omniture

GSMA Mengumumkan Butiran Awal Ekspo Asia Mudah Alih 2014

GSMA
2014-02-13 16:00 141

- Lebih 24,000 Pengunjung Dijangka Menghadiri Ekspo Asia Mudah Alih Edisi 2014

LONDON, 13 Februari 2014 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini menggariskan butiran awal Ekspo Asia Mudah Alih GSMA 2014 akan datang, yang akan diadakan pada 11 hingga 13 Jun di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai (SNIEC) di Shanghai. Ekspo Asia Mudah Alih ini bakal menganjurkan program persidangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif dan juga eksekutif kanan daripada syarikat yang menerajui di Asia dan seluruh dunia; suatu pameran menyeluruh yang mempertunjukkan produk dan perkhidmatan mudah alih inovatif; rangkaian program tumpuan yang khusus; program kerajaan serta kawal selia; dan banyak lagi seminar, mesyuarat, dan juga program pendidikan.

"Kami tidak sabar-sabar lagi untuk kembali ke Shanghai bagi Ekspo Asia Mudah Alih kami yang ketiga," kata Michael O'Hara, Ketua Pegawai Pemasaran GSMA. "Ekspo Asia Mudah Alih 2014 dijangka dapat menarik kehadiran lebih 24,000 pengunjung dan juga menjanjikan acara yang lebih meriah dan bagus, dengan pelbagai program serta pengalaman baharu baik untuk pengunjung perniagaan mahupun pengunjung pengguna."

Mempamerkan Inovasi di Shanghai
Huawei ialah Penaja Acara Emas untuk Ekspo Asia Mudah Alih 2014 dan juga akan menjadi pempamer semasa acara itu berlangsung. Syarikat lain yang turut menyertai termasuklah Alcatel-Lucent Shanghai Bell, AT&T, Canonical/Ubuntu, Chunghwa Telecom, DaTang Telecom, Emporia, Gemalto, NTT DOCOMO, Ruckus Wireless, Shanghai Feixun Communications, Visa dan ZTE, antara lainnya. Pameran itu juga akan mempunyai ruang pameran tumpuan seperti Pavilion NFC, Pavilion Inovasi, Zon Permainan, Zon mEducation dan mLearning, Zon Bantuan Bencana dan lain-lain. Bagi maklumat lanjut, lawati www.mobileasiaexpo.com/expo/

Berikutan kemunculan pertamanya yang berjaya semasa Ekspo Asia Mudah Alih pada tahun 2013, Bandar Terhubung GSMA yang begitu popular akan kembali ke Shanghai pada tahun 2014. Bandar Terhubung membolehkan para pengunjung merasai persekitaran bandar dunia sebenar dengan produk serta perkhidmatan terhubung mudah alih yang boleh memperbaiki kehidupan seharian orang ramai merentasi aplikasi automotif, pendidikan, kesihatan, kediaman, peruncitan dan lain-lain. Bagi maklumat lanjut, lawati www.mobileasiaexpo.com/connected-city/.

Pameran Ekspo Asia Mudah Alih sekali lagi akan menganjurkan Makmal Inovasi dan Makmal App, lalu menyediakan platform untuk syarikat yang telah mantap serta syarikat yang baru berjinak-jinak dalam arena ini untuk mempamerkan produk, teknologi, perkhidmatan dan juga strategi mereka bagi menangani keperluan ekosistem mudah alih. FingerQ ialah Penaja Platinum untuk Makmal Inovasi Satu manakala syarikat yang buat masa kini dijadualkan untuk mengadakan sesi Makmal Inovasi termasuklah Canonical dan juga IXIA. Bagi maklumat lanjut, lawati www.mobileasiaexpo.com/innovation-labs/.

Forum Mudah Alih 2014 
Program persidangan Forum Mudah Alih 2014 menawarkan campuran menarik yang terdiri daripada ucapan dasar berwawasan dan sesi kemunculan gempar yang menyampaikan maklumat mendalam tentang arah aliran semasa dan masa hadapan yang memberi impak terhadap industri mudah alih yang sentiasa berubah-ubah. Sesi ucapan dasar dalam Forum Mudah Alih bakal memberi tumpuan terhadap topik seperti strategi pengendali mudah alih, peluang jalur lebar mudah alih dan juga gaya hidup digital. Sesi kemunculan gempar akan menyampaikan isi kandungan terperinci dalam perkara seperti bandar pintar, NFC, peruncitan dan perdagangan, pembayaran mudah alih, identiti dan juga privasi, penyumberan luar, media serta peranti, antara lainnya.

Panggilan Kertas Persidangan untuk Forum Mudah Alih itu akan dibuka sehingga hari Jumaat, 28 Mac. Bagi maklumat lanjut tentang Forum Mudah Alih ini, termasuk Panggilan Kertas Persidangan, sila lawati www.mobileasiaexpo.com/mobile-forum/.

Ekspo Asia Mudah Alih juga bakal menganjurkan beberapa mesyuarat dan seminar lain. Sidang Kemuncak Kehidupan Terhubung Asia bakal kembali ke Ekspo Asia Mudah Alih dan akan diadakan mulai 10 hingga 11 Jun. GSMA juga bakal melancarkan dua program baharu: Sidang Kemuncak Perdagangan Digital yang bakal berlangsung pada 10 Jun, serta Bengkel Inovasi yang dijadualkan berlangsung pada 12 Jun.

Forum Polisi Awam GSMA
Melihatkan kepentingan polisi kerajaan yang kukuh kepada ekosistem mudah alih serta impak Asia Pasifik pada skala global, GSMA bakal menganjurkan Forum Polisi Awam tahunannya yang ketiga di Ekspo Asia Mudah Alih, lalu membawakan bersama pihak berkepentingan utama daripada kementerian telekomunikasi dan pihak berkuasa kawal selia, pengendali mudah alih serta pengeluar perindustrian. Dengan bertemakan "Mencapai Matlamat Utama melalui Tindakan Sejajar", Forum tahun 2014 ini bakal meneliti manfaat besar yang boleh dinikmati oleh masyarakat yang boleh dicapai melalui penyelarasan berbilang pihak berkepentingan dalam penyampaian peranti dan perkhidmatan terhubung baharu merentasi rantau Asia Pasifik.

Libatkan diri dalam Ekspo Asia Mudah Alih 2014
Bagi maklumat lanjut tentang Ekspo Asia Mudah Alih 2014 termasuk cara untuk menyertai, mempamer atau menaja, lawati www.mobileasiaexpo.com. Ikuti perkembangan dan kemas kini tentang Ekspo Asia Mudah Alih (#MAE14) melalui Twitter @GSMA, melalui Facebook www.facebook.com/mobileasiaexpo atau melalui Sina Weibo http://weibo.com/maexpo.

Latar Belakang GSMA
GSMA mewakili kepentingan para pengendali mudah alih seluruh dunia. Merentasi lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih dunia dengan 250 syarikat dalam ekosistem mudah alih lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit dan peranti, syarikat perisian, penyedia peralatan dan juga syarikat Internet, serta organisasi dalam sektor perindustrian seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan kemudahan awam. GSMA turut menganjurkan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.

Bagi maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com. Ikuti GSMA melalui Twitter: @GSMA.

Source: GSMA
Keywords: Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news