CHELMSFORD, Massachusetts, 14 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Datawatch Corporation (NASDAQ-CM: DWCH), penyedia penyelesaian penemuan data visual yang menerajui pada peringkat global, hari ini mengumumkan penentuan harga tawaran awam yang ditaja jamin bagi 1,755,000 saham biasa miliknya pada nilai $28.50 bagi setiap saham. Datawatch turut memberikan pilihan selama 30 hari kepada para penaja jamin untuk membeli sehingga 263,250 saham tambahan bagi menampung peruntukan lebihan, jika ada. Datawatch juga berhasrat untuk menggunakan hasil bersih daripada tawaran tersebut bagi pembangunan produk, pengkomersilan produk, modal kerja dan tujuan korporat am yang lain, termasuk pembayaran balik hutang yang tertunggak. Tawaran ini dijangka akan ditutup pada 19 Februari 2014, tertakluk kepada syarat penutupan yang lazim.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121015/NE92833LOGO)
Canaccord Genuity Inc. dan juga William Blair & Company, L.L.C. bertindak sebagai pengurus penaja jaminan bersama bagi penawaran tersebut. Cowen and Company, LLC serta Craig-Hallum Capital Group LLC pula bertindak sebagai pengurus bersama bagi penawaran tersebut.
Tawaran awam bagi saham biasa ini hanya akan dibuat selaras dengan prospektus dan tambahan prospektus menurut kenyataan pendaftaran simpanan yang berkuat kuasa oleh Datawatch yang difailkan bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa ("SEC"). Salinan bagi tambahan prospektus dan juga prospektus yang disertakan berhubung dengan tawaran tersebut boleh diperoleh daripada pejabat Canaccord Genuity Inc., Untuk perhatian: Syndicate Department, 99 High Street, Tingkat 12, Boston, MA 02110, menerusi talian (617) 371-3900; atau daripada William Blair & Company, L.L.C., 222 W. Adams Street, Chicago, IL 60606, menerusi talian (800) 621-0687. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan dokumen ini dengan mengunjungi EDGAR melalui laman web SEC di www.sec.gov.
Siaran akhbar ini tidak mengandungi tawaran untuk menjual, atau cubaan untuk mendapatkan tawaran untuk membeli, sekuriti ini, dan tidak akan melibatkan apa-apa jualan sekuriti ini, di mana-mana negeri atau dalam bidang kuasa lain yang tidak membenarkan tawaran, jualan atau usaha mendapatkan jualan yang serupa.
LATAR BELAKANG DATAWATCH CORPORATION
Datawatch Corporation (NASDAQ-CM: DWCH) menyediakan perisian penemuan data visual yang membantu keputusan yang lebih jelas dibuat menerusi aplikasi analisis generasi seterusnya. Perisian Datawatch ini mampu memperkasa individu, unit perniagaan serta syarikat secara keseluruhannya untuk mengakses dan turut menggambarkan pelbagai jenis data, tanpa mengira sumber dan format data itu, serta menjana pandangan pengendalian dan strategik masa sebenar daripada Data Besarnya. Datawatch beribu pejabat di Chelmsford, Massachusetts dan turut mempunyai pejabat di sekitar New York, London, Munich, Stockholm, Singapura, Sydney dan Manila, serta mempunyai rakan kongsi dan juga pelanggan di lebih 100 negara di serata dunia.
Maklumat Pandangan Ke Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi beberapa "kenyataan pandangan ke hadapan" dalam erti kata yang menurut Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, termasuk kenyataan berhubung jangkaan Datawatch tentang penyempurnaan tawaran awam. Kenyataan ini adalah berdasarkan jangkaan semasa oleh pihak pengurusan dan sewajarnya adalah tertakluk kepada ketidakpastian serta sebarang perubahan keadaan. Keputusan sebenar dan juga masa peristiwa mungkin benar-benar berbeza berbanding yang dinyatakan atau dibayangkan oleh kenyataan pandangan ke hadapan disebabkan oleh pelbagai faktor penting termasuk serta tanpa dihadkan, risiko dan ketidakpastian yang berkaitan dengan perniagaan Datawatch di samping tertunainya syarat penutupan tawaran awam. Maklumat lanjut tentang faktor tersebut adalah dinyatakan dalam pemfailan Datawatch bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, termasuk laporan tahunan Datawatch pada Borang 10-K, laporan suku tahunan pada Borang 10-Q dan juga laporan semasa pada Borang 8-K. Datawatch tidak bertanggungjawab (dan dengan jelas menafikan apa-apa tanggungjawab) untuk mengemas kini atau meminda kenyataan pandangan ke hadapan sama ada berikutan daripada maklumat baharu, peristiwa pada masa hadapan atau sebaliknya.
Maklumat Perhubungan Pelabur:
Perhubungan Pelabur Datawatch
investor@datawatch.com
Telefon: (978) 441-2200 samb. 8323
Maklumat Perhubungan Media:
Sarah Bernardi
Datawatch Corporation
Sarah_Bernardi@datawatch.com
Telefon: (978) 441-2200 samb. 8387
Twitter: @datawatch
© 2014 Datawatch Corporation. Datawatch dan logo Datawatch merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Datawatch Corporation di Amerika Syarikat dan/atau negara lain. Semua nama lain ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar milik syarikat masing-masing.