omniture

Penghantaran Abstrak: WMIC 2014 "Mendorong Penemuan menerusi Pengimejan Molekular"

World Molecular Imaging Society
2014-02-19 20:22 96

CULVER CITY, California, 19 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Kami bagi pihak Jawatankuasa Program Saintifik Kongres Pengimejan Molekular Dunia (WMIC) mengalu-alukan anda bagi menghantar abstrak untuk dibentangkan atau diterbitkan di WMIC 2014 yang akan berlangsung pada 17 hingga 20 September di Seoul, Korea.

"Tema bagi tahun ini iaitu 'Mendorong Penemuan menerusi Pengimejan Molekular' menekankan arah aliran global serta keperluan untuk memasukkan pengimejan molekular ke dalam penyelidikan serta perubatan untuk mengetahui sasaran serta agen baharu, menggambarkan dan turut mempelajari tentang penyakit, di samping memudahkan usaha untuk memperoleh cara mengubati serta keputusan yang optimum untuk pesakit," kata Marty Pagel Ph.D., Profesor Madya Kejuruteraan Bioperubatan, University of Arizona dan Pengerusi Program WMIC 2014.

Program kami akan memberi penekanan terhadap lima Aspek: Penduga Pengimejan & Kimia, Kajian Klinikal & Kajian ke atas Manusia buat kali pertama, Kajian Peringkat Sel & Tisu Praklinikal, Kajian in vivo Praklinikal serta Pembangunan Teknologi & Perisian. Lima aspek ini akan dibahagikan kepada beberapa kategori yang dapat menyediakan program spektrum penuh yang dikhususkan.

Kongres Pengimejan Molekular Dunia turut mengiktiraf komitmen tinggi yang diberikan dalam bidang penyelidikan serta usaha yang ditunjukkan oleh para penyelidik generasi akan datang. Bagi memberi penghormatan kepada usaha mereka, WMIC akan menaja pertandingan yang dikenali sebagai Anugerah Penyelidik Muda. Peserta akhir akan menerima sebanyak USD $2,000 dan juga akan diberikan penghormatan untuk menyampaikan ceramah mereka pada Majlis Penutup. Dua naib johan akan menerima sebanyak USD $500 bagi setiap seorang.

Kongres Pengimejan Molekular Dunia ini dianjurkan oleh usaha sama antara Persatuan Pengimejan Molekular Dunia (WMIS), Persatuan Pengimejan Molekular Eropah (ESMI) dan juga Persekutuan bagi Persatuan Pengimejan Molekular Asia (FASMI). WMIC turut menyediakan platform tersendiri untuk pakar perubatan, ahli sains serta penyedia penjagaan kesihatan bagi membentangkan penemuan terkini dan paling menarik yang menetapkan standard global dalam bidang pengimejan molekular.

Tarikh akhir penghantaran abstrak ialah pada hari Selasa, 1 April 2014. Layari WMIS.ORG bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang garis panduan penghantaran abstrak.

LATAR BELAKANG PERSATUAN PENGIMEJAN MOLEKULAR DUNIA

WMIS dikhususkan untuk membangunkan serta menggalakkan penyelidikan translasi menerusi pengimejan molekular berbilang mod. Mesyuarat tahunan WMIC yang didorong oleh pendidikan dan abstrak diadakan bersama dengan Persatuan Pengimejan Molekular Eropah (ESMI) dan juga Persekutuan bagi Persatuan Pengimejan Molekular Asia (FASMI). WMIC menyediakan platform yang tersendiri untuk ahli sains dan doktor daripada pelbagai latar belakang untuk berinteraksi, membentangkan serta mengikuti perkembangan terkini dalam pengimejan molekular. Pameran industri yang diadakan di kongres tersebut termasuklah perkembangan terkini dalam aplikasi pengimejan praklinikal dan klinikal yang merupakan wadah bagi teknologi pendidikan pengimejan molekular yang lengkap.

Bagi maklumat lanjut: www.wmis.org

Hubungi: Christiaan Koop
Telefon: +1-310-215-9730
e-mel: CKOOP@wmis.org

Source: World Molecular Imaging Society
Related Links:
Keywords: Biometrics Biotechnology Clinical Trials/Medical Discoveries