omniture

Universiti Antarabangsa di China Menonjolkan Wawasan Global Menerusi MOU dengan Universiti Terkemuka Korea

Xi'an Jiaotong-Liverpool University
2014-02-19 11:16 100

SUZHOU, China, 19 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Xi'an Jiaotong-Liverpool University (XJTLU) telah menandatangani dua memorandum persefahaman (MOU) bersama Hanyang University di Korea Selatan pada hari Rabu, 12 Februari lalu.

Pada majlis yang diadakan di Seoul itu, delegasi daripada XJTLU yang diketuai oleh Dr. Jessica Sewell, Ketua Jabatan Perancangan Bandar dan Reka Bentuk telah bertemu dengan rakan sejawat daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Kejuruteraan serta Pusat Pengajian Siswazah bagi Pengajian Bandar di Hanyang University.

Kerjasama ini akan membuka lebih banyak peluang bagi pertukaran pelajar antara jabatan serta universiti di samping projek penyelidikan bersama dan turut menunjukkan komitmen kedua-dua institusi tersebut terhadap kerjasama antarabangsa daripada segi pendidikan dan juga penyelidikan.

Dr. Sugie Lee daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Kejuruteraan di Hanyang telah menunjukkan makmal serta kelas pengajian kepada Dr. Sewell dan mereka turut membincangkan segala perincian tentang setiap program dengan lebih mendalam. Para tetamu turut dibawa melawat ke Pusat Pengajian Siswazah bagi Pengajian Bandar, Hanyang University dan juga bertemu dengan dekan Pusat Pengajian berkenaan, Profesor Dr. Joo-Hyung Lee. Pusat Pengajian ini juga merupakan lokasi bagi majlis tandatangan MOU yang pertama.

Semasa makan tengah hari, para delegasi daripada XJTLU telah dipertontonkan dengan video yang memaparkan sejarah serta pembangunan Hanyang University dan turut mendengar pembentangan daripada Profesor Dr. Kyushik Oh, Pengerusi, Perancangan Bandar dan Kejuruteraan. Kemudiannya, Dr. Sewell dan Profesor Oh menandatangani MOU kedua yang merupakan acara penutup bagi prosiding rasmi hari tersebut.

Ketika Dr. Sewell bercakap tentang lawatan tersebut, beliau berkata, "Kami amat berharap dapat bekerjasama dengan Hanyang University dalam bidang penyelidikan serta pengajaran. Hubungan kami bersama Hanyang dapat membuka peluang yang lebih luas kepada para pelajar bagi menimba pengalaman pada peringkat antarabangsa serta membantu menyokong matlamat penyelidikan bersama kami."

Latar Belakang XJTLU:

Xi'an Jiaotong-Liverpool University merupakan universiti antarabangsa yang ditubuhkan bersama oleh institusi yang menerajui dari China dan juga U.K. Sebagai usaha Sino-British yang bebas, XJTLU menjadi perintis dalam bidang pendidikan tinggi di tanah besar China. Kampus ini terletak di bandar Warisan Dunia Suzhou di pesisir Timur China yang merupakan tumpuan KDNK keempat terbesar di China dan turut menawarkan persekitaran yang tersendiri untuk belajar, meneruskan kehidupan serta berkembang maju.

Ikuti kami menerusi:

facebook.com/xjtlu
weibo.com/xjtlu
twitter.com/xjtlu
linkedin.com/company/xi'an-jiaotong-liverpool-university

SUMBER: Xi'an Jiaotong-Liverpool University

Source: Xi'an Jiaotong-Liverpool University
Keywords: Education Higher Education Joint ventures