KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Februari 2014 /PRNewswire/ --
-- Jenama fesyen utama global iaitu Mango, New Look, American Apparel, Aldo dan banyak lagi boleh didapati daripada ZALORA
-- Koleksi SS14 River Island boleh didapati di ZALORA pada bulan ini
-- ZALORA kini menawarkan pilihan yang tiada tandingan daripada jenama antarabangsa dan tempatan berbanding syarikat e-dagang yang lain.
ZALORA, destinasi fesyen online yang terbesar di Asia, telah memperluas pilihan produknya dengan penambahan jenama fesyen antarabangsa seperti Mango, Aldo, American Apparel dan juga New Look. ZALORA menawarkan rangkaian paling luas untuk jenama fesyen dan kecantikan berbanding mana-mana platform e-dagang di Asia Tenggara yang lain, akan memperkukuh tawarannya yang sudah sedia luas dengan penambahan semua jenama baharu ini.
Pada dasarnya, ZALORA menawarkan fesyen berkelas tinggi yang terbaik secara online, dengan memudahkan lagi akses kepada jenama yang popular dan digemari ramai ini dengan masa penghantaran selama 1 hingga 3 hari, pemulangan percuma dan juga mudah dalam masa 30 hari, serta pelbagai kaedah pembayaran termasuk bayar waktu terima.
Mango, yang baru-baru ini mengumumkan supermodel Daria Werbowy sebagai wajah kempen baharu mereka, juga bakal menerajui himpunan jenama baharu. Pengarah Pembelian ZALORA Phil Rowbottom berkata, "Kami amat gembira dengan penyertaan Mango untuk rangkaian jenama yang boleh didapati di ZALORA. Kami disajikan dengan begitu banyak pilihan ketika proses pemilihan untuk koleksi Musim Bunga/Musim Panas 2014. Para pembeli kami boleh menjangka untuk melihat tema minimalis yang kini hangat diperkatakan dalam seluruh koleksi itu, dalam palet rona ringkas kelabu, hitam, putih, serta sedikit sentuhan warna merah jambu terang."
Rowbottom berkata lagi, "Aldo juga bakal menyertai kami di ZALORA dengan pilihan khusus yang terdiri daripada kasut dan juga aksesori fesyen terkini. Bagi New Look pula, mereka bakal membawakan gaya dan trend glamor seperti ala selebriti namun masih dengan tawaran harga yang amat berpatutan. Di samping itu, rangkaian pakaian asas American Apparel juga akan ditemui di ZALORA dengan pelbagai koleksi pakaian lelaki dan wanitauntuk melengkapkan penyertaan jenama baharu kali ini. "
Harry Markl, Pengarah Urusan ZALORA berkata, "Inilah musim baharu buat ZALORA. Dengan pencapaian tinggi kami yang mencecah 15 juta pelawat setiap bulan, kami telah berjaya menetapkan kedudukan kami sebagai destinasi fesyen online yang terbesar di Asia. Di samping itu, jenama antarabangsa utama sudah semakin menunjukkan minat untuk menjadi rakan kongsi kami."
"Walaubagaimanapun, para penggunalah yang membuat keputusan untuk memilih ZALORA sebagai destinasi membeli-belah untuk mereka dan kami berbesar hati dengan menawarkan pilihan yang pelbagai. Berdasarkan pencapaian kami yang mengagumkan, kami mahu bekerjasama dengan rakan kongsi jenama kami bagi mengukuhkan lagi kesedaran serta ekuiti jenama mereka dalam pasaran yang masih kurang ditembusi seperti Asia Tenggara. Secara umumnya kami percaya, kaedah membeli-belah secara online perlu diusahakan secara sejajar bagi memberikan pengalaman terbaik kepada para pengguna dalam bidang e-dagang di Asia."
RIVER ISLAND, jenama Britain popular yang telah dibawakan semula ke Asia melalui ZALORA pada bulan September 2012 yang lalu, juga bakal melancarkan koleksi Musim Bunga/Musim Panas 2014 mereka pada bulan ini. Koleksi ini berkisarkan tema pantai California, dengan warna dunia tropika yang ceria, warna yang manis dipandang serta corak berlawanan yang membangkitkan kenangan era 90-an.
Latar belakang ZALORA Group
ZALORA Group, yang ditubuhkan pada lewat tahun 2011, ialah kumpulan destinasi fesyen online yang menerajui di Asia Pasifik, dengan kehadiran di Asia Tenggara (ZALORA) dan juga Australia serta New Zealand (The Iconic).
ZALORA, destinasi fesyen online yang menerajui di Asia, telah ditubuhkan pada awal tahun 2012. Dengan kehadiran di Singapura, Indonesia, Malaysia, Filipina, Negara Thai, Vietnam, Hong Kong serta Brunei, laman sesawang ZALORA menawarkan koleksi yang sangat luas dan terdiri daripada lebih 500 jenama antarabangsa dan tempatan yang terkenal dan juga lebih 15,000 produk dalam kategori pakaian, kasut, aksesori, serta kecantikan untuk lelaki dan wanita. Dengan menawarkan polisi pemulangan percuma dalam masa tiga puluh hari, penghantaran pantas dalam masa 2 hingga 3 hari bekerja, penghantaran percuma selepas pembelian melebihi sesuatu nilai perbelanjaan, dan juga pelbagai kaedah pembayaran termasuklah bayar waktu terima, ZALORA ialah destinasi membeli-belah secara online yang terbesar dan keperluan anda untuk berfesyen.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.zalora.com.my dan untuk imej-imej, sila klik di sini: https://www.dropbox.com/sh/kbhf8ootibs8u8m/VC9EVoPRRz