omniture

Stepout: aplikasi desktop Windows pertama untuk menghubungkan hanya mereka yang saling sama menyukai

Massive Media Europe
2014-02-19 11:00 90

GHENT, Belgium, 19 Februari 2014 /PRNewswire/ --

Stepout, aplikasi berbilang untuk anda berkenalan dengan teman baru di tempat anda, telah diterbitkan dalam 38 bahasa untuk iOS, Android dan Windows Desktop.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140219/671162-a)
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140219/671162-b)

Stepout, adalah satu aplikasi baru yang membolehkan anda berkenalan dengan teman baru yang berada berdekatan anda. Ia dilancarkan hari ini, dengan focus  untuk menghubungkan mereka yang saling menyukai sahaja. Stepout adalah aplikasi sedemikian yang pertama untuk desktop Windows (7, 8 dan XP) serta untuk aplikasi iOS, iPad dan Android (mudah alih & tablet).

Pengalaman melayari secara tanpa nama

Stepout membolehkan pengguna memilih "ya" atau "tidak" secara peribadi apabila menilai seseorang; hakikat bahawa anda menyukai seseorang akan terus tersembunyi melainkan individu tersebut turut menyukai mereka.

Stepout hanya membenarkan perbualan antara mereka yang saling menyukai, bermakna semua orang yang menggunakan Aplikasi boleh berbual dengan yakinnya kerana mereka sama-sama saling menyukai.

"Berkenalan dengan teman baru dalam talian mungkin menjadi satu pengalaman yang menakutkan. Oleh kerana tiada orang di Stepout akan tahu bahawa anda meminati mereka melainkan mereka menyukai anda juga, maka perasaan tersebut akan hilang," jelas Toon Coppens, pengasas bersama Stepout.

Carian tempat setempat sahaja

Stepout menggunakan lokasi geo telefon pintar untuk hanya menunjukkan teman berdekatan anda pada masa kini, yang memberikannya kelebihan terkini dunia nyata untuk anda berkenalan dengan teman baru, walaupun ketika anda melayari di rumah atau menggunakan Aplikasi semasa sedang bercuti.

Stepout tersedia dalam 38 bahasa, maka ia boleh digunakan secara global serta untuk tempat setempat. Pengarah Komuniti Massive Media Lien Louwagie menerangkan: "Stepout tersedia dalam 38 bahasa dan di lebih 200 buah negara. Kami teruja untuk menjadikan Stepout sebagai satu pengalaman tanpa nama dan lebih mudah diakses secara global untuk pengguna berkenalan dengan teman baru."

Hubungi kami:

Untuk muat turun Stepout, sila lawati stepout.com

App Store 

Google Play

Facebook: facebook.com/stepout

Twitter @stepoutnow

SUMBER  Massive Media Europe

Source: Massive Media Europe
Keywords: Computer/Electronics Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services