omniture

Nokia MixRadio Bekerjasama dengan Anugerah BRIT 2014 Bantu Peminat Muzik Serata Dunia Mengenali Muzik British Terbaik

Nokia MixRadio
2014-02-17 15:00 107

LONDON, 17 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Nokia MixRadio, rakan dalam talian rasmi bagi Anugerah BRIT 2014 akan membantu para peminat muzik dari serata dunia untuk mengenali muzik British terbaik dengan menjadi hos untuk Dinding Sosial Anugerah BRIT yang dapat disaksikan secara langsung menerusi saluran YouTube buat julung kalinya.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140217/670897 )

Anugerah BRIT itu akan berlangsung pada hari Rabu, 19 Februari 2014 di The O2, London. Nokia MixRadio juga akan berkongsi acara bersejarah ini bersama para peminat dari serata dunia buat julung kalinya secara dalam talian dan secara langsung menerusi dinding sosial Anugerah BRIT. Dinding sosial ini dapat disertai secara langsung melalui laman web rasmi Anugerah BRIT dengan paparan tentang majlis muzik British yang paling meriah itu, berserta paparan belakang tabir yang eksklusif serta sambutan permaidani merah pada malam anugerah tersebut.

Bintang antarabangsa yang terkenal, Bruno Mars, pemenang bagi anugerah Artis Solo Lelaki Antarabangsa Terbaik 2012 serta artis lelaki AS dengan jualan album paling laris, akan membuat persembahan bersama Arctic Monkeys dan Katy Perry pada majlis anugerah tersebut yang dijangkakan menjadi suatu persembahan yang mengagumkan. Bruno telah berjaya menjual lebih 10 juta unit album beliau pada peringkat global di samping turut berjaya memecah beberapa rekod carta muzik.

Bagi memperkenalkan muzik British baharu, buat julung kalinya Rudimental dan Bastille akan turut membuat persembahan pada majlis Anugerah BRIT. Kedua-duanya telah berjaya meraih kejayaan pada tahun 2013 menerusi album pertama mereka yang berada di kedudukan No. 1 (Rudimental menerusi album 'Home', manakala Bastille dengan album 'Bad Blood'). Album 'Bad Blood' Bastille merupakan album pertama yang paling laris pada tahun ini. Pakar muzik Nokia MixRadio telah menghasilkan 12 adunan muzik bertema buat Anugerah BRIT yang dapat didengar menerusi peranti Nokia Lumia serta menerusi laman web http://www.mixrad.io/

Ketika bercakap sebelum majlis tersebut, Jyrki Rosenberg, Naib Presiden Nokia Entertainment berkata:

"Muzik British telah menjadi kegemaran di serata dunia selama berdekad-dekad lamanya. Maka, kami amat teruja untuk berkongsi muzik British terkini yang terbaik bersama para peminat muzik di seluruh dunia. Kami berharap dapat membantu para pendengar Nokia MixRadio di sekitar 5 benua untuk mengenali lebih banyak muzik British yang hebat menerusi perkongsian ini."

Perkongsian ini turut menyaksikan kerjasama antara Nokia MixRadio dengan Roc Nation dan Three Six Zero bagi menganjurkan majlis yang eksklusif dan hanya akan dihadiri oleh individu undangan khas, bertempat di restoran mewah Hakkasan.

Sumber: Nokia MixRadio

Source: Nokia MixRadio
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Music Joint ventures Licensing/marketing agreements