkhidmatan ini dapat digunakan dengan lancar serta boleh dikendalikan merentasi pelbagai vendor. AXESS.ACS juga merupakan sistem pengurusan peranti pelanggan yang menerajui sejak digunakan serta produktif di lebih 35 peratus daripada 50 pengendali dan juga pembawa terkenal di Eropah. Pulangan pelaburan pula adalah tinggi memandangkan ia mampu berintegrasi dengan pantas berserta kitaran pelepasan yang sangat pendek untuk pengenalan produk baharu.
ZyXEL percaya ini bakal merupakan kunci kejayaan utama bagi memperkukuh kedudukan produk ini dalam Titik Capaian WLAN berskala besar serta penggunaan pengawal. Fungsi teras AXESS.ACS termasuklah:
Sistem Pengurusan WLAN ZyXEL (ZWMS) juga merangkumi kesemua fungsi pengurusan (standard) berserta fungsi lanjutan menurut mandat yang telah diberikan oleh Forum Jalur Lebar.