omniture

CGTN: Memperluas permintaan domestik dan keterbukaan, ekonomi Cina bermula dengan baik pada 2023

CGTN
2023-02-17 20:11 72

BEIJING, 17 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Penunjuk-penunjuk yang menggalakkan bermula daripada hasil pelancongan dan filem pecah panggung hinggalah indeks pengurus pembelian (PMI) menunjukkan bahawa ekonomi China bermula dengan baik pada tahun 2023.

Seperti yang ditekankan oleh Presiden Cina Xi Jinping di Persidangan Kerja Ekonomi Pusat tahunan Disember lalu, kerja ekonomi Cina pada tahun 2023 akan memfokuskan untuk memperluaskan permintaan domestik, mempercepatkan pembinaan sistem perindustrian moden, berusaha tanpa berbelah bahagi untuk membangunkan sektor awam dan menyokong sektor bukan awam, merangsang pelaburan asing dan mengurangkan risiko ekonomi dan kewangan yang besar.

Qiushi Journal, sebuah majalah terkenal Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) menerbitkan artikel Xi pada hari Khamis yang bertajuk "Beberapa Isu Utama dalam Kerja Ekonomi Semasa" ("Several Major Issues in Current Economic Work") yang merupakan sebahagian daripada ucapan penting oleh Xi yang disampaikan di Persidangan Kerja Ekonomi Pusat tahunan pada 15 Disember 2022.

Peluasan permintaan domestik 

Menegaskan permintaan yang tidak mencukupi kini merupakan percanggahan utama yang dihadapi oleh operasi ekonomi, dalam artikel tersebut Xi menyatakan usaha harus dilaksanakan bagi meningkatkan permintaan domestik dengan mengutamakan pemulihan dan pengembangan penggunaan serta menggalakkan lebih banyak pelaburan persendirian melalui pelaburan kerajaan dan insentif dasar.

Artikel berkenaan turut menyeru untuk menstabilkan eksport ke negara-negara maju dan meluaskan eksport ke ekonomi pasaran baru muncul.

Lambungan penggunaan semasa cuti Festival Musim Bunga mencerminkan potensi pasaran domestik dan kedinamikan ekonomi Cina.

Semasa cuti sepanjang minggu itu, hasil jualan daripada sektor-sektor berkaitan penggunaan di China meningkat 12.2 peratus berbanding cuti Festival Musim Bunga tahun lalu, yang berlangsung mulai 31 Januari hingga 6 Februari, seperti yang ditunjukkan oleh data daripada State Taxation Administration.

Menurut Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan negara ini, kira-kira 308 juta perjalanan domestik telah dilakukan sepanjang cuti Festival Musim Bunga tahun ini, meningkat 23.1 peratus berbanding tahun sebelumnya. Hasil pelancongan domestik yang dijana semasa cuti sepanjang minggu itu berjumlah 375.8 bilion yuan (kira-kira $55.52 bilion), meningkat 30 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Hasil pecah panggung negara ini meraih sebanyak 6.76 bilion yuan (kira-kira $1 bilion), angka kasar kedua tertinggi untuk cuti tahunan, menurut China Film Administration.

Keterbukaan tahap tinggi 

Artikel tersebut menggesa usaha untuk terus memajukan reformasi dan keterbukaan tahap tinggi serta memanfaatkan kekuatan pasaran Cina yang amat besar bagi menarik sumber global dan faktor pengeluaran dengan ekonomi domestik China yang kukuh.

Presiden Cina menekankan untuk menarik dan menggunakan modal asing dengan meluaskan akses pasaran dan memupuk persekitaran perniagaan bertaraf dunia bagi memberi layanan nasional kepada perusahaan dibiayai negara asing serta menambah baik perkhidmatan untuk perusahaan dibiayai negara asing.

Perniagaan perdagangan asing China telah menyaksikan lonjakan pesanan pada hari-hari awal tahun 2023 dengan langkah-langkah tindak balas COVID-19 yang lebih mantap berkuat kuasa. PMI untuk sektor pembuatan China mencecah 50.1 pada Januari, kembali berkembang setelah tiga bulan berturut-turut mengalami penguncupan manakala indeks pesanan baharu meningkat tujuh mata peratus kepada 50.9 peratus, seperti yang ditunjukkan oleh data daripada Biro Statistik Kebangsaan.

Menurut laporan terkini yang dikeluarkan oleh Asian Development Bank (ADB), China kekal menjadi destinasi utama untuk pelaburan langsung asing (FDI) global di Asia. Kementerian Perdagangan China berkata FDI di tanah besar Cina, mengikut penggunaan sebenar, berkembang 6.3 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 1.23 trilion yuan pada tahun 2022. Dari segi dolar A.S., aliran masuk FDI meningkat 8 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada $189.13 bilion.

Menerusi kemas kini mutakhirnya untuk laporan Prospek Ekonomi Dunia (World Economic Outlook), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menaikkan ramalan untuk pertumbuhan ekonomi China pada tahun 2023 kepada 5.2 peratus daripada ramalan sebelum ini iaitu 4.4 peratus. Bank pelaburan, termasuk Morgan Stanley dan Goldman Sachs juga telah menyemak semula ramalan pertumbuhan mereka untuk ekonomi kedua terbesar di dunia ini.

https://news.cgtn.com/news/2023-02-15/Xi-Jinping-s-article-on-economic-work-to-be-published-1hrBXdN3cSA/index.html

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis