omniture

Tiger Woods Dan All Custom Focus Global Imports (ACF) Bekerjasama Untuk Gelang Tangan Direka Khusus

All Custom Focus Global Imports
2014-02-14 00:24 139

-- Sebahagian daripada Hasil Jualan akan Menyokong Usaha Yayasan Tiger Woods di Asia

JUPITER, Florida, 13 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Tiger Woods dan All Custom Focus Global Imports (ACF) mengumumkan pada hari Rabu tentang perjanjian pelesenan yang menghasilkan Gelang Tiger Woods. Sebahagian daripada hasil jualan gelang merah hitam rasmi itu, yang tertera pepatah motivasi oleh pemenang kejohanan utama sebanyak 14 kali itu, akan menyokong perluasan yang dirancang oleh Yayasan Tiger Woods bagi berkhidmat kepada golongan belia di Asia. Pesanan Woods pada gelang itu ialah "Hidup Untuk Mencapai Kecemerlangan".

"Ibu dan ayah saya ajar saya yang apa-apa sahaja mungkin terjadi dan juga untuk sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan," kata Woods. "Saya harap dengan menggayakan pesanan ini setiap hari, orang ramai akan diingatkan yang setiap seorang daripada kita boleh membentuk kehidupan orang lain serta kehidupan kita sendiri."

"Saya seronok kerana yayasan saya sedang diperluaskan ke Asia," Woods berkata lagi. "Kami begitu berjaya di AS, dan matlamat jangka panjang saya adalah untuk memperluaskan usaha kami ke Asia, tempat asal ibu saya."

"Kami teruja untuk memulakan hubungan kami dengan Tiger serta yayasan beliau," kata Raj Kumar, Presiden ACF. "Kami merancang agar gelang itu akan sedia untuk dijual mulai April 2014 oleh para pengedar dan juga peruncit. Kami jangka permintaan untuk gelang ini akan meningkat sepanjang tahun 2014 dan 2015 apabila ia akan sedia dijual di ribuan lokasi di Asia."



Latar belakang Yayasan Tiger Woods: Di Yayasan Tiger Woods, kami percaya setiap kanak-kanak layak mendapat peluang memasuki kolej. Program akses kolej kami yang direka bagi memecahkan kebiasaan lapuk jangkaan yang rendah, membantu golongan belia kurang bernasib baik dalam semua peringkat hidup akademik. Bagi pelajar dalam gred 5 hingga 12, Pusat Pembelajaran Tiger Woods menyediakan pengalaman amali dalam STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) digabungkan bersama bengkel persediaan kolej bagi mewujudkan persekitaran tersendiri yang ditumpukan terhadap kolej dan juga kerjaya. Program Biasiswa Earl Woods ialah rangkaian yang tiada tandingan kerana menyediakan kaunseling pendaftaran, biasiswa kolej, mentor berdedikasi, latihan industri khusus dan bengkel yang penting. Setelah menerima sokongan kami yang bersifat individu, pelajar muda kami yang bijak ini sedang berjaya mengikuti pelajaran di universiti berprestij seperti Georgetown, USC, UC Berkeley, UCLA dan juga Harvard. Bagi maklumat lanjut tentang program kami, sila lawati tigerwoodsfoundation.org // @TWFoundation.

Latar belakang ACF: Di ACF, kami berbesar hati dapat mempunyai lesen bersama Tiger Woods dan kami berkongsi matlamat kedermawanan beliau bagi memperluaskan usaha Yayasan Tiger Woods ke dalam Asia. Disebabkan kepercayaan kami yang sejajar, rangkaian yang menyeluruh dan juga asal usul yang mendalam di Asia dan seluruh dunia, perkongsian ini mewujudkan peluang yang hebat untuk ACF bagi membantu Yayasan ini di Asia. ACF telah mengeluarkan produk selama lebih 25 tahun dengan 11 kemudahan di China, India, United Kingdom, Negara Thai serta Amerika. Syarikat kami mengeluarkan lebih 14 juta unit setiap tahun untuk pelanggan termasuk Samsung, Coca Cola, Pepsi, Budweiser, Red Bull, Miller, NBA, NFL, NHL, Caesars Palace dan Tao. Ibu pejabat Sedunia All Custom Focus Global Imports LLC terletak di 20750 Ventura Blvd,
Woodland Hills, CA 91364. Bagi maklumat lanjut tentang ACF, sila lawati acfglobalusa.com.

Source: All Custom Focus Global Imports
Keywords: Education Higher Education Sports Licensing/marketing agreements New products/services Not for profit