omniture

Sel Suria Multi-Si JA Solar Melangkaui 19% Kecekapan Penukaran

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2014-02-19 11:34 128

SHANGHAI, 19 Februari 2014 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (Nasdaq: JASO) ("JA Solar" atau "Syarikat"), salah satu pengeluar terbesar dunia bagi produk tenaga suria berprestasi tinggi, hari ini mengumumkan sel suria silikon berbilang hablur ("multi-Si") yang dimilikinya telah melangkaui 19% tahap kecekapan penukaran.

Peningkatan terkini daripada segi kecekapan ini telah berjaya dicapai menerusi teknologi sel lanjutan yang telah dihasilkan baru-baru ini oleh pasukan penyelidikan dan pembangunan JA Solar, berikutan daripada pengumuman Syarikat tersebut pada bulan Ogos 2013 yang sel multi-Si telah mencapai 18.3% tahap kecekapan penukaran, yang merupakan suatu rekod industri pada ketika itu.

"Dengan mengatasi sempadan kecekapan sebanyak 19% dengan penggunaan sel multi-Si kami, JA Solar telah mencapai satu lagi kejayaan daripada segi kebolehan kami untuk menghasilkan produk suria berprestasi tinggi dengan cara yang berkesan kos," kata En. Yong Liu, ketua pegawai operasi JA Solar. "Sel baharu ini merupakan bukti lanjut terhadap usaha JA Solar yang tiada tandingan bagi melangkaui sempadan teknologi PV, manakala penjanaan kuasa yang hebat bagi setiap unit kawasan dan juga kos pemasangan yang lebih rendah bagi setiap watt bakal memberi pulangan yang benar-benar bernilai kepada para pelanggan."

JA Solar merancang untuk memulakan penghasilan secara besar-besaran bagi sel multi-Si miliknya yang baharu dan turut mengintegrasikannya ke dalam rangkaian pemasangan modul untuk kegunaan komersil pada separuh kedua tahun 2014.

Bagi maklumat lanjut, sila layari www.jasolar.com.

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:JASO
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Oil/Energy Utilities