Pada tahunnya yang ke-60, syarikat pengedaran berita yang menerajui dunia ini akan terus memperluaskan rangkaian yang tiada tandingannya di rantau ini
HONG KONG, 17 Februari 2014 /PRNewswire/ -- PR Newswire telah mengumumkan sehingga ke saat ini, syarikat ini telah mempunyai sejumlah 19,000 saluran media termasuk lebih 10,800 saluran media tradisional dan juga lebih 8,200 saluran media dalam talian di rantau Asia Pasifik. Saluran dalam talian ini merangkumi laman web gugusan, portal foto dan video, aplikasi serta laman mudah alih dan juga laman web rangkaian sosial yang kian menjadi sumber penting bagi mendapatkan maklumat untuk para pengguna, para pelabur dan masyarakat awam. Perluasan ini diteruskan bagi rangkaian pengedaran PR Newswire ini membolehkan syarikat yang memanfaatkannya untuk menyasarkan dan turut mendekati lebih ramai pihak berpengaruh serta saluran media.
(Logo: http://photos.prnasia.com/prnj/20140120/8521400310LOGO)
(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140211/8521400496 )
"Landskap media di Asia semakin berpecah sama seperti di rantau lain serata dunia. Di samping itu, platform media sosial serta saluran mudah alih pula kian berkembang. Bagi membolehkan penyampai korporat untuk mendekati khalayak yang berkepelbagaian, siaran akhbar merupakan alat yang paling berkesan untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat awam," kata Yujie Chen, Naib Presiden Kanan, Asia Pasifik. "Kami mementingkan kehendak para pelanggan untuk menyampaikan maklumat mereka kepada para wartawan, para pelabur, pihak berpengaruh serta para pengguna dengan memberi tumpuan terhadap landskap digital. Inilah perkara yang menyebabkan kami terus berkembang dan juga memperluaskan rangkaian khalayak kami."
Menyerlahkan Isi Kandungan dalam Lambakan Maklumat
Pasukan berdedikasi yang terdiri daripada lebih 20 pakar dalam bidang media untuk mengekalkan rangkaian PR Newswire di Asia Pasifik; mereka berjaya menambahkan lebih 1,700 saluran pengedaran tradisional serta dalam talian untuk rantau ini pada tahun 2013. Perkembangan ini telah berjaya dilakukan menerusi pertambahan yang signifikan daripada segi bilangan rakan kongsi dalam talian di Tanah Besar China, lalu menunjukkan syarikat ini terus memanfaatkan peningkatan yang mendadak iaitu saluran media baharu di negara dengan ekonomi kedua terbesar di dunia ini.
Di China, saluran tambahan utama termasuklah 21cn.com yang merupakan portal yang terkenal di Guangdong; iResearch iaitu laman web penyelidikan Internet yang terbesar di China; dan juga mycaijing.com.cn yang merupakan laman web kewangan yang terkenal dalam kalangan wartawan di China. Manakala di lokasi yang lain pula, saluran baru yang penting juga termasuklah Morningstar yang menerbitkan kandungan berita yang berkaitan dengan pelaburan daripada PR Newswire kepada lima laman web Asianya, lalu memperluas pencapaian kandungan PR Newswire dalam komuniti kewangan di rantau ini; The Borneo Post yang merupakan akhbar harian berbahasa Inggeris yang paling meluas di kepulauan Borneo, Malaysia Timur; dan juga The Jakarta Post yang merupakan salah satu daripada akhbar berbahasa Inggeris yang paling berpengaruh di Indonesia.
Selain itu, bagi menyerlahkan lagi siaran akhbar para pelanggannya di Tanah Besar China, PR Newswire telah memperkukuh hubungannya bersama laman web media dalam talian yang menerajui di China iaitu Sina.com dan juga Youku.com serta mendapatkan ruang yang lebih menyerlah untuk memaparkan kandungannya pada setiap laman web itu.
Pengedaran Media Sosial & Mudah Alih di Asia Pasifik
Bilangan negara di Asia dengan penggunaan Internet mudah alih yang jauh lebih tinggi berbanding negara lain di dunia kian meningkat. Khalayak ini semakin banyak memperoleh kandungan Internet terutamanya kandungan multimedia menerusi peranti mudah alih.
PR Newswire amat komited untuk menyampaikan kandungan teks dan juga multimedianya kepada khalayak mudah alih dan pihak berpengaruh di rantau ini, serta turut membuat pelaburan daripada segi kerjasama dengan pihak mudah alih yang utama. Pada tahun 2013, syarikat ini telah mendapat 18 rakan kongsi mudah alih baharu dari rantau Asia Pasifik, termasuk ChatOn, perkhidmatan mesej segera popular oleh Samsung dengan lebih 100 juta pengguna dari serata dunia di samping beberapa aplikasi berita mudah alih utama di China seperti Sohu Mobile News, 163 Reading, Sina Views, Baidu News dan Souyue Mobile.
Perluasan Berterusan bagi Pangkalan Data Wartawan
Pada tahun 2013, seramai 5,100 wartawan dan editor tambahan dari rantau Asia Pasifik telah didaftarkan bagi menerima kandungan sasaran daripada PR Newswire dengan pertambahan tertinggi dari Tanah Besar China. Syarikat ini kini mempunyai pangkalan data media dengan lebih 73,000 wartawan berdaftar daripada lebih 19,000 saluran media yang merangkumi 25 negara atau wilayah di Asia Pasifik.
Latar Belakang PR Newswire
PR Newswire (http://en.prnasia.com) merupakan penyedia platform multimedia yang unggul pada peringkat global yang membolehkan para pemasar, penyampai korporat, pegawai kelestarian, pegawai hal ehwal awam serta perhubungan pelabur untuk menggunakan kelebihan kandungan bagi mendekati semua khalayak utama mereka. Setelah mempelopori industri pengedaran berita komersil sejak 60 tahun lalu, PR Newswire kini menyediakan penyelesaian menyeluruh bagi menghasilkan, mengoptimumkan dan menyasarkan kandungan yang terdiri daripada media beraneka, video dalam talian dan juga multimedia. PR Newswire kemudiannya mengedarkan kandungan tersebut serta menilai hasil yang diperoleh menerusi saluran tradisional, digital, mudah alih dan juga sosial. Dengan menggabungkan rangkaian pengoptimuman dan pengedaran kandungan yang berbilang saluran serta berbilang budaya yang terbesar di dunia bersama platform dan alatan aliran kerja yang komprehensif, PR Newswire membolehkan syarikat dari seluruh dunia untuk memanfaatkan setiap peluang yang wujud. PR Newswire turut menyediakan perkhidmatan kepada puluhan ribu pelanggannya daripada pejabat di sekitar Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika serta rantau Asia Pasifik. PR Newswire juga merupakan syarikat UBM plc.
Maklumat Perhubungan Media:
Sarah Tam
PR Newswire
Pengarah Pemasaran Serantau
+852-2572-8228
sarah.tam@prnasia.com
SUMBER PR Newswire