omniture

Modul I/O digital yang tersedia daripada RS Components membawakan pemantauan dan kawalan jauh mudah kepada automasi perindustrian

RS Components
2014-02-19 11:00 166

Modul Ethernet ke DIO Brainboxes baharu membolehkan jurutera proses berkomunikasi dalam apa-apa persekitaran, dari mana-mana lokasi

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Februari 2014 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar perkhidmatan tinggi untuk produk elektronik dan penyelenggaraan yang menerajui di dunia, sedang menyediakan stok modul input/output (I/O) mengikut spesifikasi perindustrian ED-588 baharu daripada Brainboxes, pembangun dan juga pengeluar yang menerajui untuk kad komunikasi PC.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg)

ED-588 ialah peranti Ethernet ke I/O digital (DIO) kawalan jauh yang mempunyai lapan saluran input digital bukan terpencil dan lapan saluran output digital, dengan cagak rel DIN integral dan bentuk nipis (selebar 22.6 mm) yang menggunakan ruang yang sangat sedikit. Modul ini mengandungi CPU 32-bit 80 MHz ARM yang berkuasa, lalu menawarkan kemampuan kawalan yang kukuh dan pintar bagi membolehkan antara muka sistem pekerja. ED-588 mempunyai port bersiri gerbang RS485 yang boleh digunakan untuk berhubung dengan modul NuDAM, eDAM dan ADAM standard industri --- antara sistem kawalan proses yang lazim digunakan.

Julat besar input dwikuasa yang lewah (+5VDC sehingga +30VDC) membenarkan kepelbagaian dalam bekalan +24VDC bagi pekerja dan turut membenarkan sumber kuasa alternatif. Bekalan kuasa kedua boleh dipasang sebagai sandaran bagi mencegah masa mati sekiranya satu sumber kuasa gagal berfungsi. Sumber kuasa juga boleh diperoleh menggunakan kuasa 5 Volt daripada mana-mana port USB komputer untuk proses konfigurasi berjauhan dari tapak pemasangan. Satu ciri pemerhati membenarkan keadaan bebas yang diketahui bagus ditetapkan untuk penghidupan kuasa, pemerhati pautan komunikasi dan pemerhati perkakasan. Tempoh masa boleh program juga membenarkan kawalan penuh. Blok serta port berkod warna, bernombor individu dan boleh alih memudahkan pemasangan dan turut meringkaskan pendawaian.

ED-588 berkemampuan untuk mengalirkan beban voltan dan arus yang tinggi, lalu menjadikannya ideal untuk beban induktif, kapasitif dan juga berintangan seperti mesin CNC, motor pelangkah, pengudaraan pemanasan serta sistem penyaman udara. Pengendalian pada julat suhu lebih besar antara -30ºC dan +80ºC membolehkan peranti itu tahan dengan perubahan suhu ekstrem dalam persekitaran teruk. Suhu CPU dan juga status bekalan kuasa boleh dipantau melalui antara muka web atau secara program melalui arahan ASCII.

ED-588 dilaksanakan menggunakan pemacu port COM Microsoft® Windows® yang serasi dengan pakej perisian standard industri seperti LabView, MATLAB®, dan Agilent VEE, serta menyokong pelbagai Antara Muka Pemprograman Aplikasi (API) termasuk Microsoft .NET -- C#®, Visual Basic®, C++ dan juga JavaScript. Pemacu boleh didapati untuk sistem operasi terkini termasuk Windows® 8, manakala antara muka pengguna membolehkan pemantauan serta kawalan daripada peranti Android.

Eamonn Walsh, Pengarah Urusan Brainboxes berkata, "Brainboxes memasuki industri dengan penghasilan kad DIO yang begitu andal sehinggakan beberapa pengguna kami masih menggunakannya walaupun setelah hampir 30 tahun berlalu. Kami kembali kepada asal usul kami dalam menawarkan penyelesaian untuk In/Out Digital, dengan mengekalkan keandalan serta kualiti binaan yang sama tetapi dengan ciri baharu yang memenuhi keperluan persekitaran kawalan dan proses moden. ED-588 ialah yang pertama daripada banyak produk lain dalam rangkaian peranti I/O kawalan jauh kami yang bakal diperkenalkan."

"ED-588 akan memberi manfaat kepada jurutera kawalan proses yang memerlukan kemas kini status masa sebenar bagi peranti dalam bidang ini. Ia mudah digunakan, boleh dipasang dalam masa yang singkat, dan turut memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk peranti yang mampu memantau dan mengawal dari jarak jauh melalui rangkaian dengan menggunakan sebarang peranti," kata Kevin Shield, Ketua Automasi dan Kawalan Global, RS Components.

ED-588 boleh didapati daripada RS Components terus daripada stok sedia ada untuk penghantaran pada hari yang sama.

-Tamat-

Latar belakang RS Components

RS Components dan Allied Electronics ialah jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar perkhidmatan tinggi untuk produk elektronik dan penyelenggaraan yang menerajui di dunia. Sebagai syarikat yang beroperasi di 32 negara, kami menawarkan kira-kira 500,000 produk melalui Internet, katalog dan juga kaunter jualan kepada lebih satu juta pelanggan, menghantar kira-kira 44,000 bungkusan setiap hari. Produk kami, daripada 2,500 pembekal yang menerajui, termasuklah barangan elektronik, automasi dan kawalan, ujian dan juga pengukuran, komponen elektrik serta mekanikal.

Electrocomponents disenaraikan pada Bursa Saham London dan mempunyai hasil sebanyak GBP 1.24 bilion pada tahun kewangan lepas yang berakhir pada 31 Mac 2013.

Bagi maklumat lanjut, sila lawati laman web di http://www.rs-components.com.

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745

Firma Perhubungan Awam Edelman (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65- 6347-2355

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan ini:
@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS

RS Components di Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

RS Components di Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
http://www.electrocomponents.com

RS Components
http://www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

SUMBER RS Components

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors New products/services