omniture

Penumpang Asia mempengaruhi sektor penerbangan ekonomi jarak jauh

Airbus
2014-02-13 22:04 202

SINGAPURA, 13 Februari 2014 /PRNewswire/ --

Penyelidikan baru menunjukkan keselesaan faktor terpenting bagi penumpang Asia.

Airbus mengumumkan penyelidikan terbaru yang menyorot pentingnya keselesaan dalam kabin bagi penumpang kelas ekonomi di Asia hari ini. Kajian ini yang bertajuk 'The Future of Comfort: Asia' dijalankan oleh Future Laboratory, sebuah institusi perundingan masa depan global, berjaya memberi perspektif baru tentang permintaan penumpang-penumpang dari negara-negara Asia yang lain yang amat mempengaruhi tawaran industri penerbangan.

Mengikut laporan kajian, 45% daripada penumpang penerbangan di seluruh dunia akan terdiri daripada penduduk Asia menjelang tahun 2032. Ini bermaksud segmen pelanggan ini semakin dominan dalam abad ke-21, dan akan menentukan bentuk tawaran kelas ekonomi masa depan.

Menurut laporan kajian, kebangkitan media sosial dan perkongsian informasi melalui internet telah melahirkan dua kategori pelancong Asia utama yang arif tentang perkhidmatan yang ditawarkan dan mereka seakan-akan sebulat suara menuntut tahap keselesaan yang lebih tinggi:

  • Penumpang Berada yang Baru ('New Emerging Affluent Travellers') yang baru dalam kerjaya mereka, berusia antara 18 dan 34 tahun, tetapi amat berpengetahuan tentang perkhidmatan yang ditawarkan dan mudah untuk dipengaruhi dengan penawaran nilai-nilai tambahan.
  • Penumpang Kerap yang Berpendapatan Tinggi ('High Income Frequent Travellers') merupakan penumpang yang mempunyai pengalaman penerbangan yang luas, stabil dalam kerjaya mereka dan. memberi keutamaan kepada faktor masa dan keselesaan. Bagi mereka, kelebaran tempat duduk merupakan faktor utama yang dikaitkan dengan keselesaan.

Walaupun terdapat sedikit perbezaan dalam jangkaan mereka terhadap keselesaan, kedua-dua kategori penumpang tersebut bersetuju terhadap beberapa faktor:

  • Tidur dan rehat dengan selesa meningkatkan produktiviti. Khususnya di Asia, di mana pasaran-pasaran baru telah membuka banyak peluang perniagaan, 70 peratus daripada pelancong kelas ekonomi menerbang untuk tujuan perniagaan (peratusan tertinggi di dunia*). Penumpang Asia berpendapat bahawa berehat semasa menerbang dapat meningkatkan tahap produktiviti sewaktu bekerja dalam pesawat. Ini berbeza dengan pandangan orang barat yang menganggap masa penerbangan peluang untuk menyiapkan kerja. Responden kajian berpendapat bahawa penerbangan yang produktif membolehkan mereka rehat (78%), tidur (58%) dan kemudian bekerja (56%) - dalam tertib itu.
  • Orang Asia sanggup membayar lebih untuk ruang duduk yang lebih luas demi keselesaan dan ketenangan semasa penerbangan. Sekumpulan besar pengguna Asia (58%) beranggapan bahawa kerusi merupakan faktor utama yang memberi nikmat keselesaan. 60% menyatakan bahawa kerusi yang lebih luas merupakan keperluan utama untuk meningkatkan tahap keselesaan dan 42% sudi membayar lebih untuk kemudahan itu. Kerusi yang lebih luas dikaitkan dengan peningkatan produktiviti (53%) diikuti dengan ruang kaki yang lebih luas (48%), tempat duduk yang boleh dilaras (43%), zon senyap (42%), dan ruang lengan yang lebih luas (37%).
  • Mutu Perkhidmatan mempengaruhi penumpang kelas ekonomi dari negara-negara Asia untuk memilih syarikat penerbangan. Perkhidmatan dalam kabin yang lebih baik merupakan faktor utama yang mempengaruhi keputusan mereka untuk memilih syarikat penerbangan yang tertentu.

Kajian itu turut mengenal pasti tiga trend makro untuk keselesaan yang dituntut oleh pelanggan Asia:

  • Kemudahan sentiasa ada dalam kabin - Sejumlah besar penumpang Asia inginkan talian Wifi dalam kabin dengan kemudahan telefon dan konferens online. Dalam dunia perniagaan, komunikasi dan akses kepada informasi merupakan pra-syarat untuk transaksi perniagaan 24 jam sehari.
  • Teknologi 3D - Dengan mencipta nama dalam arena hiburan dan perniagaan, teknologi 3D kini menyerlahkan lagi pengalaman menonton filem dan membeli-belah dalam penerbangan. Airbus melengkapkan pesawat barunya dengan peralatan canggih yang mengintegrasikan sistem hiburan dalam penerbangan (IFE) generasi keempat dengan TV 3D.
  • Keselesaaan dalam kabin – Penumpang Asia bersetuju bahawa kesejahteraan diri sewaktu menerbang membantu mereka untuk berehat dan menenangkan fikiran, dan ini dilihat mereka sebagai kunci produktiviti. Airbus ingin meningkatkan kesejahteraan diri penumpang dengan menumpukan kualiti udara, kesenyapan, suasana pencahayaan dan ruang duduk dalam kabin.

Kevin Keniston, Ketua Bahagian Keselesaan Penumpang Airbus berkata, "Pendapat penumpang Asia ini dengan pantasnya akan menjadi suara dominan yang menentukan masa depan industri penerbangan untuk menceriakan pengalaman penerbangan masa depan. Hasil penyelidikan terbaru ini jelas menunjukkan faktor keselesaan paling diutamakan oleh pelanggan jarak jauh di Asia. Melalui kajian seperti ini, Airbus memberi syarikat penerbangan peluang untuk bertindak kepada permintaan pasaran sekarang. Reka bentuk unik pesawat kami mengutamakan keselesaan tanpa kompromi, dan pada masa yang sama menawarkan ekonomi bahan api yang paling cekap."

Martin Raymond, salah seorang pengasas The Future Laboratory turut memberi pandangannya, "Kajian kami mendedahkan keperluan sebenar penumpang merentasi lapan pasaran utama di Asia, dan bersama itu, penentu budaya dan tingkah laku yang unik berkaitan dengan konsep keselesaan. Jelas kategori utama penumpang baru di Asia meletakkan keselesaan sebagai faktor terpenting dalam menentukan syarikat penerbangan yang dilanggani mereka."

*** Untuk salinan laporan kajian 'The Future of Comfort: Asia' atau maklumat lanjut mengenainya, sila layari www.airbus.com ***

SUMBER  Airbus

Source: Airbus
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Transportation Travel Survey, Polls & Research