omniture

CGTN: 65 tahun berlalu, membuka era baharu untuk komuniti China-Kemboja dengan masa depan bersama

CGTN
2023-02-14 03:03 69

BEIJING, 14 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Perdana Menteri Kerajaan Kemboja Hun Sen yang juga merupakan sahabat lama dan sahabat baik rakyat Cina, mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke China selepas Tahun Baharu Cina.

Mulai 9 hingga 11 Februari, selain daripada bertemu pemimpin-pemimpin Cina, Hun Sen menghadiri majlis pelancaran Tahun Persahabatan China-Kemboja dan upacara pembukaan forum perniagaan, pelaburan dan pelancongan China-Kemboja serta menyaksikan penandatanganan beberapa dokumen kerjasama, meliputi bidang-bidang termasuk diplomasi, ekonomi dan perdagangan, kerjasama pembangunan, hasil pertanian, infrastruktur dan media.

Sempena ulang tahun ke-65 penubuhan hubungan diplomatik, China dan Kemboja bersedia untuk melanjutkan kerjasama dua hala melalui "satu kedudukan, kerjasama enam hala dan dua koridor," kata Naib Menteri Luar China Sun Weidong kepada China Media Group (CMG) pada hari Jumaat.

Satu kedudukan

Pada hari Sabtu, China dan Kemboja mengeluarkan satu kenyataan bersama untuk membina komuniti China-Kemboja dengan masa depan yang dikongsi bersama dalam era baharu, kata sepakat penting yang dicapai oleh kedua-dua pihak semasa lawatan Hun Sen.

Kenyataan tersebut berbunyi "tidak kira sejauh mana landskap antarabangsa boleh berkembang, China dan Kemboja akan teguh mempereratkan hubungan mereka yang begitu kukuh, menjalin kerjasama praktikal yang saling menguntungkan dan memberi manfaat serta menggalakkan pembinaan sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama."

Hal ini selari dengan seruan presiden China semasa pertemuan beliau bersama Hun Sen, seperti yang ditegaskan oleh Xi Jinping bahawa China bersedia untuk berkongsi peluang, menjalin kerjasama dan menggalakkan pembangunan bersama Kemboja dan menggesa usaha untuk membina sebuah komuniti China-Kemboja yang berkualiti tinggi, tahap tinggi dan standard tinggi dengan masa depan yang dikongsi bersama dalam era baharu bagi membawa lebih banyak manfaat kepada kedua-dua rakyat serta menyumbang tenaga yang lebih positif demi keamanan, kestabilan dan pembangunan serantau.

Bagi pihak beliau, Hun Sen berkata beliau ingin menyampaikan pesanan yang jelas melalui lawatan beliau tiga tahun yang lalu dan lawatan ketika ini bahawa rakyat Kemboja akan sentiasa berdiri teguh bersama rakyat Cina. Beliau berikrar untuk mendorong lebih banyak pencapaian daripada perkongsian kerjasama strategik komprehensif Kemboja-China serta membina secara bersama komuniti Kemboja-China dengan masa depan yang dikongsi bersama.

Kerjasama enam hala

Semasa lawatan Hun Sen, kedua-dua pihak turut mencapai kata sepakat berhubung kerangka kerjasama "Heksagon Berlian" ("Diamond Hexagon") China-Kemboja.

Seperti yang dinyatakan oleh presiden China, kedua-dua pihak dapat membina kerangka kerjasama dalam bidang politik, kapasiti pengeluaran, pertanian, tenaga, sekuriti serta pertukaran sesama rakyat dan budaya. Hun Sen bersetuju sepenuhnya dengan cadangan China berhubung kerangka kerjasama itu.

Kerangka kerjasama tersebut ditulis menjadi kenyataan bersama dengan rancangan kerjasama yang terperinci untuk enam bidang utama.

Justeru itu, kedua-dua pihak telahpun mengambil tindakan yang praktikal dalam beberapa bidang. Forum perniagaan, pelaburan dan pelancongan China-Kemboja, yang dihadiri oleh Hun Sen, menarik minat kira-kira 300 wakil kerajaan dan wakil perniagaan dari kedua-dua negara.

Forum tersebut bertujuan untuk memberi maklumat terkini tentang dasar kedua-dua pihak berhubung perdagangan, pelaburan dan pelancongan serta berperanan sebagai platform untuk berbincang, bertukar-tukar pengalaman dan berhubung bersama rakan niaga yang berpotensi untuk memupuk kerjasama.

Menurut Kementerian Perdagangan China, China terus menjadi rakan dagangan terbesar Kemboja selama 11 tahun berturut-turut dengan volum dagangan dua hala mencatat paras tertinggi sekali lagi pada tahun 2022, berkembang 17.5 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada $16.02 bilion.

Kemboja turut menaruh harapan yang tinggi terhadap pemulihan pelancongannya selepas pelancong Cina beransur-ansur kembali ke negara Asia Tenggara itu. China merupakan sumber pelancong asing yang terbesar ke Kemboja dalam era pra-pandemik.

Menurut Menteri Pelancongan Kemboja, Thong Khon, negara beliau menerima 25,000 pelancong Cina pada bulan Januari dan akan cuba menarik antara 800,000 dan satu juta pelancong Cina pada tahun 2023.

Dua koridor

Seperti yang dinyatakan dalam kenyataan bersama itu, kedua-dua negara turut bersetuju untuk memfokuskan kepada pembinaan dua koridor: koridor pembangunan industri yang bertumpu pada Wilayah Sihanoukville dan koridor ikan-padi di kawasan Tasik Tonle Sap.

Bagi membina koridor pembangunan industri, China akan menggalakkan lebih banyak firma Cina untuk melabur di Kemboja dan mempermudah Zon Ekonomi Khas Sihanoukville (SSEZ), kata Xi kepada Hun Sen.

SSEZ yang berkeluasan 11 km persegi itu kini menempatkan kira-kira 170 kilang dari seluruh dunia dengan jumlah pelaburan sebanyak lebih $1.3 bilion dan mencipta sekitar 30,000 peluang pekerjaan.

Tatkala Xi menggesa usaha untuk menjalin kerjasama pertanian berhampiran tasik, kedua-dua negara bersetuju untuk membina secara bersama koridor ikan-padi dengan sistem pertanian moden berbilang dimensi, komposit dan cekap.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Kemboja, China merupakan salah satu pengimport utama hasil pertanian Kemboja pada tahun 2022. Kira-kira 689,702 tan hasil pertanian Kemboja dihantar ke China sepanjang tempoh Januari-November pada tahun 2022.

https://news.cgtn.com/news/2023-02-11/A-new-era-for-the-China-Cambodia-community-with-a-shared-future-1hleq3RGKha/index.html

 

 

 

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service