omniture

AM General Mengumumkan Kemunculan Perdana Dunia untuk Kenderaan DRGN M-1165 2.0 Pemanduan Kanan di Pameran Udara Singapura

AM General
2014-02-12 08:31 136

-- Perniagaan Perkhidmatan Global yang Memenangi Anugerah juga Dipertunjukkan

SINGAPURA, 12 Februari 2014 /PRNewswire/ -- AM General, peneraju global daripada segi reka bentuk, penghasilan dan sokongan kenderaan tentera taktikal ringan, bakal memperkenalkan Kenderaan Rangkaian Peninjauan Darat Boleh Letak Atur (DRGN-V) M-1165 2.0 Pemanduan Kanan, yang direka khusus untuk angkatan letak atur pantas antarabangsa, pengawasan sempadan, misi peninjauan dan juga tahanan kerja, di Pameran Udara Singapura, Pusat Pameran Changi 11 – 16 Februari 2014, tapak pameran Q95 di Pavilion A.S.

Syarikat itu juga bakal mempamerkan Operasi Logistik dan Barang Ganti Perkhidmatannya yang memenangi anugerah serta melibatkan diri dalam pengurusan rantaian bekalan seluruh dunia dan juga sokongan khidmat lapangan, latihan peniaga dan juruteknik, latihan pemandu lanjutan serta khidmat sokongan jaminan.

"Pameran Udara Singapura ialah tempat yang luar biasa bagi AM General untuk memperkenalkan kenderaan DRGN M-1165 2.0 mereka yang baharu dan turut mempamerkan rangkaian produk dan perkhidmatan inovatif syarikat itu yang berkepelbagaian tinggi," kata Naib Presiden AM General, Pembangunan Perniagaan Antarabangsa, Scott Thompson. "Sambil kami terus memperluas dan juga memantapkan perkongsian kami di rantau ini, kami akan menggunakan peluang ini untuk melibatkan pelanggan semasa serta pelanggan berpotensi, memberi perhatian kepada keperluan tersendiri mereka di samping menawarkan penyelesaian mobiliti yang paling inovatif dan berpatutan yang ada pada masa ini bagi memenuhi permintaan mereka itu."

DRGN-V M-1165 2.0 Pemanduan Kanan

DRGN –V yang ringan, pantas dan juga mudah dikendalikan menggunakan kepakaran dan pengalaman AM General selama lebih 50 tahun untuk mereka bentuk, membangunkan dan turut menghasilkan Kenderaan Taktikal Ringan (LVP)... dengan mengambil iktibar daripada pengalaman di medan tempur serta industri automotif komersil, lalu menyediakannya dalam pakej LTV yang hebat.

Dengan menggunakan teknologi perintis untuk prestasi dan juga fleksibiliti misi yang lebih bagus, penyelesaian DRGN M-1165 2.0 AM General yang inovatif menunjukkan kuasa serta mobiliti yang tiada tandingan. Dengan sifatnya yang begitu ringan dan hanya selebar 2.0 meter, kenderaan itu direka khusus untuk diletak atur dengan pantas dari dalam helikopter kargo, lalu dipandu menerusi persekitaran bandar yang sempit, hutan belantara serta di gurun. DRGN ialah platform yang sangat fleksibel dan boleh dikonfigurasi dengan pantas bagi memenuhi berbilang keperluan misi yang berbeza-beza. Ia mempunyai kesamaan bahagian ganti sebanyak kira-kira 70 peratus dengan keluarga kenderaan HMMWV semasa, yang mengurangkan perbelanjaan secara signifikan untuk barang gantian, penyelenggaraan serta latihan terutamanya ketika belanjawan pertahanan semakin mendapat tekanan di seluruh dunia pada masa kini.

Bagi memenuhi keperluan antarabangsa yang semakin meningkat untuk LTV syarikat itu yang terkenal seluruh dunia, AM General telah memperkenalkan pilihan kenderaan Pemanduan Kanan (RHD) untuk tawaran produknya. Kenderaan RHD direka bentuk semula untuk lebih 70 negara yang kenderaan dipandu di sebelah kiri jalan. Ini merupakan salah satu daripada tiga model LTV tumpuan antarabangsa yang kini ditawarkan oleh syarikat itu bagi memperluas tapaknya agar melebihi 60 negara asing yang kini sudah pun menggunakan HMMWV standard dalam angkatan keselamatan mereka. Dibangunkan oleh pasukan reka bentuk serta kejuruteraan AM General, kenderaan RHD ini membawakan bersama prestasi, mobiliti, keandalan dan kualitinya yang tiada tolok bandingnya seperti apa yang membuatkan keluarga kenderaan HMMWV begitu terkenal di serata dunia. Proses Penyepaduan Model Kematangan Kemampuan Ketat (CMMI) sepanjang pembangunannya menghasilkan kenderaan taktikal ringan pemanduan kanan yang terbaik yang ada di pasaran hari ini.

"Pasaran utama AM General untuk kenderaan Pemanduan Kanan terdapat di Asia Tenggara, India serta Afrika. Kami juga telah mendapat tahu New Zealand ada menunjukkan minat," kata Thompson. "Kami rasa satu hari nanti kenderaan Pemanduan Kanan akan mewakili kira-kira 30-40 peratus daripada jualan kami dalam pasaran antarabangsa."

Sewaktu Pameran Udara itu, wakil AM General turut akan berada di sana bagi membincangkan pengurusan rantaian bekalan seluruh dunia yang memenangi anugerah di samping sokongan khidmat lapangan, latihan peniaga dan juruteknik, latihan pemandu lanjutan dan juga sokongan jaminan. Pada tahun lepas, AM General telah menghantar lebih 4.7 juta bahagian gantian jaluran butiran diperakui ke seluruh dunia untuk angkatan HMMWV di 21 negara selain angkatan bersenjata A.S. Syarikat itu juga menyediakan pengajaran khusus kepada lebih 3,200 pelajar antarabangsa dari 12 negara dan juga telah meletakkan wakil perkhidmatan lapangannya di 23 negara.

AM General mereka bentuk, membina, mengeluarkan, membekal dan turut menyokong kenderaan khusus untuk pelanggan komersil dan tentera. AM General mempunyai pengalaman selama lebih lima dekad dalam memenuhi keperluan industri pertahanan dan automotif yang berubah-ubah, disokong oleh kakitangannya di fasiliti utama di Indiana, Michigan, dan Ohio, serta tapak pengeluar yang mantap di serata 43 negeri.

Maklumat Perhubungan Media:
Jeff Adams, +1-703-347-2276; e-mel: jeff.adams@amgeneral.com

Bagi maklumat tambahan, lawati laman web kami: http://www.amgeneral.com

Source: AM General
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Transportation Trucking and Road Transportation New products/services Trade show news