omniture

Suruhanjaya Diraja AlUla, Arab Saudi: HARI HARIMAU BINTANG ARAB DIADAKAN DI UK & AS UNTUK MEMBANTU MEMBINA SOKONGAN BAGI MENYELAMATKAN SPESIES YANG SANGAT TERANCAM

Royal Commission for AlUla
2023-02-10 15:00
  • Hari Harimau Bintang Arab 2023 ini ditampilkan oleh kempen antarabangsa di UK dan AS untuk meningkatkan kesedaran tentang spesies yang berisiko mengalami kepupusan
  • Tayangan pada papan iklan muncul di sepanjang malam di London dan New York bagi meningkatkan kesedaran tentang Hari Harimau Bintang Arab 2023
  • IUCU menilai Harimau Bintang Arab sebagai hidupan liar yang Sangat Terancam dalam hutan belantara, dengan kurang 200 ekor hidup bebas di hutan
  • Sinar harapan: empat ekor anak harimau bintang lahir di sebuah pusat pembiakan dalam tempoh 22 bulan yang lalu 

ALULA, Arab Saudi, 10 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Hari Harimau Bintang Arab tahunan kedua pada 10 Februari ini akan menampilkan komponen antarabangsa yang kukuh yang diserlahkan oleh sebuah kempen antarabangsa untuk menyebarkan kesedaran antarabangsa tentang kegawatan situasi spesies tersebut di UK, AS dan Arab Saudi.

Mulai hari ini, London akan menampilkan tayangan pada papan iklan di Piccadilly, High Street Kensington, Canary Wharf, Westfield London, Westfield Stratford City, Skyline - Westfield Stratford City, The Two Towers, Canary Wharf manakala warga New York akan melihat tayangan tersebut di NASDAQ – untuk menandakan Hari Harimau Bintang Arab.

Kempen ini diterajui oleh Suruhanjaya Diraja AlUla (RCU) yang membangunkan semula kawasan yang luas di barat laut Arab secara menyeluruh sebagai destinasi global yang terkemuka untuk warisan budaya dan alam semula jadi.

RCU dan rakan kongsi pemuliharaannya percaya bahawa dengan meningkatkan kesedaran global tentang Hari Harimau Bintang Arab yang jatuh pada 10 Februari, mereka boleh membina sokongan untuk tindakan bagi menyelamatkan spesies tersebut.

Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) menyenaraikan Harimau Bintang Arab sebagai hidupan liar yang Sangat Terancam dalam hutan belantara, iaitu satu tahap risiko yang lebih teruk daripada tahap Terdedah atau Terancam. Jika populasinya terus berkurang, peringkat seterusnya yang akan dicapai mengikut Senarai Merah Spesies Terancam IUCN adalah Pupus dalam Hutan Belantara dan diakhiri dengan Pupus.  

Dr. Stephen Browne, Pengarah Eksekutif Warisan Alam Semula Jadi & Hidupan Liar RCU berkata: "Harimau Bintang Arab merupakan simbol bagi matlamat kami yang kuat untuk memulihara dan melindungi persekitaran semula jadi AlUla. Malangnya, realiti sebenar yang menyedihkan bagi Harimau Bintang Arab ialah ia merupakan haiwan yang Sangat Terancam dengan ancaman yang berterusan terhadap habitat semula jadinya yang menekankan keperluan mendesak untuk meningkatkan usaha pemuliharaan yang begitu penting kepada kelangsungan hidup jangka panjang spesies tersebut. Ia adalah komitmen berterusan kami untuk menandakan Hari Harimau Bintang Arab dan terlibat dengan aktiviti untuk meningkatkan kesedaran dan membantu melindungi kucing-kucing besar yang hebat ini."

Untuk bersiap sedia bagi kembalinya Harimau Bintang Arab ke hutan belantara, RCU telah melepaskan spesies asal haiwan mangsa ke dalam rizab alam semula jadi yang luas, sekali gus meningkatkan usaha untuk mengesan dan melindungi harimau bintang liar dan menghidupkan semula kawasan semula jadi yang diuruskan oleh pasukan pakar terlatih yang diterajui RCU dengan matlamat untuk memulihkan keseimbangan yang hilang dan juga penting kepada ekosistem AlUla yang kompleks. Kepulangan spesies Harimau Bintang Arab tersebut akan menjadi penentu akhir bagi situasi yang sensitif dan rumit ini. 

Dan terdapat beberapa usaha yang berjaya dicapai di sepanjang perjalanan ini: Program Pembiakan Harimau Bintang Arab RCU telah menyambut kelahiran empat ekor anak harimau yang sihat sejak April 2021, yang merupakan satu kejayaan besar dan menjadi usaha awal kepada matlamat untuk meningkatkan populasinya dalam kurungan. Penamaan anak harimau yang dilahirkan pada tahun 2022 sebagai Amal – yang bermaksud 'harapan' dalam bahasa Arab – melambangkan harapan yang semakin meningkat untuk melindungi masa depan spesies ini. Untuk maklumat lanjut tentang hari tersebut, sila layari https://www.rcu.gov.sa/en/ArabianLeopard 

Nota untuk editor:

Ia sentiasa dieja sebagai AlUla / bukan Al-Ula

Tentang Suruhanjaya Diraja AlUla 

Suruhanjaya Diraja AlUla (RCU) ditubuhkan oleh dekri diraja pada bulan Julai 2017 untuk memelihara dan membangunkan AlUla, sebuah wilayah yang mempunyai alam semula jadi yang luar biasa dan budaya yang signifikan di barat laut Arab Saudi. Pelan jangka panjang RCU menggariskan pendekatan yang bertanggungjawab, lestari dan sensitif terhadap pembangunan bandar dan ekonomi yang mengekalkan warisan semula jadi dan bersejarah di kawasan ini di samping menjadikan AlUla sebagai sebuah lokasi yang menarik untuk didiami, bekerja dan dilawati. Ini mencakupi pelbagai inisiatif termasuk arkeologi, pelancongan, kebudayaan, pendidikan dan kesenian yang mencerminkan komitmen untuk memenuhi kepelbagaian ekonomi, pemerkasaan komuniti tempatan dan keutamaan pemeliharaan warisan daripada program Wawasan 2030 Kerajaan Arab Saudi.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1997530/Arabian_Leopards_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1997531/Arabian_Leopards_2.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1997534/Arabian_Leopards_3.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1997535/Arabian_Leopards_4.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1997539/Arabian_Leopards_5.jpg?p=medium600
Video - https://mma.prnasia.com/media2/1997510/Arabian_Leopard_Day_Video_EN.mp4

Arabian Leopards are seen at the Royal Commission for AlUla's Arabian Leopard Breeding Centre in Taif, Saudi Arabia. Four cubs have been born at the breeding centre within the past two years. Iain Stewart / RCU

Arabian Leopards are seen at the Royal Commission for AlUla's Arabian Leopard Breeding Centre in Taif, Saudi Arabia. Four cubs have been born at the breeding centre within the past two years. David Chancellor / RCU

Source: Royal Commission for AlUla
Keywords: Art Travel Animal Welfare