omniture

Cangzhou China Buat Penampilan Sulung di Perarakan Tahun Baharu Lunar New York dengan Persembahan Kereta Berhias Terapung

Better Chinatown USA
2023-02-16 01:55 119

NEW YORK, 16 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Perarakan dan Festival Tahun Baharu Lunar kali ke-25 telahpun dipentaskan pada hari Ahad di Manhattan, New York. Kereta berhias terapung, bertema "Cangzhou Hebat, Bandar Terusan Besar Purba" ("Amazing Cangzhou, Ancient Grand Canal City") telah membawakan pengalaman budaya Cina yang meriah dan luar biasa ke New York, menurut penganjur Better Chinatown USA. 

The "Amazing Cangzhou, Ancient Canal City" theme float, with more than 10 meters of length, is the one and only float with a 3D modelling design in this year’s New York's Lunar New Year Parade and became the spotlight of the whole parade immediately.
The "Amazing Cangzhou, Ancient Canal City" theme float, with more than 10 meters of length, is the one and only float with a 3D modelling design in this year’s New York's Lunar New Year Parade and became the spotlight of the whole parade immediately.

Huang Ping, Konsul Jeneral Republik Rakyat di New York, menyampaikan ucapan di acara tersebut dan mengucapkan selamat tahun arnab yang bahagia dan sejahtera kepada orang ramai.

New York, pelabuhan laut bagi Sungai Hudson, ialah pusat komersial dan kewangan Amerika Syarikat. Cangzhou di Wilayah Hebei, Utara China terkenal dengan Terusan Besarnya. "Apabila kereta berhias terapung Cangzhou menyertai perarakan, ia sama seperti Terusan Besar Milenium (Millennium Grand Canal) bertemu Sungai Hudson, budaya timur dan budaya barat memainkan melodi yang sangat harmoni, sesuatu yang indah," kata Steven Tin, pengerusi Better Chinatown USA.

Kereta berhias bertema "Cangzhou Hebat, Bandar Terusan Besar Purba" itu, dengan lebih 10 meter panjang, merupakan satu-satunya kereta berhias dengan reka bentuk model 3D dalam Perarakan Tahun Baharu Lunar New York pada tahun ini dan serta merta menjadi tumpuan seluruh perarakan tersebut.

Dengan warna-warna terang dan berani yang digunakan, "China Merah" menjadi warna tema, keemasan dan berseri-seri. Badan utama kereta berhias itu merupakan kapal yang teguh dan bersemangat waja, mewakili kelebihan semula jadi dan semangat perintis Cangzhou, "Mutiara Laut Bohai dan Kubu Beijing." Ombak yang bergelora merupakan lambang Terusan Besar, Tapak Warisan Dunia UNESCO dan terusan atau sungai buatan yang terpanjang di dunia. Terusan Besar menyediakan sumber asli yang bertuah dan kekayaan spiritual selama lebih daripada 1500 tahun kepada Cangzhou.

Kereta berhias tersebut mempersembahkan suatu bentuk daya tarikan purba yang berbeza di bawah pantulan unsur-unsur tradisional seperti bunga plum, tanglung, jongkong emas dan kipas lipat, mewakili kebahagiaan, penyatuan semula, kekayaan dan budaya. Seekor singa besi Cangzhou, berdiri megah di hadapan kereta berhias itu, melambangkan semangat pembangunan Cangzhou. Seekor arnab seputih salji, memegang tanglung berwarna merah, berdiri di atas buritan. Ia mengundang seluruh dunia: 2023 ialah Tahun Arnab. Selamat datang ke Cangzhou, China.

Perarakan kereta berhias Tahun Baharu Lunar itu berlangsung selama 2 jam, dengan lebih daripada 20 kereta berhias dan 60 kenderaan dalam perarakan kereta berhias pada tahun ini, menerusi 30,000 peserta dan lebih 100,000 khalayak.

 

 

 

 

Source: Better Chinatown USA
Keywords: Art Entertainment New products/services