omniture

Produk Baharu Tianlong Panall 8000 Menyerlah di Medlab Middle East 2023

Xi'an TianLong Science and Technology Co., Ltd
2023-02-13 08:44 44

XI'AN, China, 13 Februari 2023  /PRNewswire/ -- Medlab Middle East 2023, pameran perubatan makmal yang terkemuka di wilayah Timur Tengah, diperkenalkan di Dubai World Trade Center mulai 6 hingga 9 Februari.

Sebagai acara pertama Tianlong bagi tahun 2023, kami bersiap sedia sepenuhnya dan teruja untuk mengalu-alukan tetamu dari seluruh dunia dan membincangkan inovasi yang terkini dalam industri IVD.

Tianlong at Medlab
Tianlong at Medlab

Tianlong memperkenalkan kepada khalayak dengan penyelesaian makmal PCR inovatif kami, meliputi pengekstrak asid nukleik, sistem PCR waktu-sebenar, sistem pemprosesan sampel, sistem pengendalian cecair dan reagen yang serasi. Produk-produk utama daripada Tianlong mendapat pengiktirafan daripada rakan-rakan kongsi baharu dan lama atas prestasinya yang cemerlang dan kualiti yang stabil.

Kali ini, kami turut melancarkan produk baharu kami Sistem Diagnosis Molekular Semua-dalam-satu Panall 8000 dan menonjolkannya di persada antarabangsa. Produk baharu ini telah menggamit perhatian daripada sejumlah besar pelanggan untuk berhenti dan melihat.

Tianlong Panall 8000 debuted
Tianlong Panall 8000 debuted

Penggalak makmal baharu, Tianlong Panall 8000 ialah sistem diagnosis molekular yang ringkas dan selamat yang mengintegrasikan fungsi-fungsi membuka penutup/menutup tiub sampel, pemuatan sampel, pengekstrakan asid nukleik, persediaan PCR, pengesanan PCR dan analisis keputusan yang dapat merealisasikan sampel sebenar dalam proses pengesanan keluar keputusan dan membawa kemudahan yang besar kepada golongan profesional dengan operasi satu-kekunci sahaja.

Faedah-faedah:

  • Sampel dalam sistem keluar keputusan
  • Operasi satu kekunci dan aliran kerja 'walkaway'
  • Sistem tertutup meminimumkan kontaminasi
  • 8 sampel boleh diuji secara serentak

Ia merupakan satu perhimpunan yang hebat di Dubai. Terima kasih kepada semua rakan, rakan kongsi dan rakan sekerja kami kerana menjadikan Medlab Middle East 2023 sebagai satu kejayaan besar.

Tianlong akan sentiasa cemerlang untuk menghasilkan produk cemerlang dan terima kasih kerana memilih Tianlong. Kami akan sentiasa memaklumkan kepada anda tentang acara terkini kami dan berharap dapat lebih banyak berinteraksi dengan anda pada masa akan datang.

Latar Belakang Tianlong

Tianlong ialah sebuah syarikat teknologi-tinggi inovatif yang mengkhusus dalam produk diagnostik molekular di China. Sejak penubuhannya pada tahun 1997, Tianlong menumpukan perhatian untuk menyediakan penyelesaian makmal PCR bersepadu untuk golongan profesional di seluruh dunia. Kami memiliki rangkaian produk yang luas bermula daripada peranti hingga reagen, termasuk pengekstrak asid nukleik, sistem PCR Waktu-sebenar, sistem diagnosis molekular Semua-dalam-satu, sistem pemprosesan sampel, sistem pengendalian cecair dan 300 jenis reagen yang serasi. Dengan tanda NMPA, CE dan FDA, produk kami telah dieksport ke lebih daripada 100 negara dan wilayah di seluruh dunia dan telah banyak membantu dalam pencegahan dan kawalan wabak seperti COVID-19, SARS, influenza avian, Ebola, Zika dan demam babi Afrika.

Source: Xi'an TianLong Science and Technology Co., Ltd
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services Trade show news