omniture

Balai Cerap Bangunan Empire State Memperkenalkan Pengalaman Multimedia Canggih

Empire State Realty Trust, Inc.
2014-02-19 20:12 162

-- Lawatan Multimedia Inovatif dengan Peranti Pegang Termasuk dalam Harga Tiket Masuk

NEW YORK, 19 Februari 2014  /PRNewswire/ -- Balai Cerap Bangunan Empire State hari ini mengumumkan pelancaran Pengalaman Multimedia baharunya yang membantu pelawat untuk menghayati bahan pamer dan pemandangan ikon itu yang luar biasa dengan maklumat mendalam tentang sejarah bangunan itu. Dicipta oleh peneraju industri Antenna International, lawatan multimedia itu termasuk dalam harga tiket masuk dan juga diberikan kepada setiap pelawat bagi memperhebat lawatan sekali dalam seumur hidup mereka ke Bangunan Pejabat Paling Terkenal di Dunia itu, dengan pemandangannya yang tiada tolok bandingnya dari pusat New York itu sendiri. Teknologi canggih itu bakal memperhebat pengalaman yang sudah pun sukar dilupakan oleh para pelawat dengan pendekatan pendidikan kontemporari.

Teknologi kelas pertama digabungkan dengan navigasi mesra pengguna untuk kegunaan peranti pegang. Sambil para pelawat bergerak di dalam bangunan itu, lawatan itu menawarkan peneman audio dan visual melalui empat bidang pendidikan: Bahan Pamer Kemampanan yang baru sahaja dinaik taraf, Bahan Pamer "Berani Bercita-cita" tentang pembinaan bersejarah bangunan itu, dan ditamatkan dengan Balai Cerap Tingkat 86 dan Tingkat 102 yang terkenal seluruh dunia. Bahagian "Hiburan" dan "Maklumat" dalam app itu, serta beberapa video, galeri imej, kuiz dan juga peta yang menunjukkan benda menarik yang berhampiran, menjadikan lawatan itu lebih menarik dan menghiburkan. Pengalaman Multimedia ini membenarkan pelawat memilih pengalaman mereka dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol, Bahasa Perancis, Bahasa Itali, Bahasa Mandarin, Bahasa Portugis, Bahasa Jepun dan Bahasa Korea.

"Jutaan pelawat kami dari seluruh dunia kini boleh mengalami teknologi pertama seumpamanya yang sama seperti apa yang kami telah bawakan ke keseluruhan bangunan ini dengan program Pembinaan Semula Empire State besar-besaran kami. Peranti pegang dan multimedia itu memperhebat pengalaman yang sudah pun sukar dilupakan," kata Anthony E. Malkin, Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT). "Inilah ganjaran terkini untuk para peminat ESB. Dengan tawaran multimedia baharu ini, para pelawat akan mendapat pengetahuan yang lebih mendalam tentang bangunan itu, sejarah yang telah diukirnya dan kepimpinannya hari ini."

Balai Cerap Bangunan Empire State menugaskan Antenna International, pakar global dalam bidangnya, untuk mencipta lawatan baharu ini. Antenna International telah mencipta lawatan yang serupa di 1,200 tapak budaya dan institusi seluruh dunia, dari Louvre ke Alcatraz, untuk lebih 60 juta pelawat setiap tahun.

"Antenna International berbesar hati kerana Bangunan Empire State sudi bekerjasama dengan kami bagi membangunkan pengalaman tersendiri ini untuk dinikmati para pengunjung mereka," kata Mark LoGiurato, Pengurus Besar, Negara Benua Amerika, Antenna International. "Kami bangga dapat membawakan kepakaran dan teknologi pemecah kebiasaan kami kepada ikon global yang begitu terkenal ini. Kami teruja dapat menambah mercu tanda ini kepada senarai ratusan destinasi lain yang turut bekerjasama dengan kami di seluruh dunia."

Para pelawat akan diberikan Pengalaman Multimedia ini secara percuma dan serta merta pada permulaan pengalaman mereka apabila mereka memasuki Balai Cerap itu. Bagi membeli tiket dalam talian sebelum melawat ESB, sila lawati http://www.esbnyc.com/buy_tickets.asp.

Latar belakang Bangunan Empire State
Tersergam setinggi 1,454 kaki di tengah bandar Manhattan (daripada tapak ke antena), Bangunan Empire State, dimiliki Empire State Realty Trust, Inc., ialah "Bangunan Pejabat Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu dalam kecekapan tenaga, infrastruktur, kawasan awam dan juga kemudahan awam, Bangunan Empire State telah menarik penyewa kelas pertama dalam pelbagai industri dari seluruh dunia. Teknologi penyiaran bangunan pencakar langit itu yang mantap menyokong semua stesen televisyen dan radio FM utama dalam pasaran metropolitan New York. Bangunan Empire State telah diiktiraf sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika, manakala Balai Cerap Bangunan Empire State ialah salah satu tarikan yang paling digemari dunia sebagai destinasi pelancong nombor 1 di rantau itu. Bagi maklumat tentang Bangunan Empire State, sila lawati www.esbnyc.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, www.youtube.com/esbnyc atau www.pinterest.com/empirestatebldg/.

Latar belakang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana pelaburan harta tanah (REIT) yang menerajui, memiliki, menguruskan, mengendalikan, memperoleh dan turut memposisi semula bangunan pejabat dan kedai di Manhattan serta kawasan metropolitan New York yang lebih luas, termasuk Bangunan Empire State, bangunan pejabat paling terkenal di dunia. Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan kedai Syarikat itu merangkumi 8.4 juta kaki persegi kawasan boleh sewa, setakat 30 September 2013, yang terdiri daripada 7.8 juta kaki persegi kawasan boleh sewa di 12 harta tanah pejabat, termasuk tujuh di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan juga dua di Westchester County, New York; dan kira-kira 645,000 kaki persegi kawasan boleh sewa dalam portfolio kedai. Syarikat itu turut memiliki tanah di Pusat Pengangkutan Connecticut, Stamford yang menyokong pembangunan kawasan boleh sewa seluas kira-kira 380,000 kaki persegi untuk bangunan pejabat dan garaj serta mempunyai pilihan untuk memperoleh dua harta tanah pejabat Manhattan tambahan yang merangkumi kira-kira 1.5 juta kaki persegi kawasan boleh sewa untuk ruang pejabat dan lebih 150,000 kaki persegi kawasan boleh sewa untuk ruang kedai di tapak bangunan itu.

Latar belakang Antenna International
Antenna International™ ialah peneraju dunia daripada segi panduan multimedia dan audio pegang, serta aplikasi mudah alih, dalam arena budaya global. Setiap tahun lebih 62 juta pelawat menikmati pengalaman Antenna yang membantu mereka untuk mewujudkan hubungan berkekalan dengan lebih 450 lokasi dunia yang paling terkenal, paling menakjubkan dan paling kerap dilawati. Dengan warisan inovasi yang menjadi kebanggaan mereka, Antenna telah bertanggungjawab untuk setiap pembangunan utama dalam olahan mudah alih sejak zaman pemain kaset, lalu membolehkan orang ramai melihat dengan lebih jelas, memahami dengan lebih mendalam dan turut menghargai dengan lebih meluas pada pelbagai platform serta dalam pelbagai bahasa. Ditubuhkan pada tahun 1984, Antenna International™ ialah syarikat global dengan pejabat di Amerika Utara, Eropah, Timur Tengah dan Asia.

Bagi maklumat lanjut tentang Antenna International, sila lawati www.AntennaInternational.com, https://www.facebook.com/AntennaInternational, dan https://twitter.com/AntennaIntl.

Kenyataan Pandang ke Hadapan
Siaran akhbar ini mempunyai "kenyataan pandang ke hadapan". Kenyataan pandang ke hadapan boleh dikenal pasti melalui penggunaan perkataan seperti "percaya", "mengharap", "mungkin", "akan", "patut", "ingin", "kira-kira", "berniat", "merancang", "pro forma", "menganggar", "menimbang", "menyasar", "terus" atau "menjangka" atau perkataan berlawanan untuk semua perkataan dan frasa ini atau perkataan atau frasa yang mirip. Faktor berikut, antara lainnya, boleh menyebabkan keputusan sebenar dan kejadian masa hadapan benar-benar berbeza daripada apa yang dinyatakan atau yang dipertimbangkan dalam kenyataan pandang ke hadapan itu: faktor yang termasuk dalam prospektus Syarikat itu yang berkaitan dengan tawaran awam asal, termasuk apa yang dinyatakan di bawah tajuk "Faktor Risiko", "Perbincangan Pengurusan serta Analisis Keadaan Kewangan dan Hasil Pengendalian" dan juga "Perniagaan dan Harta Tanah". Walaupun kenyataan pandang ke hadapan mencerminkan kepercayaan jujur Syarikat itu, ia bukannya jaminan prestasi masa hadapan. Syarikat menafikan sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula sebarang kenyataan pandang hadapan bagi mencerminkan perubahan dalam anggapan atau faktor tersirat, maklumat baharu, data atau kaedah, kejadian masa hadapan atau perubahan lain selepas tarikh siaran akhbar ini, kecuali seperti yang diwajibkan oleh undang-undang berkaitan. Bagi perbincangan lanjut tentang faktor tersebut dan faktor lain yang boleh memberi impak terhadap keputusan, prestasi atau urus niaga masa hadapan Syarikat itu, lihat seksyen yang bertajuk "Faktor Risiko" dalam prospektus yang berkaitan dengan tawaran awam asal, dan juga risiko lain yang digambarkan dalam dokumen yang seterusnya difailkan oleh Syarikat itu dari masa ke masa dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Pelabur prospektif tidak patut meletakkan kebergantungan tidak berasas ke atas sebarang kenyataan pandang ke hadapan, yang dibuat hanya berdasarkan maklumat semasa yang tersedia untuk Syarikat itu (atau untuk pihak ketiga yang membuat kenyataan pandang ke hadapan ini).

Matthew Frappier, Perhubungan Awam Edelman
+1-212-277-3786
Matthew.Frappier@edelman.com

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Multimedia/Online/Internet Travel