JOHANNESBURG, 18 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Ketidaktentuan harga tenaga yang tinggi buat julung kalinya telah menggantikan struktur iklim global sebagai ketidaktentuan paling kritikal yang memacu agenda tenaga dunia, menurut laporan Pemantauan Isu Tenaga Dunia 2014 yang dikeluarkan oleh Majlis Tenaga Sedunia (WEC).
Walaupun ketidakpastian struktur iklim global kekal menjadi isu utama, kini peneraju tenaga melihat isu ini kurang memberi kesan berbanding semasa kajian yang dijalankan selama tiga tahun lalu. Sementara itu, penangkapan, penggunaan serta penyimpanan karbon (CCUS) masih dilihat sebagai teknologi yang hanya dapat memberikan kesan yang terhad terhadap sektor tenaga, lalu terus mengekalkan arah aliran serupa selama lebih tiga tahun lalu.
Ketika berucap semasa majlis pelancaran laporan tersebut, Christoph Frei, Setiausaha Agung WEC berkata:
"Hakikat struktur iklim dan juga CCUS dianggap sebagai isu yang tidak begitu memberikan kesan merupakan berita buruk bukan sahaja terhadap usaha pengurangan pelepasan, tetapi juga kepada usaha pembangunan infrastruktur tenaga yang mantap serta berdaya tahan. Sistem tenaga kami sedang mengalami perluasan serta peralihan secara besar-besaran dan petanda yang dapat dilihat pada hari ini merupakan bukti yang jelas tentang keperluan mendesak untuk struktur yang lebih mantap, koheren dan bersifat jangka panjang untuk merancang pelaburan masa hadapan kita."
Kajian WEC ini turut mendapati golongan peneraju tenaga semakin prihatin terhadap kemampuan sektor ini mengakses pasaran modal agar dapat memperoleh dana dengan tujuan untuk membangunkan infrastruktur tenaga walaupun terpaksa berhadapan dengan kemelesetan harga yang berterusan.
Sementara itu, tenaga boleh diperbaharui serta kecekapan tenaga terus menjadi tumpuan utama dengan perkembangannya beralih dari Eropah dan Amerika Utara ke Timur Tengah yang mempunyai permintaan yang meningkat dengan pesat. Kuasa hidro besar kembali menjadi agenda dengan potensi yang tidak dipenuhi secara signifikan di pusat Afrika, Amerika Latin, Rusia dan juga Kanada.
Pemantauan Isu Tenaga Dunia 2014 ialah hasil kajian selama enam bulan yang merangkumi pandangan lebih 800 peneraju tenaga termasuk menteri, ketua eksekutif dan juga ketua ahli jawatankuasa kebangsaan WEC yang meliputi 84 negara. Laporan ini turut menekankan tentang agenda tenaga global dan turut menganalisis arah aliran serta pandangan di enam kawasan dunia serta 24 negara.
Kajian ini turut menekankan tentang variasi serantau yang jelas. Ketidakpastian serantau paling kritikal termasuklah:
Muat turun laporan ini di: http://www.worldenergy.org/publications
Sumber: Majlis Tenaga Sedunia (WEC)